“Buat Zuriat Ibu, Kuatlah Sayang,” – Isteri Hafidz Roshdi Umum Mengandung 10 Minggu

Share

Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mengumumkan dirinya kini sedang hamil 10 minggu, ketika kemelut melibatkan rumah tangga mereka masih belum berakhir.

Shuhada atau Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, memaklumkan perkara berekaan menerusi hantaran terkini yang dikongsikan di Instagram.

“Buat zuriat ibu kandung, kuatlah sayang, kuat seperti kuatnya kamu berpaut di dinding rahim ibu, ibu sayang anak anak ibu, maafkan ibu semua, humairah, umar dan baby. Maafkan ibu sayang,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, menerusi hantaran sama, ibu kepada sepasang cahaya mata itu turut berkongsikan luahan hatinya.

“Ibu dah cuba untuk kuat. Ibu cuba hadap semuanya tapi sejujurnya ada hari, kekuatan tu tak sampai pada ibu.

“Semalam, waktu ke mahkamah untuk mendapatkan hak ibu, ibu tak mampu tahan hati ibu. Air mata mengalir tak hanti waktu ibu ceritakan pada mahkamah yang ibu tengah mengandung 10 minggu.

“Ibu dah cuba untuk kuat, lillahitaala. Tapi ibu perlukan kekuatan dari keliling ibu. Ibu dapatkan rawatan untuk masalah tekanan dan depres yang ibu hadap sekarang.

“Ibu akan usaha sepenuh hati ibu, ibu kena kuat untuk terus jaga Humairah, Umar dan sekarang termasuk adik baru sis and umar,” tulisnya.

Bercerita lanjut mengenai kehamilan, Shuhada menjelaskan dia pengsan ketika melakukan pemeriksaan di hospital pada Khamis susulan badan yang lemah.

Insiden yang berlaku membuatkan dia menjadi bimbang jika masalah tekanan yang dihadapi akan memberi kesan kepada anak-anak dan orang sekeliling.

“Tadi (Khamis) di hospital saya jatuh pengsan. Doktor minta saya berbuka puasa kerana bimbang membahayakan kandungan. Saya termenung serabut, air mata tak henti mengalir.

“Saya betul-betul takut. Saya tanya pada diri sendiri adakah mampu menghadapi ini. Saya mahu terus kuat untuk anak-anak. Saya mahu melihat anak-anak membesar depan mata,” katanya lagi.

Isu rumah tangga pasangan ini masih belum berjalan apabila kes tuntutan pengesahan lafaz cerai dibuat Hafidz terhadap Shuhada ditangguhkan selepas Aidilftiri depan.

Shuhada mendakwa Hafidz pernah melafazkan talak kepadanya menerusi mesej pesanan Whatsapp selain melalui panggilan telefon masing-masing pada 22 Januari dan 22 Februari 2023.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu selain Humairah ialah Umar yang kini berusia 2 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH