Pelakon Alif Muhaimin, mendakwa budaya buli di antara pelakon senior dan junior masih lagi berlaku sehingga hari ini.
Menurut Alif atau nama sebenarnya Alif Muhaimin Abdul Rahman, perkara ini seolah-olah sudah dinormalisasikan hanya kerana ia berlaku sejak zaman berzaman.
“Saya pernah nampak situasi itu berlaku depan mata. Gejala buli di set penggambaran itu memang ada. Memang biasa sangat berlaku politik di antara pelakon senior dan junior.
“Ada satu kejadian, saya nampak pelakon senior nak buli pelakon baharu yang ketika itu membawakan watak utama.
“Bagi pelakon senior tersebut, pada zaman dia, setiap pelakon baharu itu mesti kena buli. Dia nak pelakon sekarang pun kena rasa hal yang sama. Bagi saya, perkara ini tidak betul,” katanya kepada MH.
Juara Hero Remaja 2017/18 ini berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media drama Sebelum Titik Noktah, baru-baru ini.
Dakwanya lagi, sesetengah pelakon senior ini
dilihat seakan gemar untuk menjatuhkan motivasi para pelakon baharu, lebih-lebih lagi ketika penggambaran sedang dijalankan.
Ads
“Ada kalanya, kita akan dapat dialog yang panjangnya tiga hingga empat muka surat. Kita akan mudah rasa anxiety dan pressure untuk habiskan dialog tersebut.
“Bila kita hampir berjaya membawakan dialog itu ketika penggambaran, pada bahagian akhir, pelakon senior itu akan tiba-tiba tergelak. Kemudian, kita kena ulang semula babak dari awal.
“Ada juga yang menukar gaya lakonan sewaktu rehearsal dan penggambaran sebenar. Bila hal itu terjadi, pelakon baharu akan susah nak berikan respon.
Ads
“Jadi, mereka akan letakkan kesalahan itu kepada pelakon baharu ini. Mereka juga akan memerli. Padahal dia yang lupa skrip,” ujarnya lagi.
Disebabkan hal tersebut, Alif memaklumkan ramai pelakon baharu yang mengalami tekanan emosi sehingga ada yang mahu melupakan impian mereka bergelar anak seni.
“Sebab itu ramai pelakon-pelakon baru mudah rasa tertekan dan anxiety. Banyak yang meluahkan rasa sedih di media sosial. Mereka tiada motivasi lagi nak berlakon.
Ads
“Perkara-perkara seperti inilah yang mengganggu emosi sesetengah pelakon,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Alif akui agak terkilan apabila situasi ini masih dipandang remeh lebih-lebih lagi daripada penggiat seni itu sendiri.
“Bila hal ini terjadi, orang-orang industri menganggap ia perkara normal. Ada yang kata, mereka dulu pun kena buli juga.
“Mereka tidak akan menegur perbuatan artis-artis lama ini sebaliknya mereka minta artis baharu ini bersabar dan jangan cepat ‘koyak’.
“Kata mereka, nak masuk bidang lakonan ini kena kuat mental dan fizikal,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Kredit Foto: Instagram Alif Muhaimin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ushawan kosmetik sensasi yang pernah muncul dengan single, Safiey Ilias mendedahkan bakal mendapatkan rawatan dari klinik estetik bagi mengecilkan pipi.
Penyanyi Syinta Gila ini mahu mendapatkan prosedur berkenaan selepas ditegur bahawa bentuk pipinya kelihatan pelik.
Safiey berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya, baru-baru ini.
Malah dia turut memaklumkan, bakal membuat rawatan dengan doktor estetik yang sah kerana sebelum ini ‘terkena’ dengan doktor yang tidak bertauliah.
“Alhamdulillah, esok akan jumpa @drshaharom untuk rawatan kecilkan pipi sebab ramai cakap pipi saya pelik. Tq doc!
“So make sure buat rawatan dekat doktor estetik sah yang ada LCP License (Letter of Credentialing dan Privileging) ye.
“Saya dah terkena dengan doktor tak bertauliah. Serik! Nasib ada Dr Shah,” tulisnya sambil memberikan kredit.
Sementara itu menerusi ruangan komen, para pengikutnya turut memberikan reaksi pelbagai. Malah, ada di antara reaksi yang ditinggalkan mendapat respon Safiey.
Meninjau posting terkininya pula, Safiey hari ini ada bertemu kaunselor bagi mendapatkan sesi kaunseling dan terapi.
Foto: Instagram Safiey Illias
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Nora Ariffin memaklumkan dia bersama keluarga besarnya telah pun selamat menganjurkan majlis tahnik buat cucu sulungnya, Ayden Johan yang kini sudah mencecah usia tiga bulan pada Sabtu.
Nora menerusi pautan video yang dimuat naik bersama beberapa foto sekitar majlis turut menzahirkan rasa syukur kerana majlis berjalan dengan lancar.
“Alhamdulillah syukur pada Allah swt selesai tahnik & cukur rambut yg kami buat among family saja utk Ayden Johan yg dah masuk 3 bulan.
“Maaf tak daoat jemput saudara mara & sahabat sbb MCO.
“Sebagai Wan, saya terasa amat sayu, syukur dpt kongsi & buat moment ni utk cucu pertama, bersama anak2 menantu & besan tersayang.
“Rindu pada arwah Johan & Alif hanya Tuhan saja yg tahu,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Penyanyi Hanya Satu ini pada masa sama turut mendoakan agar cucu lelakinya itu membesar sebagai anak soleh.
“Moga Ayden Johan membesar menjadi anak yg soleh & berjaya dunia akhirat. Insya-Allah,” mohonnya sambil disusuli dengan kredit.
Ayden Johan ialah cahaya mata pertama sulung Nora, Mohd Syakir Iman yang berkahwin dengan wanita pilihannya, Eilya Sofea Azman pada 12 Januari 2019.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara Fedtri Yahya berkongsi kisah seorang wanita yang lumpuh selepas melahirkan anak keempat.
Jelas Fedtri, wanita yang dikenali sebagai Meriam Zakaria itu disahkan mengidap penyakit Symptomatic Hypokalemia iaitu kekurangan nutrisi dan garam dalam badan sehingga menyebabkannya lumpuh dan hilang ingatan.
Walau bagaimanapun, menerusi update terbaru, wanita tersebut dilaporkan telah meninggal dunia sekitar Februari lalu.
“Aduhai ibu srikandi terhebat,
lahirkan zuriat bertarung hayat
“Begitu dalam cinta dizahir,
walau nyawa di garis akhir
“Zuriat cinta tiada tahu,
terbaring lesu seorang ibu
“Hilang daya hilang ingatan,
hanya nafas menyambung harapan
“Dalam hidup serba tiada,
suami di sisi damaikan raga
“Anak-anak hilang sentuhan,
damba pelukan syurga idaman
“Begitu kisah insan diuji,
buat yang lain hulurkan budi
“Setitis air mata tanpa jeritan,
jadi igauan menduga iman
“Catatan 2017
“Siapa sangka, kegembiraan seorang ibu melahirkan anak keempat bertukar pilu apabila dia lumpuh selepas 18 hari berpantang.
Meriam Zakaria, 37, disahkan menghidap penyakit Symptomatic Hypokalemia, iaitu kekurangan nutrisi dan garam dalam badan, bukan saja menyebabkan dia lumpuh, malah tidak dapat bercakap dan hilang ingatan.”
Siapa yang ada maklumat terbaru keluarga ini, boleh berkongsi info untuk saling membantu di bulan mulia ini.
“UPDATE TERKINI – si isteri telah kembali ke rahmatullah pada bulan Februari yang lalu. Al Fatihah,” kongsinya.
Menerusi ruang Insta Story, pengacara Jejak Rasul itu turut berkongsi nombor akaun keluarga terbabit andai ada pihak yang ingin tampil menghulurkan sumbangan.
Foto : Instagram Fedtri Yahya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!