Tidak kira bergelar selebriti ataupun tidak, apabila menjelang tahun baru sudah pasti masing-masing akan misi untuk realisasi azam tahun baru yang baharu.

Pelakon Izreen Azminda misalnya, bintang versatil ini berharap tahun 2020 ini membuka lebaran baru buat dirinya.

Bukan itu sahaja, Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam ini turut mengharapkan segala impian dan harapan bakal tercapai.

“Semoga tahun baru ini memberi kita kehidupan yg lebih baik. Memberi sinar harapan baru.

IKLAN

“Buka buku baru. Topik baru. Cerita baru. Rasa yg baru. Segala gala la baru..baru lah aman2 jer hidup.

“Dan semoga Rezeki kita semua semakin murah.. Dan apa yg tak TERCAPAI pada tahun 2019 ini dapat kita genggam pada tahun 2020 nnt! Amin..,” tulisnya.

IKLAN

Sekadar informasi, Izreen dan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2018 di Damansara, Petaling Jaya.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Aaron Ibrahim, 5 bulan.

IKLAN

Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun berpisah pada 2014.

Keduanya dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar.

Gambar: Instagram Izreen Azminda

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI