Buka Akaun IG Anak Berusia Kurang 20 Hari, Pengacara Nina Nadira ‘Kasi Amaran’ Pada Geng Bawang

Share

Pelakon, penyanyi dan pengacara Nina Nadira telah membuka akaun Instagram (IG) buat anaknya, Nina Lilyanna yang kini berusia 18 hari.

Bagaimanapun, pelakon berusia 27 tahun itu sebenarnya teragak-agak untuk berbuat demikian, tetapi atas permintaan ramai, Nina tetap melakukannya.

“My precious Lily ; We were a bit hesitant to have her own insta profile but many of you requested and i think it would be nice to share with you guys how our beautiful little Lily blossoms..

Nina dan suaminya, Ahmad Farhan yang sudah mendirikan rumah tangga pada akhir Julai 2017 itu turut berasa risau dengan komen netizen yang akan meninggalkan pendapat dan pandangan masing-masing menerusi gambar yang dimuat naiknya.

“Sorry this mommy is overprotective, cause any negative comments or makcik makcik bawang trying to be smart will be blocked. So here it goes : @ninalilyanna,” tulis Nina yang lahir dari program realiti Akademi Fantasia 2014.

Setakat ini, Instagram bayi comel yang dilahirkan secara normal itu memiliki lebih 1,000 pengikut.

Published by
Amynur Akmal