“Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah.” Itu lafaz yang terungkap oleh Lisa Surihani apabila bercerita mengenai proses rawatan pembedahan lasik yang dijalaninya di Pusat Mata dan Lasik milik Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad, baru-baru ini.

Sambil merakamkan rasa syukur, sesi berkenaan berjalan lancar dan prosedur yang dilakukan hanya mengambil tempoh kurang 10 minit.

“Saya menangis. Di bilik rawatan Prof Muhaya, ada surah Al-Fatihah yang dilekatkan pada dinding. Sebelum buat rawatan dibuat, Prof minta saya buka kanta lekap dan bila buka saya sudah tidak nampak akan surah terpapar.  Surah tersebut turut disertakan dengan terjemahan dalam Bahasa Melayu.

“Bayangkan selepas selesai, saya buka mata dan terpandang surah Al-Fatihah di posisi sama saya berada sebelum prosedur. Lalu saya ternampak dan menangis terus.

“Saya nampak dan boleh baca. Allah pinjamkan semula nimatNya. Menerusi Prof Muhaya, saya memang rasa sebak ketika itu,” jelas Lisa kepada MH.

Ditanya mengapa mengambil masa agak lama untuk melakukan prosedur tersebut, juri Maharaja Lawa Mega 2019 ini mengakui ia ada berkaitan dengan anxiety dan ‘seriau’.

Ads

“Mungkin kerana ada rasa seriau. Namun saya syukur kerana ke tempat yang betul. Sebelum prosedur dimulakan, Prof terlebih dahulu baca doa dan berzikir. Buatkan saya rasa selesa dan beliau sangat membantu.

“Prosedur itu pun kurang dari 10 minit. Mungkin lima atau tujuh minit kot. Saya berikan isyarat ‘thumbs up’ pada ibu yang ketika itu berada di luar dari sisi cermin sebagai tanda saya okay,” kongsinya lagi.

Lisa atau nama sebenarnya, Lisa Surihani Mohamed sebelum ini ada mendedahkan dia mengenakan kanta lekap lebih 29 tahun kerana mengalami masalah rabun.

Ads

“Saya kenakan kanta lekap kerana saya memang alami masalah rabun dan bukan atas sebab kosmetik. Jadi cara saya pakai dulu, kemungkinan saya perlu lakukan penjagaan yang lebih baik. Misalnya pemakaian kanta lekap tidak boleh lebih dari 11 jam.

“Namun ada ketikanya saya kenakan ia lebih 11 jam malah ada juga bawa sampai ke tidur. Jadi bagi mereka yang perlu pakai kanta lekap, tolonglah jaga perihal mata anda,” ujarnya.

Pada masa sama, bintang berusia 33 tahun ini turut memberi pesan kepada ramai agar sebolehnya, lakukan pemeriksaan mata sekurang-kurangnya setahun sekali.

Ads

Lisa sebelum ini turut memuat naik beberapa posting di Instagram bagi berkongsi pengalaman tidak ternilai itu bersama peminat dan pengikutnya.

View this post on Instagram

Here’s my experience undergoing the RelexSmile procedure. Syukur Alhamdulillah, it was the right decision for me to pay Bonda @profmuhayaofficial a visit to check the condition of my eyes. It was a pleasant experience throughout, with the warmth and peaceful vibe I felt from everyone in @profmuhayaeyelasikcentre in Kajang. Bonda, trusting you to help me regain clear sight dengan izin Allah swt was one of the best decisions I made in 2019. I cannot thank you enough. Syukur nya Ya Allah , Alhamdulillah. This, to me is not something of leisure. But an investment. The importance of taking good care of eyes is also as important as going for our regular checkups for other organs that we were gifted from Allah swt. I advise my dear followers, please pay the clinic a visit. Check on your eyes. It’s convenient, less than half an hour, but the results are thorough. Understanding your eyes’ condition will help you on how to move forward in knowing how to take good care of your eyes. The staff are very helpful, efficient and very friendly. Bila waktu solat masuk, an area is prepared to do jemaah sama-sama. The vibe there is calming and cozy. Any enquiries do follow and address the questions to @profmuhayaeyelasikcentre ya? Assalamualaikum

A post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani) on

Foto: Instagram Lisa Surihani

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI