Isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie mengakui dia suami dia tidak menolak rezeki sekiranya dikurniakan cahaya mata selepas mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023 lalu.
Bagaimanapun Watie atau nama sebenarnya, Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah,35, menjelaskan, mereka tidak pernah berbincang mengenai tempoh waktu tertentu dalam usaha mendapatkan zuriat.
“Jujurnya kami jarang berbincang secara terperinci mengenai bila nak ada cahaya mata atau seumpamanya.
“Tapi buat pertama kali tadi, ketika dalam kereta dia sentuh mengenai perkara tersebut.
“Shuib sebenarnya ada suka sebuah lagu lama berjudul Bintang. Dia hari-hari akan mainkan lagu itu di dalam kereta.
Ads
“Tiba-tiba bila saya sedang bersolek sambil lagu itu terpasang, Shuib cakap, nanti bila kita ada anak, kita bagi nama anak kita Bintang eh.
“Sejurus mendengar, saya tidaklah rasa terkejut. Cuma saya tanya kalau anak lelaki atau perempuan, adakah akan letak nama Bintang juga?
“Kata Shuib, ya… tapi sekiranya ada rezeki dapat anak lelaki, namanya mungkin Arjuna Bintang,” katanya kepada MH.
Ads
Watie berkata demikian ketika ditemui pada Siri Konsert Jelajar Suriavolusi di The Curve, Damansara, pada Sabtu.
Dalam pada itu, Watie memberitahu dia dan Shuib juga jarang untuk saling berkongsi mengenai apa sahaja berita mengenai mereka yang keluar di media massa.
Ads
“Walaupun kami banyak masa bersama, tidak pernah kami berborak mengenai apa sahaja kenyataan atau gosip yang keluar di media.
“Itu sebabnya kalau saya ada tulis komen di mana-mana, saya tak ada nak beritahu Shuib. Macam contoh, kalau dia ada terbaca… dia bacalah dan dia tak ada nak tanya mengenai perkara itu ketika di rumah,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan, Datuk Seri Vida menerusi Instagram meluahkan rasa terkilan dan sedih apabila Azwan Ali memilih untuk mengungkit kisah hitam dalam hidupnya dalam hal melibatkan mereka berdua.
Jelas Vida, meski tidak menatap jenazah arwah anak-anak buat kali terakhir, namun mereka didakwa tidak rentung, sebaliknya punca kematian ialah kerana terhidu asap tebal kebakaran.
“Saya memang tidak melihat jenazah arwah buat kali terakhir tapi dia tidak rentung. Mereka mati berpelukan dan kerana lemas asap.
“Saya selalu berdoa supaya keluarkanlah segala memori itu daripada fikiran kerana terlalu sakit dan azab. Orang nampak saya tergedik-gedik, namun saya sering berdoa supaya tinggalkanlah sedikit sahaja memori anak untuk dibuat kenangan,” jelasnya menahan sebak.
Sementara itu, pengurus acara Vaganza Foodfest, Dyla turut menyifatkan tindakan Azwan Ali sebagai tidak berhati perut kerana melibatkan anak-anak Vida yang telah meninggal dunia akibat kebakaran.
Menurut Dyla, pembantu peribadi Azwan Ali menghubunginya secara peribadi untuk berbincang soal gerai di Vaganza Foodfest di saat akhir.
“Dia meminta booth sedangkan waktu itu kami sudah menutup tempahan. Namun saya menerimanya dan memberikan booth pakej Gold yang berharga RM2500 dan dia berniaga hanya sehari dan selepas itu menutup gerai.
“Duit meja yang ditambah juga belum dilunaskan. Dia datang pun tidak dijemput dan telah menuduh kami,” jelas Dyla menerusi Igtv di laman Instagram usahawan terbabit.
Azwan Ali sebelum ini berang apabila kemunculannya di atas pentas bagi mempromosikan minyak wangi Vida di Vaganza Foodfest tidak menerima sebarang bayaran, lalu bertindak membakar minyak wangi pemberian Vida selain didakwa menghina kematian dua anak usahawan selebriti itu.
Foto : Instagram Vida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin ekoran penularan wabak COVID-19, kebanyakkan lokasi dan premis diarahkan untuk ditutup buat sementara waktu termasuklah rumah ibadat seperti masjid, gereja, kuil dan sebagainya.
Lantaran itu, pelakon dan usahawan, Zoey Rahman ada berkongsi sebuah video yang sempat dirakam sewaktu pihak masjid di kawasan perumahannya membuat pengumuman supaya para jemaah tidak perlu datang ke masjid dan hanya menunaikan solat jemaah di rumah.
Pengumuman tersebut dibuat menerusi pembesar suara masjid yang turut boleh didengari penduduk sekitarnya.
“Ya Allah, maafkan kami, angkatlah wabak ini dari kami,” tulisnya ringkas.
Video yang dikongsi dilaman Twitter itu menghadirkan rasa sayu di kalangan netizen.
Selain turut bersedih, rata-rata netizen turut menitipkan doa supaya wabak ini berakhir segara seterusnya berdoa agar segala aktiviti harian dapat dijalankan seperti biasa.
Bermula hari ini, rakyat Malaysia dinasihatkan untuk mengurangkan pergerakan terutamanya aktiviti luar sebagai langkah pencegahan untuk membendung wabak COVID-19 daripada terus merebak.
Sumber: Twitter Zoey Rahman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!