Mengakui penonton akan terganggu dengan penampilannya dalam filem Bella & Jamie, namun Liyana Jasmay berharap peminat tidak terus mengkritik.
Sebaliknya, lakonan itu adalah terbitan produksinya tiga tahun lepas.
“Netizen boleh tengok Instagram dan mereka tahu itu filem lepas, waktu saya tidak bertudung. Memang ada yang bertanya dan kecewa, namun saya jawab baik-baik,” ulasnya yang ditemui ketika tayangan perdana Bella & Jamie.
Mahu terus berlakon dan menyatakan kekesalan apabila hijab dijadikan alasan dan penghalang untuk berlakon.
‘Bila berhijab makin murah rezeki saya. Bila saya berjalan ke luar negara, orang luar lebih terbuka. Saya nak wanita berhijab lebih yakin.
“Allah suka wanita menutup aurat. Wanita Melayu berhijab, jangan takut dengan pendirian diri. Buat apa yang kita rasa betul,” katanya.
Liyana Jasmay akan muncul dengan filem terbaru, Bella & Jamie pada 31 Januari ini. Antara barisan pelakon yang turut sama adalah Izzue Islam, Cik Puan Juliana Evans dan Dynas.
Foto : Instagram Liyana Jasmay
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI