Pelakon terkenal, Remy Ishak turut berdukacita dengan insiden yang menimpa juruterbang, Allahyarham Shahrul Kamal Roslan yang merupakan antara 10 mangsa yang terkorban dalam nahas jet persendirian dekat Elmina pada petang Khamis.
Menurut Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, pemergian Allahyarham Shahrul sememangnya mengejutkan dirinya kerana mereka dikhabarkan baru sahaja bertemu beberapa hari yang lalu.
“Inallillahirwainailayhirhojiun. Takziah buat Shefa dan family atas pemergian Captain Shahrul Kamal dalam nahas pesawat yg berlaku di Elmina semalam.
“Baru dua hari lepas jumpa Kak Iza, arwah dan isterinya, Shefa at Mozers Shah Alam,” tulisnya.
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh pelakon drama Hijrah Jannah itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Dalam pada itu, Remy turut memanjatkan doa semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman selain turut
berharap isteri dan keluarganya diberikan ketabahan untuk menempuh detik sukar itu.
Ads
“Hari ni buka whatsapp dapat this sad news. I’m so sorry to hear this Shefa, Moga Allah tempatkan Shahrul bersama orang-orang yang beriman. Amin ya rabb,” kongsinya lagi.
Sementara itu, memetik laporan Harian Metro, ibu kepada Allahyarham Shahrul Mahanom Ismail, memaklumkan anaknya itu seorang yang manja dan amat dekat dengannya.
“Arwah rapat dan manja dengan saya, kalau balik rumah saya..dari jauh lagi, ‘mama..mama, buka pintu’.
“Saya akan merindui segalanya mengenai arwah, suara dia memanggil saya,” katanya seperti yang dipetik.
Ads
Katanya Mahanom lagi, anak bongsu daripada dua beradik itu kali terakhir menghubunginya sebelum dia menjalani pembedahan di Hospital Angkatan Tentera (ATM) Tuanku Mizan di ibu negara pada 24 Julai lalu.
“Sehari sebelum menjalani pembedahan usus dan hempedu, dia (anak) ada menghubungi saya untuk bertanya khabar.
“Sebelum meletakkan telefon, dia berkata ‘adik sayang mama sangat’,” kongsinya lagi.
Ads
Keseluruh mangsa yang terlibat dalam nahas ini adalah seramai 10 orang termasuklah Ahli Dewan Undangan Negeri Pelangai, Datuk Seri Johari Harun.
Pesawat tersebut sepatutnya dijadualkan mendarat pukul 2.40 petang bagaimanapun dipercayai melencong sebelum hilang kawalan dan terhempas.
Sehingga pukul 10.30 malam tadi, pihak polis telah selesai menemui 10 mayat mangsa serta lima bungkusan cebisan badan milik mangsa.
Kesemua mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk dibedah siasat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Remy Ishak, Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Nad Zainal akui kerap menerima peringatan daripada orang-orang di sekelilingnya agar berhati-hati saat pertama kali berkerjasama dengan aktor, Ungku Ismail sebelum mereka mendirikan rumah tangga.
Bagaimanapun, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin bersyukur kerana hubungan mereka kekal sehingga hari ini.
“Assalamualaikum Ungku Ismail. ‘Goodluck Nad kerja dengan Ungku tu’. Kata-kata orang bila nak start kerja dengan dia.
“Tapi alhamdulillah. Dari panggilan Ungku, berganti kepada ‘you’, tukar kepada sayang dan kini jadi Abah,” tulisnya.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Cina Buta itu di laman Instagram bersempena hari lahir Ungku Ismail yang ke-38.
Tambah Nad, dia amat menghargai setiap waktu-waktunya bersama Ungku Ismail sejak awal perkenalan mereka.
“Selamat hari lahir Abah Puteh. Semoga lebih banyak memori kita bersama. Semoga apa yang diimpikan tercapai.
“Dari gambar-gambar ini dari hari pertama kenal awak sampailah gambar terakhir yakni pagi ini, rasa sayang dan hormat makin bertambah seiring hari yang kita lalui.
“Sudah 38 tahun dah awak. Semoga keluarga kecil ini dapat memberi keceriaan dan ketenangan buat you sampai bila-bila. I love you,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Nad dan Ungku Ismail kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
“Happy birthday Ungku Ismail. Saya doakan semoga Nad dan suami sentiasa gembira dan bahagia hingga ke syurga.
“Selamat ulang tahun Ismail. Semoga sentiasa diberkati Allah.
“Minat sangat dengan beliau dan lakonan beliau. Dulu-dulu selalu terfikir siapakah insan bertuah menjadi isterinya. Ketentuan Allah siapa yang tahu. Nad rupanya jodoh itu. Semoga berbahagia hingga ke jannah. Bahagia selalu,” antara komen-komen netizen.
Sekadar informasi, Nad dan Ungku Ismail telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 23 Januari 2023.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang hanya dikenali dengan panggilan Puteh pada 10 Oktober lalu.
Nad sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015 sebelum bercerai pada September 2022.
Hasil perkongsian hidup bersama Muhammad Faliq, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Nad Zainal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi rap baharu, Farhan Alias atau nama pentasnya Fhan, percaya setiap penyanyi mempunyai potensi bakat tersendiri.
Menurutnya, pemain industri hendaklah memberikan sepenuh kepercayaan seterusnya peluang untuk penyanyi baru bagi mengasah bakat mereka.
“Secara peribadinya untuk saya bekerjasama dengan komposer atau pun penulis lirik terkenal, yang penting mereka percaya pada potensi seseorang penyanyi berkenaan. Bukan memandang rendah terhadap pengalaman kita. Saya sangat sensitif dalam bab ini.
“Kalau mereka rasa saya tiada potensi, mungkin lupakan saja niat untuk bekerjasama. Saya percaya setiap manusia ada kelebihan masing-masing,” jelasnya.
Mengulas mengenai strategi pemasaran dengan menyasarkan karyanya mampu menembusi pasaran antarabangsa, dia memilih untuk mengeluarkan lagu dwi-bahasa berjudul Walkaway dan Nitro sebagai langkah untuk menarik pendengar luar Malaysia.
“Proses awal untuk bekerjasama dengan penyanyi luar negara ini, saya mahu fokus trendingkan terlebih dahulu lagu sedia ada. Bila mana sudah ada peminat dan pendengar dari negara serantau, saya percaya penyanyi di sana pasti menyedari kewujudan saya.
“Disebabkan itulah saya mengeluarkan dua single terbaharu dwi-bahasa Inggeris dan penuh supaya dapat capai sasaran ‘crowd’ dari luar negara,” kongsinya yang menyasarkan pasaran Indonesia, Singapura dan Filipina terlebih dulu.
Lagu Walk Away merupakan hasil ciptaan komposer Mingaling, Madebyartin, Imgkay dan penulis lirik oleh Amir Hasan.
Menyentuh mengenai populariti sebagai penyanyi rap baharu, Fhan lebih ambil peduli mengenai sisi penyampaian mesej lagu.
“Bagi saya itu tidak menjadi masalah sebab yang penting dapat sampaikan mesej lagu tersebut kepada semua pendengar. Dua single terbaharu berkenaan berkisarkan perjalanan dan liku-liku seseorang dalam industri atau pun bisnes yang saya ceburi.
“Selain itu saya selitkan pelbagai cabaran dan ragam manusia yang pernah saya jumpa. Konklusinya biar kita sendiri berjuang untuk sampai ke puncak,” ujarnya.
Menyedari pasaran muzik tempatan pendengarnya lebih gemarkan lagu-lagu patah hati, Fhan akan mempertimbangkan untuk menerokai genre tersebut pada masa depan.
“Ya saya sangat berminat sebab saya rasa itu adalah genre yang senang untuk pendengar ikuti atau layan. Sejujurnya lagu saya pun ada patah hati iaitu Walk Away,” katanya lagi.
Sebagai informasi, Fhan mulai aktif dalam dunia muzik sejak tahun lalu dengan kemunculan dua single berjudul Terbang Tinggi dan Bertahan serta Terang dalam pertengahan tahun ini.
Foto kredit: Fhan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Nonny Nadhirah yang kini menjalinkan hubungan rapat bersama pelakon Niezam Zaidi.
Bintang kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim kelima ini ada berkongsi cerita susah senang sepanjang perkenalan bersama Niezam.
Dia pada masa sama turut percaya dengan rezeki.
“Dari grab ke motor,berhujan pakai plastik sampah, alhamdulillah now dah ada transport balik. Thank you buat sahabat2 semua yg byk membantu kami.
“Walau ada RM10 dlm poket jgn pernah give up sbb rezeki Allah yg bagi.INGAT TU!! JANGAN PERNAH GIVE UP!!Teruskan dgn rajin bersedekah, utamakan keluarga, bantu sesama kita dan tengok MAGIC yg akan berlaku dlm kehidupan korang.
“Allah tidak akan menguji hambaNya diluar kemampuan mereka.SesungguhNya Allah tau kamu mampu, Redha dan sentiasa berserah kpd Allah swt,” tulisnya.
Meski diuji dengan pelbagai dugaan, Nonny memberi nasihat agar untuk sentiasa rasa bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Yang Maha Esa.
“Biar orang buat kita jgn kita buat orang.Allah tarik si biru, si putih dtg menjelma.Bukan si putih saja malah ada yg offer utk transport ke dua.Tapi kami dah cukup happy dgn siputih, Jgn tamak, bersyukur dgn apa yg ada.
“Jangan cari Dia di masa susah sahaja,Dikala gembira tetaplah beringat,Dia lah pemberi segala nikmat didunia.Bila kamu jaga Allah, Allah akan jaga kamu,Allah maha baik. Thru ups and down,Thank you so much tiger @niezamzaidi
“Nikmat apa lagi yg kau dustakan?#motivasihijrah #berhijabbukanpenutuprezeki #hijrahkearahyglebihbaik #roadtohalal #silasusunstrategi,”, tulisnya lagi.