Pelakon remaja, Firdaus Ghufran mengakui kejayaan drama Budak Tebing arahan Feroz Kadir sedikit sebanyak telah menaikkan namanya.

Menurut Firdaus, sehingga kini kebanyakkan orang mengenalinya dengan nama Talam berbanding namanya sendiri.

“Alhamdulilah pada ketika itu kita dapat capai 10 juta penonton. Walaupun drama ni dah habis orang tetap tengok juga berulang kali dekat Youtube. Ini sebenarnya drama yang menaikkan nama saya.

“Dekat semua platform media sosial, walau saya buat Tik Tok mereka still panggil saya ‘Talam’ berbanding Firdaus. Saya dapat rasakan mereka menghargai lakonan dan watak saya.

“Bukan nak kata watak tersebut terlalu menjadi tapi saya cuba bawakan watak tersebut sebaik mungkin,” katanya kepada MH.

Ads

Akui ‘Talam’ merupakan sebuah watak yang mencabar, Firdaus mendedahkan bahawa dia sering dimarahi oleh penerbit ketika diperingkat awal.

“Kalau anda semua nak tahu, pada awalnya saya selalu kena marah dengan penerbit sebab dia kata saya banyak main-main. Tapi saya tahu dia marah untuk saya buat dengan lebih baik.

“Terus terang saya katakan pada peringkat awal, saya memang tak tahu macam mana nak bawakan watak tersebut.

Ads

“Tapi lepas berbincang dan baca skrip semula barulah saya dapat idea tu. Dari situ saya terus konsisten,” tulisnya.

Dalam pada itu, Firdaus turut menepis dakwaan sesetengah pihak yang melabelkan perangainya di luar adalah sama dengan wataknya di dalam drama yang mengetengahkan realiti remaja masa kini itu.

Ads

“Ada juga orang yang cakap macam tu. Mereka kata watak saya dalam drama Budak Tebing sama dengan perangai saya di luar.

“Bagi saya itu semua fitnah tapi saya masih fikir positif. Itu bermakna karektor saya menjadi.

“Tapi saya tak layan pun. paling tidak saya akan block sahaja,” akhirinya.

Sumber Foto: Instagram Firdaus Ghufran

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI