Cerita Suka Duka Dengan ‘Adik Sayang’, Fazley Yaakob & Isteri Sambut Anniversary Ke15 – “Walau Dengan 13 Kali Keguguran, Kami Tetap Dikurnia 4 Cahaya Mata.”

Share

Setiap bahtera perkahwinan yang dibina, pasti ada cerita suka dan dukanya. Bagaimanapun, setiap cabaran hendaklah ditempuhi bersama sebagai tanda cinta sejati.

Itulah bait-bait kata yang cuba disampai oleh penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menerusi entri terkini di laman Instagram bersempena ulang tahun perkahwinannya yang ke-15.

Menurut Fazley, meski pun dia dan isteri, Azrene Ahmad terpaksa memalui pelbagai cabaran ketika alam percintaan mahupun perkahwinan, namun dia tetap bersyukur dengan setiap perancangan yang telah diaturkan oleh Allah SWT.

“Buat yang tahu, mereka tahulah kisah kami. Buat yang dengar-dengar kisah, mungkin banyak yang betul. Buat yang tak pernah tahu, tapi dah agak, betul juga lah tu.

“Benar, percintaan kami yang berusia 17 tahun dan perkahwinan kami yang hari ni genap 15 tahun, terbina dari airmata kami berdua, airmata keluarga-keluarha kami dan juga air mata ramai penyokong-penyokong kami.

“Pertama sekali, terima kasih buat semua keluarga jauh dan dekat, sahabat-sahabat, rakan-rakan media juga serta mereka yang kenal rapat dan samar-samar, kerana telah mendoakan saya dan isteri sehingga bertahannya perkahwinan kami selama ini.

“Walaupun dengan 13 kali keguguran, kami tetap dikurniakan 4 orang cahaya mata. Syukur kehadrat Ilahi!,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu, Bila April ini menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Katanya lagi, solat dan doa sememangnya menjadi kunci kepada keutuhan rumah tangga mereka yang dibina sejak 15 tahun yang lalu.

“Buat Adik sayang, our journey has been a rollercoaster ride. Since day 1 to this very day. But we grew stronger after every test and hurdle. Our love get tested over and over again, never by us , but Allah is Great.

“Solat dan doa has always remain our biggest defense. 40 days of Yassin since day 1 has become our strongest barrier to those who wants to see us crumble. Thank you for all your sacrifices for me and the kids,” kongsinya lagi.

Dikesempatan itu juga, Fazley turut merakamkan ucapan penghargaannya buat isteri tercinta kerana sentiasa setia berada disampingnya dikala suka dan duka

“You left everything to be with me, I had nothing when we got married. I lost everything that I have build due to an act of a certain person, but I gained so much more the day we “nikah” with Allahs blessing.

“He gave me YOU! I have said it too many times, but I will keep on saying it, ‘I’m glad you are my wife!’

“Happy 15th Anniversary my gorgeous Adik Sayang! Lets continue to stay strong and shower our kids with loads of love. We have made it this far, when many people thought we couldn’t. I love you with all my heart!,” akhirinya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh membaca perkongsian tersebut selain turut mendoakan semoga perkahwinan Datuk Fazley dan isteri akan berkekalan sampai ke syurga.

Untuk rekod, Fazley dan isterinya telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 7 November 2007.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz, Ahmad Fieradz, Ahmad Fierudz dan Alayna Selma.

Sumber: Instagram Datuk Fazley Yaakob & Azrene Ahmad

Published by
Aizam Manaf