Penyampai radio Suria FM, Fizi Ali berkesempatan berbuka puasa bersama rakan penyampai radio senior, Halim Othman, baru-baru ini.
Kongsinya di akaun media sosial Instagram, Fizi atau nama lengkapnya Mohd Hafizudin Alimudin menyingkap detik awal dia terlibat dalam konti radio.
Menurut Fizi, Halim antara mentor yang banyak memberi tunjuk ajar dan berkongsi ilmu dunia penyiaran radio.
“Hari ni berbuka dengan papa. Eh salah Abang Halim. Tak sangka setelah bertahun jumpa kembali. Ni la mentor saya dan antara orang yang ajar saya dalam dunia radio.
“Sampai awal-awal orang cakap saya tiru Halim. Ada nak bgtau papa apa-apa nanti saya sampaikan. Eh papa lagi. Abang Halim,” tulisnya.
Sekadar informasi, Fizi telah memulakan karier sebagai penyampai radio Suria FM sekitar tahun 2016.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Fizi Ali
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“1% Atau 0.01% Pun Dah Memadai,” – Karya Kerap Diulang Tayang Ketika PKP, Amerul Affendi Harap Pemain Industri Peka Isu Kontrak & Royalti
Pelakon Amerul Affendi memilih untuk tidak menjadikan lakonan sebagai kerjaya utamanya dan mahu beri fokus juga terhadap bidang pertanian dan penternakan di kampung.
Menurut Amerul, keputusan tersebut harus dibuat memandangkan situasi industri lakonan masa kini seakan-akan tidak memihak kepadanya.
Malah, dia juga meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir pemain industri yang disifatkan lebih mementingkan populariti di media sosial berbanding ilmu dan bakat yang dimiliki oleh seseorang pelakon itu.
“Isu melibatkan followers ini, mula saya suarakan pada dua tahun lepas. Sejujurnya saya memang agak terasa. Saya rasa seperti apa guna saya belajar di Akedemi Seni Kebangsaan (ASK) dahulu selama tiga tahun, berhabis masa dan duit tetapi bila nak keluar bekerja yang dinilai adalah jumlah followers.
“Kerana itulah saya ambil keputusan untuk tidak menjadikan lakonan ini kerjaya utama sebaliknya hanya sebagai hobi. Disebabkan itu saya pulang ke kampung untuk mengusahakan bidang pertanian dan penternakkan.
“Kemudian, bila saya dah ambil keputusan tersebut, saya tak bergantung harap lagi pada kerjaya lakonan untuk menjana pendapatan,” katanya kepada MH.
Amerul berkata sedemikian dalam satu temu ramahnya bersama MH, baru-baru ini.
Malah, bintang berusia 35 tahun ini turut menyifatkan segelintir penggiat seni di negara ini dilihat seperti masih lagi tidak belajar daripada kesilapan lalu terutamanya dalam soal royalti dan kelompangan kontrak.
“Sewaktu tempoh PKP lalu, ramai pemain industri yang mula sedar cara kerja kita sebelum ini tak berapa betul. Stesen tv kerap ulang tayang karya-karya kita tapi kita tidak dapat apa-apa pun.
“Ramai sebenarnya yang sedar mengenai situasi ini. Malah, ada juga yang mempersoal peranan yang dimainkan stesen tv dalam membantu orang-orang industri yang tengah susah pada ketika itu.
“Sekarang ini, kita kena lihat balik terma-terma kontrak kita selama ini. Bila kita dah fight mengenai isu ini dan ada producer berjaya dapatkan ‘intellectual properties’ tetapi masalah lain pula timbul apabila produser-produser ini pula bersikap seperti stesen tv.
“Mereka tak nak bayar royalti. Sekurang-kurangnya bagilah sedikit atas usaha dan penat lelah mereka. Satu peratus atau 0.01 peratus pun dah memadai untuk penggiat seni ini dapat meneruskan kelangsungan hidup lebih-lebih lagi ketika musim pandemik ini,” ujarnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Amerul kini sedang sibuk mempromosikan filem terbarunya yang berjudul Prebet Sapu.
Prebet Sapu menceritakan mengenai kisah kepayahan dua orang anak muda untuk mengubah nasib hidup mereka di ibukota, Kuala Lumpur.
Selain Amirul, filem ini juga turut dibintangi oleh pelakon, Mei Fen Lim.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Apa Salah Baby Ni Sampai Dicampak Ibunya Dari Tingkat 4,” – Eisya Toh Minta Tolong Jangan Buang Bayi!
Baru-baru ini, berita bayi yang baru dilahirkan dilaporkan telah dicampak dari tingkat 4 sebuah flat di Bayan Baru, Georgetown, mendapat perhatian meluas daripada warganet.
Rata-rata sedih dan terkesan dengan berita yang dilaporkan. Eisya Toh misalnya ada meluahkan rasa sedih terhadap perkara tersebut.
Difahamkan, si ibu yang dikatakan baru berusia 18 tahun rasa panik lalu mengambil tindakan drastik sedemikian.
“APA salah baby ni smpai dicampak ibunya dari Tingkat 4. Ibunya seorg gadis berusia 18tahun, hamil luar nikah tanpa pengetahuan keluarga.
“Panik dgn kelahiran anak ini, gadis itu terus buang bayi ini dari tingkap dapur flat rumahnya, Flat Persiaran Mayang Pasir 5, Bayan Baru dekat Georgetown,” tulisnya pada entri di Instagram.
Dalam pada itu, Iesya memaklumkan dia sendiri sebelum ini pernah memberi bantuan dan sokongan moral kepada ibu yang menghadapi masalah sama.
Semuanya dibuat agar tidak berlakunya lagi kes pembuangan bayi.
Pada masa sama, Iesya menjelaskan dia tidak mahu menghukum, sebaliknys mahu membantu kepada mana-mana individu yang berdepan hal sedemikian.
“Adik2, kak Sya dah jaga 15babies, kesemuanya Alhamdulilah sihat,ibu2 mereka semua dah menjalani kehidupan yg lebih positive tanpa perlu terkesan seumur hidup.
“Jgn risau identiti gadis2 ini sekali pun kak Sya xpnh dedahkan. I’m here to help, not to judge!#JgnBuangBaby #PlsDMKakSya,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Iesya Toh (@iesya_toh) on
Sekadar maklumat, bayi malang tersebut didakwa dicampak oleh ibu , pada Rabu.
Lalu, bayi dan remaja berkenaan dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana dakwaan menyembunyikan kelahiran.
Foto: Instagram Iesya Toh
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Mungkin Bukan Kakak Terbaik, Garang, Emo Tapi…,” – Ucapan Fasha Buat Adik, Elisya Sandha Yang Genap 22 Tahun Usianya
Sebagai kakak, momen bersama adik beradik sememangnya antara perkara yang susah untuk dilupakan.
Benar kata pepatah, air yang dicincang tidak akan putus.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon, Fasha Sandha dilihat ada menitipkan ucapan istimewa bersempena dengan hari kelahiran adiknya yang juga merupakan pelakon, Elisya Sandha.
Jelas Fasha, dia kini harus menerima hakikat yang adiknya itu sudah pun meningkat dewasa dan boleh membuat keputusannya sendiri.
“Andai dapat ku undurkan putaran dunia, I want u to be this cute little child that always follow me everywhere i go. Dengar kata, tak pandai melawan cakap.
“Tapi apakan daya, you’re 22 now and i have to accept the fact that you have your own life, dan selalu akan buat your own decision walau angah bantah,” katanya.
Meskip menyifatkan dia bukanlah kakak terbaik, namun pelakon drama Scammer ini mendedahkan dirinya sentiasa menginginkan yang terbaik buat adiknya itu.
“I may not be the best sister among all, i have my flaws, garang, emo, but one thing i want you to know…deep inside me, i will always love you and i want the best for you. Semoga kebahagiaan menjadi milikmu, selamanya @elisyasandhaofficial
“Kesayanganku mohon doakan adik bongsu kami diberikan kesihatan yang baik dan berbahagia selalu di samping semua disekelilingnyaAmin. Cc @uzairhaqimy69 please take care of my my little sister,” ujarnya lagi.
Dikesempatan itu juga, Fasha turut meninggalkan pesan buat tunang adiknya, Uzair Haqimy supaya menjaga Elisya sebaik mungkin.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh melihat perkongsian tersebut malah mereka juga turut dilihat menitipkan ucapan hari lahir buat Elisya.
Sumber: Instagram Fasha Sandha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI