“Buka Pintu Satu Rumah Bau Najis, Semua Tak Tahan Baunya. Kasihan Makcik Ini,” – Ebit Lew Teruskan Misi Murni, Bantu Warga Emas

Share

Sinonim dengan kerja-kerja amal kebajikan, perkongsian Ustaz Ebit Lew mengenai sebuah lagi kisah masyarakat yang serba kekurangan menjentik hati ramai.

Kali ini, Ebit ada bercerita mengenai kehidupan seorang warga emas yang hidup sebarang kara selepas kematian suami, kira-kira 15 tahun lalu.

Lebih menyentuh perasaan, keadaan kediamannya kurang baik serta persekitaran yang berbau najis.

Perkongsian tersebut ada dimuat naik menerusi satu status panjang di Facebook rasminya.

Sementara itu menerusi status yang telah dikemas kininya, Ebit menzahirkan rasa syukur kerana tugas penambahbaikan kediaman warga emas berkenaan sudah pun berjaya dilaksanakan dalam tempoh beberapa jam hasil bantuan ramai.

Malah, wanita tua itu turut dimandikan seorang petugas Rela, dikenali sebagai Kak Ros yang sebelum ini turut membantu warga emas terbabit.

“Ya Allah syukur. Sebak selesai tugas dalam masa beberapa jam. Bergegas ganti tangki air dan paip baru. Supaya air laju dan bersih.

“Bersihkan rumah sampai wangi. Belikan peti ais baru. Katil baru tilam cadar baru semua. Meja dan kerusi baru. Rice cooker dan cerek baru. Senyum menangis makcik ini tengok semua baru-baru.

“Kak Ros Rela mandikan makcik ini. Potong kuku dan wangikan. Guntingkan rambut.  Cantik sangat dah. Senyum lebar makcik ini. Makcik tiba-tiba nak berwuduk nak solat. Terkejut dengar,” jelasnya.

Ebit pada masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat dalam menjayakan misi murni itu.

“Jemput kami raya rumah. Masa pakai selipar baru senyum. Satu selipar lagi simpan pakai hari raya kata makciknya. Syahdu dengar. Ni baju raya makcik. Masak rendang untuk saya makcik. Makcik tak pandai masak rendang katanya.

“Terima kaseh semua jiran yang dekat yang membantu. Sebab makcik ini memang tak buka pintu orang datang. Berkat doa syukur makcik ok jer kita buat semua tu.

“Makcik ini berbual macam biasa. Sihat jer. Ya Allah. Suka bergambar makcik ini. Juta kali berbeza dari pagi tadi. Ya Allah terima kaseh ubati hati ini setelah duka tadi. Senyuman makcik ini ubat hati saya.

“Jiran-jiran terutama Kak Ros rela akan gilir-gilir membantu makcik ini. Kami dah ganti tombol supaya Ros boleh sentiasa tengok keadaan makcik ini. Senang keluar masuk rumah. Terima kaseh semua yang terlibat. Semoga Allah terima semuanya.

“Saudaraku, disebalik ujian ada rahmat Pertubuhan Kasih Umat Malaysia, cimb 8603546376,” tulisnya lagi.

Menerusi posting sama, Ebit turut berkongsi beberapa foto terkait.

Foto: Facebook Ebit Lew

Published by
MH