Seperti yang sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal dilaksanakan pada 12 Mei sehingga 7 Jun depan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
Bukan sahaja menimbulkan rasa di kalangan orang ramai, golongan selebriti yang bekerja turut memberikan reaksi.
Penyampai radio, Feeya Iskandar atau nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan misalnya, meluahkan rasa berhubung perkara tersebut selepas berdepan kesesakan jalan raya yang teruk, pagi Isnin.
Feeya ada berkongsi situasi yang dialami ketika mahu ke pejabat.
“Dah dekat tol Damansara pukul 9. Kereta dah padat, sebab keluar masuk tol ni ada roadblock.
“Bukak waze, dia ckp 9.50 kau baru sampai. Sedangkan opis cikpiah depan tu je. Haih.
“Tolonglah bagi kesabaran yg tinggi utk aku hadap jem mcm ni hari-hari. Kalau ada pkp, aku fed up!,” tulisnya.
Link posting
Perkongsian melalui video itu sehingga kini sudah pun ditonton lebih 20,000 kali beserta komen yang pelbagai.
Foto: Instagram Feeya Iskandar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ibu Janji Ibu Akan Balik,” – Hampir 3 Minggu Tidak Jumpa Anak Demi Jihad, Pak Nil Kongsi Kisah Frontliner Yang Terpisah Dari Anak Kecilnya
Mengambil tanggungjawab menyebarkan maklumat dan pengorbanan kakitangan barisan hadapan yang berjuang menentang wabak Covid-19, Datuk Aznil Haji Nawawi berkongsi perbualan yang cukup beremosi dengan seorang kakitangan barisan hadapan yang bertugas di Hospital Seremban yang dikenali sebagai Nurul.
Jelas Nurul, dia dipinjamkan daripada unit rawatan jantung untuk memenuhi keperluan rawatan pesakit Covid-19 di Malaysia. Dia turut berkongsi kesukaran pemakaian Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) di mana setiap kakitangan terpaksa mengenakan sut berkenaan sehingga 18 jam sehari.
Dan atas sebab itu, jelas Nurul, kebanyakan frontliner terpaksa menjamak solat fardhu dan menahan lapar sehingga PPE dibuka dan terus dilupuskan. Tambahnya lagi, kakitangan yang bertugas di Unit Rawatan Rapi pula terpaksa bekerja lebih daripada 18 jam sehari bagi memastikan pesakit mendapat rawatan sepenuhnya.
Tidak mampu menahan sebak tatkala menyentuh perihal anak, jelas Nurul, dia sudah lama tidak berpeluang bertemu dan memeluk anaknya kerana tidak mahu merisikokan nyawa mereka. Malah, Pak Nil turut terkedu saat Nurul menyatakan statusnya sebagai ibu tunggal.
“Saya tidak dapat berjumpa mereka sejak cuti sekolah bermula. Saya terpaksa menghantar kedua-dua anak untuk dijaga oleh adik. Saya merupakan ibu tunggal.
“Selalunya kami akan buat panggilan video dan mereka selalu akan bertanya bila ibu boleh balik, bila kita boleh makan bersama, bila nak keluar jalan bersama. Saya hanya mampu menjawab, bila keadaan sudah reda. Kami sendiri tiada kepastian bila keadaan akan beransur pulih. Ramai kawan-kawan di Hospital Sungai Buloh sudah lama tidak pulang ke rumah kerana kekurangan kakitangan.
“Bukan tidak takut terkena jangkitan namun kita kena ikhlaskan diri. Selama mana kita harus melawan wabak ini jika kita tidak berjuang. Apa yang membuatkan saya terus berjuang dan bertahan merawat pesakit ialah saya mahu balik ke rumah dan jumpa anak-anak, saya tidak mahu terus begini.
“Ayah berpesan, saya kena teruskan berdoa dan jangan putus berdoa kepada Allah, dan kena kuat untuk anak-anak.
“Namun ada frontliner yang punya anak-anak yang masih kecil terpaksa putuskan susu badan kerana tidak mahu risikokan nyawa anak. Apa yang boleh saya pesan kepada rakan-rakan seperjuangan, ikhlaskan hati, kuatkan diri. Kita kena berjuang sehingga wabak ini tamat, kita berjihad kerana Allah,” luahnya sambil menangis.
Nurul turut menitipkan pesanan buat dua anak lelakinya dan berjanji akan pulang selepas semuanya tamat.
“Ibu harap semuanya akan berakhir dengan cepat, ibu akan balik ambil anak-anak ibu dan akan peluk kamu setiap malam. Ibu janji ibu akan balik. Doakan ibu terus kuat,” katanya menahan sebak.
“FRONTLINER YG TERPISAH DARI ANAK KECILNYA 😭
Walaupun ada yg kecam Paknil dgn menuduh Paknil cari perhatian dgn cerita2 yg #paknil paparkan, sesungguhnya nawaitu sebenar adalah untuk memberi kesedaran kpd mereka yg masih ambil ringan ttg bahaya covid 19. Paknil tidak akan tunduk pd kata2 negatif #teampaknil,” kongsi Pak Nil.
View this post on InstagramA post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm) on
Foto : Instagram Pak Nil
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Tidak Terlibat Dengan Mana-Mana Brands Burger,” – Ada Pihak Cuba Ambil Kesempatan, Maya Karin Tutup Terus Bisnes Burger Bakar!
Pelakon, Maya Karin memutuskan untuk menutup sepenuhnya operasi burger bakar kendaliannya sejak 1 Ogos lalu.
Menurut Maya, keputusan tersebut dibuat selepas mendapati ada banyak pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap projek sampingannya itu.
Malah, pelakon filem, Ombak Rindu itu turut menjelaskan bahawa dia langsung tidak terlibat dengan mana-mana jenama burger di pasaran.
View this post on InstagramA post shared by Maya Karin (@maya_karin) on
“Delivery TERAKHIR #burgerbakarmayakarin . Kepada Maahad Tahfiz Lil Aytam.
“Dengan ini saya ingin mengumumkan #burgerbakarmayakarin akan tutup bermula 1st August ini.
“Dengan itu saya memberitahu saya tidak terlibat dengan mana-mana brands burger,” tulisnya.
Tambah Maya lagi, meski dia mempunyai hasrat untuk memperluaskan lagi bisnesnya itu, namun dia tidak mahu keadaan akan menjadi lebih teruk pada masa akan datang.
Dia bagaimanapun turut menzahirkan penghargaan buat semua yang menyokong.
“Projek burger ini bermula pada musim PKP untuk mengisi masa yang terluang.
“Sejujurnya niat di hati ingin memperluaskan dan memperkembangan burger bakar saya tapi saya mendapati ada pihak mengambil kesempatan jadi itu antara sebab saya mengambil keputusan untuk tutup terus.
“Terima kasih diatas sokongan anda semua yang tak terhingga.
“Saya amat hargai segala sokongan anda berikan! Dan Selamat Hari Raya Aidiladha! Love, Maya,” katanya.
Terdahulu, Maya memulakan bisnes burger bakarnya sebagai aktiviti harian semenjak Perintah Kawalan Pergerakan ekoran penularan wabak COVID-19 diumumkan.
Maya juga dilihat ada memberikan burgernya itu buat para frontliner yang terpaksa betugas sepanjang fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.
Sumber: Instagram Maya Karin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[VIDEO]”Aku Songket Kepala Kau Nanti,”- Shuib Nyanyi Lagu Atikah Songket, Siti Sarah Naik Angin, Dah Kenapa?
Pelawak, Shuib Sepahtu ada memuat naik sebuah video mengusik isterinya di Instagram.
Video tersebut memaparkan Shuib bersungguh-sungguh menyanyikan lagu terbaru ciptaan Harry Khalifah bertajuk Atikah Songket.
“Lagu ni dok main dalam kepala. Menyongket-nyongket lagu ni. Tahniah Harry Khalifah,” tulisnya
Bagaimanapun, isterinya, Siti Sarah tidak menggemari Shuib menyanyikannya kerana lagu tersebut mengisahkan mengenai seorang wanita bernama Atikah.
Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat telatah pasangan ini yang disifatkan sebagai comel dan lucu.
Lagu Atikah Songket ciptaan Harry Khalifah bakal dinyanyikan oleh seorang penyanyi baru bernama Kanda Khairul.
Dalam perkembangan lain, Siti Sarah pula bakal melancarkan muzik video single Semakin tidak lama lagi. Tak sabarnya!
Foto: Instagram Shuib Sepahtu
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI