Pelakon, Hisyam Hamid ada berkongsi foto pada zaman kanak-kanaknya buat peminat menerusi platfrom Instagram.
Jelas bapa kepada dua cahaya mata ini, imej yang dirakam ketika usianya 10 tahun itu turut menyimpan memori tersendiri apabila dia bercita-cita untuk bergelar pemain bola sepak suatu ketika dulu.
Menyebut beberapa bintang sukan terkenal pada ketika itu, bintang drama TQ Captain ini turut bercerita mengenai baju saiz besar yang dikenakan.
Ads
“Tgh mengemas terjumpa gambar budak flat ni yg bangun je terus nak pergi main bola. Masa ni umur 10 tahun, impian nak jadi mcm Fandi Ahmad, Abbas Saad, Azman Adnan & Olombumi Adigun.
“Ya baju mmg besar sikit sebab tu size paling kecil yg ada masa tu sebab dlm team tu aku paling muda; yg lain kebanyakkan 13-14 thn ke atas,” jelas Hisyam sambil disertakan dengan beberapa tanda palang.
Pelakon Ruhainies mendedahkan ketika ini dia mahu fokus terhadap kerjaya lakonan dan sebolehnya tidak mahu meletakkan soal cinta sebagai hal yang utama.
Menurut Ruhainies atau nama lengkapnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, komitmen jadualnya juga agak padat cuma ketika ini sahaja dia punya waktu untuk berehat dari dunia lakonan.
“InsyaAllah, jodoh bakal hadir dengan sendiri. Belum habis penggambaran drama, saya selepas ini perlu masuk set lain untuk projek seterusnya bergantung kepada situasi semasa.
“Jadi lebih baik untuk saya gunakan peluang yang ada sebaik mungkin. Pada saya, ini waktu untuk saya bersinar dan berkarya mencipta nama terlebih dahulu.
“Soal kahwin, insya-Allah akan hadir nanti,” katanya yang turut meminta doa semua selain mendoakan agar negara segera pulih dari fasa pandemik yang melanda.
Jelasnya lagi, tiada insan bergelar wanita yang tidak mahu mendirikan rumah tangga, seterusnya menjalani hidup sebagai isteri dan ibu.
Bagaimanapun, itu semua bergantung pada jodoh, sama ada cepat atau lambat dan dia juga lebih selesa dengan cara ini tanpa kisah sensasi yang boleh mengganggu reputasi.
“Tak perlu kontroversi. Cukuplah kita berdiri dengan bakat. Selebihnya pandailah peminat di luar sana untuk menilai.
“Saya selesa hidup begini dan memilih untuk terus dengan cara ini Insya-Allah. Apa pun semua itu bergantung kepada niat asal kita di dalam melakukan sesuatu perkara,” katanya lagi.
Drama terbaru lakonan Ruhainies, Cukup Derita Itu kini mengisi slot Samarinda di TV3.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Abby Abadi telah menziarahi ke kediaman Datin Rebecca Nur Al-Islam sambil menjenguk bayi comel, Nor Ahmet Al-Reaggan.
Lantas, momen indah itu dikongsikan Abby di akaun Instagramya.
“Setelah bertahun2 tak jumpa Datin @rebeccanuralislamahmad . Tadi ALLAH izinkan bertentang mata setelah sekian lama ye Datin hehe.. Baik budi, ramah tamah, tetap cantik berseri2 mcm dulu juga..
“Tapi kita masuk je rumah Datin tadi, tak nampak benda lain dah. Nampak baby Ahmet ni je.. ya ALLAH dobokkk gilerrr.. kita geremmm kita gigit dia sampai nangis hehe… Aurora pun kita kejekan juga. Puass hati kita sbb selalu tengok kat IG je hehe..,” tulis Abby.
“Gi rumah Datin sbb sebenarnya Datin nk pasang CCTV 4 channel yg buleh pantau thru hp utk tambahan CCTV yg dah sediaada , jadi Sy ikut suami @jaiezzany utk site visit..
Abby turut mengimbau zaman kegemilanggan apabila mereka pernah bergandingan menerusi drama bersiri Gerak Khas.
“Kami pernah kamceng dulu sbb Datin pernah berlakon Gerak Khas juga sekejap jadi Detektif. Lepas Datin kahwin, jadi org ada2 ni jadi segan dgn dia, sampai la hari ni baru jumpa semula.. ishh lama sungguh la Datin hihi..
“Apapun sorry kejekan baby2 Datin tadi hehe.. Terima kasih sudi berurusan dgn suami kita. Jumpa semula nanti ye utk pemasangan,” tambah Abby lagi.
Untuk rekod, Ahmed dilahirkan seberat 3.3 kilogram di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, Julai tahun lepas.
Foto : Abby Abdi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Puteri Sarah Liyana reda apabila dia kini sah sudah bercerai dengan pengarah Syamsul Yusof di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur tengah hari tadi.
Puteri Sarah berharap hubungannya dengan Syamsul dapat diteruskan dengab baik demi anak-anak
“Alhamdulillah semua selesai. Semalam kami ada berjumpa dan sudah selesaikan semuanya dari A hingga Z (perkara yang melibatkan dua pihak).
“Harapan saya agar selepas ini tiada lagi persengketaan dan kita berbaik macam biasa. Macam kita dah berjanji,” katanya kepada Gempak sebaik sahaja selesai prosiding pengesahan perceraian itu.
Ditanya momen ketika bersalaman buat kali terakhir dengan Syamsul, Puteri Sarah tersenyum.
“Biar saya seorang saja tahu,” jawabnya ringkas.
Bercakap soal hak penjagaan anak pula, Puteri Sarah menjelaskan dia memberi kebebasan untuk Syamsul melawat mereka pada bila-bila masa sahaja
“Hak penjagaan anak-anak diberikan kepada saya tapi Syamsul boleh jumpa tanpa halangan.
“Tiada jadual untuk Syamsul berjumpa dengan anak-anak. Saya rasa tak perlu lah,” ujarnya.
Terdahulu sebelum melafazkan cerai itu, Puteri Sarah dan Syamsul dilihat bersalaman dan masing-masing kelihatan tenang.
Pada 25 Mei lalu, Mahkamah Rendah Syariah di sini dimaklumkan tiada ruang untuk Syamsul dan Puteri Sarah untuk berdamai dalam kemelut rumah tangga mereka.
Ini kerana Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang telah dibentangkan di mahkamah mengesahkan berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) pada pasangan itu dan kewujudan pihak ketiga.
Dalam prosiding hari ini, Puteri Sarah diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Syamsul diwakili peguam syarie Azmi Mohd. Rais.
Pada 24 Mac lalu, selepas proses JKP berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini Puteri Sarah mengatakan proses itu gagal menemui jalan penyelesaian.
Kemudian pada 18 April lalu, pasangan itu sepatutnya merekodkan persetujuan penyelesaian yang dikatakan telah dicapai dalam satu pertemuan yang mana Syamsul juga akan melafazkan talak terhadap Puteri Sarah pada hari tarikh tersebut.
Bagaimanapun saman terhadap Ira Kazar dan pengurangan jumlah tuntutan nafkah anak antara yang menjadi penghalang kepada penceraian antara Puteri Sarah dan Syamsul.
Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4,.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!