Syarikat produk air boba berasaskan madu lebah, Bubblebee Sdn Bhd menerusi satu kenyataan media hari ini mengambil keputusan untuk menamatkan usahasama dengan kesemua rakan usahasama yang menguruskan empat cawangannya.
Cawangan tersebut ialah Bubblebee Ampang, Bubblebee Senawang, Bubblebee Sentul, dan Bubblebee Sungai Buloh.
Penamatan usahasama ini berkuatkuasa serta-merta.
Malah, kempat-empat cawangan di atas juga akan ditutup untuk sementara waktu bagi melancarkan urusan pengambilalihan operasi oleh ibu pejabat Bubblebee.
Berikut merupakan kenyataan media berhubung perkara berkenaan;
BUBBLEBEE AMBIL ALIH OPERASI CAWANGAN USAHASAMA, TEKAD BANGUNKAN JENAMA
Ads
1. Bubblebee Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang menghasilkan dan memasarkan produk air boba berasaskan madu lebah.
2. Ditubuhkan pada hujung tahun 2019, kami menghimpunkan beberapa usahawan yang pakar dalam bidang masing-masing terutamanya dalam industri minuman, penghasilan madu lebah, dan pemasaran. Ini termasuklah pasangan selebriti tanahair, Shuib Sepahtu dan Siti Sarah. Melalui daya kreatif dan kepakaran pemasaran mereka, Bubblebee kini bukan sahaja minuman, malah jenama perniagaan yang dikenali ramai yang menjadi igauan pengusaha untuk menjadi rakan kongsi atau francais.
3. Kami begitu terharu dengan sokongan rakyat Malaysia terhadap jenama minuman kami. Justeru kami berusaha meluaskan operasi agar lebih ramai yang berpeluang menikmati Bubblebee di samping membuka ruang perniagaan dan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.
4. Sehingga hari ini, kami mempunyai 17 cawangan di seluruh negara. 11 cawangan merupakan milik penuh Bubblebee manakala enam cawangan lagi dibuka secara usahasama.
Ads
5. Kami sedar, belakangan ini tular berita mengenai rakan usahasama kami yang disiasat oleh pihak berkuasa berkenaan kegiatan yang telah menjejaskan reputasi Bubblebee. Hal ini turut menyebabkan salah seorang ahli lembaga pengarah kami telah dipanggil bagi membantu siasatan.
6. Walaupun kami sendiri tidak pasti tentang kebersalahan rakan usahasama cawangan kami ini kerana kes ini masih dalam siasatan pihak berkuasa, tetapi yang jelas, siasatan ke atas rakan usahasama ini telah mendatangkan kesan negatif yang mampu menjejaskan reputasi perniagaan kami dengan teruk sekali.
7. Sehubungan dengan itu, kami mengambil keputusan untuk menamatkan usahasama dengan kesemua rakan usahasama yang menguruskan empat cawangan berikut: Bubblebee Ampang, Bubblebee Senawang, Bubblebee Sentul, dan Bubblebee Sungai Buloh.
8. Penamatan ini berkuatkuasa serta-merta.
Ads
9. Keempat-empat cawangan di atas juga akan ditutup untuk sementara waktu bagi melancarkan urusan pengambilalihan operasi oleh ibu pejabat Bubblebee.
10. Pembukaan semula keempat-empat cawangan ini akan diumumkan di platform komunikasi rasmi kami selepas proses pengambilalihan selesai.
11. Kami mengucapkan terima kasih dan selamat berjaya kepada semua rakan usahasama yang telah menyokong jenama minuman kami selama ini. Kami juga sedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam semua urusan.
12. Sebagai sebuah syarikat, kami komited untuk terus membangunkan jenama minuman ini di peringkat tempatan dan antarabangsa. Sesungguhnya, sokongan semua pihak tidak akan kami persia. Semanis Bubblebee, manis lagi kegembiraan pada senyuman para pelanggan kami. In shaa Allah.
Sweet as your smile, Dato’ Ismail bin Abdul Rahman
Ketua Pegawai Eksekutif Bubblebee Sdn Bhd
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pendakwah bebas dan penceramah selebriti, Imam Muda Asyraf mendedahkan dirinya telah membuat laporan polis berhubung isu penggunaan namanya dalam sendiket penipuan wang ringgit.
Menurut Imam Muda Asyraf, dia memilih untuk membuat laporan polis kerana bimbang makin ramai pihak yang akan terpedaya dengan penipuan tersebut.
“Selesai buat laporan polis. Selepas ini akan ke SKMM insya Allah.
“Sebenarnya banyak kali isu penggunaan nama dan gambar saya tanpa izin oleh pihak tidak bertanggungjawab berlaku. Pada asalnya saya tidak mengendahkannya.
“Tapi apabila memikirkan nasib mereka yang tertipu, makcik pakcik di kampung, abang-abang adik kakak yang melabur tanpa mengetahui kesahihan akaun pelaburan.
“Maka saya mengambil keputusan untuk melaporkan perkara ini kepada pihak polis,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh juara program Imam Muda musim pertama itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Asyraf turut menasihati orang ramai supaya menyemak terlebih dahulu dan tidak mudah terpeda dengan sebarang mesej yang diterima di internet.
“Diharap kepada mereka di luar sana periksa dan berhati-hati dengan sebaran mesej Facebook seumpama ini.
“Bukan sekali dua. Tetapi terlalu banyak dalam pelbagai akaun berlainan.
“Diharap perkara ini dapat dibendung oleh pihak berkuasa. Sekian,” jelasnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan yang dilakukan.
Sumber: Instagram Imam Muda Asyraf
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak kata yang mampu diungkapkan selain meluahkan rasa kesyukuran apabila diizinkan Allah membesarkan seorang anak kecil yang kini baru berusia tiga minggu.
Memberi nama Hamdee Hafiz buat permata hati, kata penyanyi nasyid ini, dia diberi tempoh dua tahun oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sebelum si kecl itu rasmi menjadi anak angkatnya.
Kongsinya lagi, sewaktu Hamdee berusia tujuh hari, dia mengambil tanggungjawab mencukur sendiri rambut anaknya dan telah membuat akikah pada usia 14 hari.
“Alhamdulillah, hari ni sedar tak sedar dah 3 minggu jadi penjaga @hamdeehafiz – insyaAllah dua tahun tempoh diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebelum rasmi menjadi anak angkat saya.
“Syukur semua urusan dipermudahkan. Dari hari pertama saya dukung Hamdee, berkongsi kegembiraan dengan keluarga saya, berurusan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat pun dipermudahkan urusan.
“Umur Hamdee 7 hari, saya sendiri shave rambut Hamdee. Umur Hamdee 14 hari saya dah buat Aqiqah untuk Hamdee.
“Plan asal nak buat majlis kesyukuran, tapi sebab masa tu dah start PKP kerana #Covid19 memang cancel je lah nak buat majlis. Terima kasih @aqiqahcentredotcom mudahkan urusan Aqiqah Hamdee di Mekah.
“Ya, saya syukur sangat rezeki dapat aqiqahkan Hamdee di sana, supaya daging sembelihan boleh disedekah kepada fakir miskin di tanah suci Mekah,” tulisnya.
Hafiz pada masa sama turut mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan anak kecilnya itu.
“Kepada ibubapa yang berhajat nak aqiqahkan anak mereka di sana, boleh terus contact @aqiqahcentredotcom – insyaAllah cepat, mudah dan efficient urusan tambah-tambah pula sekarang ni nak buat majlis pun susah.
“Ada yang tanya berapa seekor kambing dan caj menerusi @aqiqahcentredotcom – harga asal RM570, sekarang jadi RM499 saja seekor. Sijil penyertaan pun akan diberikan beserta bukti video sembelihan macam yang saya letak kat post ni.
“Terima kasih kepada teman-teman social media saya yang tak putus-putus doa kan baby Hamdee. Saya juga doakan segala kebaikan dapat juga kepada korang semua.
“Jaga kesihatan, ikut peraturan semua ya. #StayHome dan doakan #Covid19 ni berakhir supaya kita boleh sambut kedatangan Ramadhan tak lama lagi seperti sediakala. Amin ya rabb,” kongsinya.
Selain itu, Hafiz turut menjawab persoalan nama Hafiz yang diletakkan di belakang nama bayi comel ini.
Jelasnya, dia diberi pilihan oleh Jabatan Pendaftaran Negara untuk dibinkan dengan nama Abdullah atau 99 nama Allah.
“Itu nama yang saya pilih masa daftar di Jabatan Pendaftaran Negara. Boleh pilih 100 nama untuk di bin kan iaitu Abdullah ataupun 99 nama Allah. Jadi saya pilih Abdul Hafiz,” tulisnya.
Foto : Instagram Hafiz Hamidun
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil memberikan pendapat bahawa kekayaan dan populariti bukan jaminan terhadap adab serta intelektual seseorang.
Menerusi hantaran terkini di Instagram pada Rabu, penyanyi yang popular menerusi lagu Asmara Ini itu memuat naik foto seorang wanita yang telah ditutup dengan ‘sticker’ di bahagian mata beserta status panjang.
“Kaya dan popular tidak menjamin adab dan tahap intelektual seseorang kan? Sesetengah dari kita diduga dengan kemiskinan dan kepayahan hidup agar kita kekal berusaha dan kekal dalam iman walaupun dalam serba kekurangan.
“Sebahagian dari kita pula diduga dengan kekayaan, kemewahan dan populariti, namun mereka lupa diri dan semudah itu mencari salah orang lain dan melabel orang lain dengan kata-kata yang boleh merosakkan imej seseorang.
“Kasihan insan yang gemar mencari publisiti secara kurang ilmiah dan seperti tiada adab semata-mata untuk mencari rezeki. Elokkah jika dijadikan contoh anak-anak muda yang baru nak belajar menjadi usahawan?” tulisnya.
Tambah Fazley lagi, sebagai orang Timur, kita seharusnya menghormati serta menjadi matang dalam setiap aspek keadaan.