“Buatlah status yang baik saja. Siapa tahu itu status terakhirmu.” Demikian status terakhir yang dimuat naik sahabat Pencetus Ummah (PU) Amin iaitu Mohd Allamah apabila disahkan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya, pagi tadi.

Menerusi perkongsian Amin, dia memuji sifat Allahyarham seorang yang mendalami ilmu agama selain rajin mengamalkan bacaan ayat suci Al-Quran

“Selamat berangkat ke Negeri abadi wahai Allamah . Allamah meninggal dunia pagi tadi akibat kemalangan di lebuhraya Seremban.

“Dia seorang hafiz quran, tinggi ilmunya, dia boleh baca Al Quran dengan qiraat yang berbeza, ilmu quran dia memang power. Moga Ustaz Allamah berbahagia di Syurga Allah.

“Selamat berehat duhai sahabat. Allah janjikan rehat dalam kubur dan akhirat bagi penghafal quran,” tulisnya.

Amin turut mendedahkan, hubungan perkenalannya bersama Allahyarham bagaikan adik-beradik ketika sama-sama menuntut ilmu di Mesir.

“Allamah adalah sahabat saya semasa di Azhar Mesir dahulu . Dia tua 2 tahun dari saya , gurau senda kami seperti adik beradik.

“Di Azhar Mesir dia ambil Ijazah Sarjana Muda Qiraat Hafiz Quran di Al Azhar . Balik ke Malaysia dia bertugas sebagai imam di salah satu surau di Negeri Selangor,” kongsinya. 

View this post on Instagram

Selamat berangkat ke Negeri abadi wahai Allamah . Allamah meninggal dunia pagi tadi akibat kemalangan di lebuhraya Seremban . Dia seorang hafiz quran , tinggi ilmunya , dia boleh baca Al Quran dengan qiraat yang berbeza , ilmu quran dia memang power . Moga Ustaz Allamah berbahagia di Syurga Allah.. . Allamah adalah sahabat saya semasa di Azhar Mesir dahulu . Dia tua 2 tahun dari saya , gurau senda kami seperti adik beradik.. . Di Azhar Mesir dia ambil Ijazah Sarjana Muda Qiraat Hafiz Quran di Al Azhar . Balik ke Malaysia dia bertugas sebagai imam di salah satu surau di NegeriSelangor.. . Selamat berehat duhai sahabat . Allah janjikan rehat dalam kubur dan akhirat bagi penghafal quran . IG Story dia ada nasihat untuk selalu post benda baik dekat Media Sosial . Kerana bila meninggal nanti status status akhir itu akan dibincangkan . Betul kata kau allamah kini semua status status dia di fb dan ig di angkat dan dilihat semula . Semua status kau ajak orang ingat mati.. . Muhasabah buat kita semua , pelihara media sosial kita . Bila kita meninggal nanti Media Sosial ini juga sebagai saksi atas hidup kita di dunia.. . Jumpa nanti Allamah ✋🏻.. Alfatihah..

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on

Sementara itu, Allahyarham sering berkongsi status dan video perihal agama di Instagrmnya yang memilki lebih 3,000 pengikut.

“IG Story dia ada nasihat untuk selalu post benda baik dekat Media Sosial . Kerana bila meninggal nanti status status akhir itu akan dibincangkan.

“Betul kata kau Allamah kini semua status status dia di fb dan ig di angkat dan dilihat semula. Semua status kau ajak orang ingat mati.

“Muhasabah buat kita semua, pelihara media sosial kita. Bila kita meninggal nanti Media Sosial ini juga sebagai saksi atas hidup kita di dunia.

“Jumpa nanti Allamah.. Alfatihah,” akhiri Amin. 

Kami di MH medoakan agar Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang beriman. AlFatihah.

Foto : Instagram Pu Amin, Mohd Allamah