Pelakon, Ben Amir meluahkan rasa selepas ada beberapa pihak yang menyangka dirinya yang telah ditahan bagi membantu siasatan pihak polis berhubung kes dakwaan rogol melibatkan seorang individu baru-baru ini.
Ia susulan selepas ada netizen yang dikatakan keliru apabila stail rambut keduanya dikatakan hampir sama.
Tidak mahu ia berterusan, Ben menafikan perkara tersebut.
Kes rogol tu bukan aku laa. Rambut pun lain. Mine’s better, much better.
“Kes rogol tu bukan aku laa. Rambut pun lain. Mine’s better, much better,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan pemenang ketegori Pelakon TV Popular di Anugerah Bintang Popualar Berita Harian 33 (ABPBH) itu menerusi laman Twitter miliknya.
Ads
Ciapan tersebut ternyata menerima perhatian ramai pihak selepas meraih hampir 8,000 ulang ciap dan lebih 73,000 tanda suka.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut memberi komen terhadap ciapan tersebut selain turut menasihati Ben supaya tidak perlu mengambil hati mengenai perkara berkenaan.
Terdahulu, seorang penyanyi dan pendakwah bebas telah ditahan pihak polis pada Jumaat bagi membantu siasatan atas dakwaan merogol seorang gadis di sebuah rumah di Shah Alam, Selangor, September tahun lalu.
Sumber: Twitter Ben Amir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Sharnaaz Ahmad ada berkongsi satu rakaman video yang memaparkan gelagat anaknya, Jebat Jayden.
Perkara tersebut dimuat naik pelakon Lelakimu Yang Dulu ini menerusi laman media sosial Instagram miliknya.
Pada masa sama di ruangan kapsyen, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad turut menitipkan nasihat buat permata hatinya itu.
“Nak jadi baba ya pakai gelang tasbih. Tasbih dah betul dah, nakal baba tu takmau ikut naa.
“Nanti mummy marah apa pun takdapat. Sat lagi kena bancuh susu sendiri baru tau sayang baa. Love u syg ba @jebatjayden,” tulisnya di kapsyen IG TV yang sudah pun mendapat tontonan hampir 200,000 kali itu.
Lalu, rata-rata peminat memuji kecomelan Jebat yang kelihatan semakin membesar dan aktif.
Terdahulu Sharnaaz, 34 dan isterinya Noor Nabila,35, mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017.
Sementara anak mereka, Jebat Jayden pula dilahirkan pada 30 Ogos 2018.
Foto: Instagram Sharnaaz Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Alif Muhaimin mengakui dia kini sedang menjalin hubungan rapat dengan seorang gadis yang dikenalinya sejak April lalu.
Menyifatkan hubungan yang berjalan ketika ini sebagai satu penguat semangatnya untuk mencari rezeki, Alif juga tidak menolak andai jodohnya sampai awal.
“Jujurnya saya memang tengah berkawan dengan seseorang. Kalau bercinta tu, mestilah mahu ke fasa yang lebih serius.
“Jadi memang mahu ke arah itu. Kalau nak difikirkan, usia saya pun sudah mencecah 26 tahun.
“Malah selain berlakon saya juga giat usahakan pernigaan kek batik untuk kumpul duit.
“Insya-Allah kalau ada rezeki lebih, mana tahu selepas ini boleh untuk masuk meminang,” jelasnya.
Ditanya mengenai gadis yang kini bertakhta di hati, Juara Hero Remaja 2017 ini belum bersedia untuk berkongsi secara terperinci.
Sebaliknya, Alif memilih untuk bersikap ‘low-profil’ dalam menjalani sesebuah perhubungan.
“Dia bukan pelakon, cuma dia sering muat naik video TikTok dan agak dikenali menerusi platform tersebut.
“Kalau ada yang mengikuti saya di media sosial sejak dulu, agaknya mungkin sudah boleh teka. Pernah juga kami muat naik video bersama.
“Kami menjadi rapat sejak beberapa bulan lalu dan saya suka dengan sikapnya yang cukup mementingkan keluarga.
“Dia jaga ibunya dan tinggal bersama adik. Kagum memilihat kesungguhannya itu.
“Saya serius dalam hubungan ini, tapi apapun kita yang merancang tapi Dia yang menentukan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Alif kini sibuk di lokasi drama 70 episod, Angkara Cinta arahan Hadith Omar yang menampilkan Hun Haqeem dan Wanna Ali sebagai pelakon utamanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Alif Hadi mendedahkan hubungan cintanya bersama pelakon dan pengacara jelita, Yasmin Hani kini telah pun berakhir.
Menurut Alif, tindakan tersebut merupakan keputusan bersama dan dia reda hasrat untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian.
“Kini status saya sudah berseorangan. Saya sebenarnya tak nak komen sangat hal ini. Sangat sensitif dan tidak elok dikongsikan.
“Saya tak nak uar-uarkan. Namun, jika sudah waktunya orang di luar sana tahu, akan berlaku juga.
“Hal ini tiada kena mengena dengan bekas pasangan, Hani. Pada saya, mungkin jodoh kami setakat itu sahaja. Saya pun tak nak menyalahkan mana-mana pihak.
“Mungkin kedua-dua kami ini salah dan mungkin juga kami betul. Ini adalah keputusan bersama,” katanya kepada MH.
Pemenang Anugerah Aktor Pembantu Filem Popular itu berkata sedemikian ketika ditemui di Anugerah Bintang Popular ke-36, baru-baru ini.
Dalam pada itu, pelakon drama Kisah Cinta Rumi itu memaklumkan dirinya kini mahu meneruskan kehidupan seperti biasa dan enggan terlalu memikirkan soal perasaan.
“Sejujurnya, rasa sedih itu memang ada kerana kami sudah menjalinkan hubungan selama tiga tahun. Malah, kami merancang untuk berkahwin
“Saya hanya berserah kepada Tuhan. Pada masa sama, saya pun tak nak buang masa dan kita kena teruskan kehidupan.
“Tuhan itu sebaik-baik perancang. Dia ambil satu nikmat daripada saya, Dia gantikan dengan perkara lebih manis (trofi ABP36),” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Alif memaklumkan hubungannya bersama Yasmin masih lagi baik dan mereka tidak akan bermasam muka.
“Kami masih berhubung. Kadang-kadang, anaknya ada membuat panggilan video. Mereka ajak saya berjumpa. Saya akan cari masa nanti.
“Hubungan kami masih baik dan tiada pergaduhan. Kalau sudah tiada jodoh, buat apa nak bermasam muka. Industri kita ini kecil sahaja,” kongsinya lagi.
Katanya lagi, dia kini hanya mahu memberikan fokus terhadap kerjaya lebih-lebih lagi selepas memenangi anugerah di ABP Ke-36.
“Kini saya alihkan fokus kepada diri sendiri dahulu. Saya sibukan diri dengan bekerja. Alhamdulillah tawaran saya ketika ini tidak putus-putus.
“Jika tiada pekerjaan, mungkin keadaan mental saya agak teruk. Namun kini semuanya berjalan lancar,” akhirnya.
Sebelum ini, Alif dan Yasmin sememangnya merupakan pasangan yang hangat bercinta dah sudah merancang untuk mendirikan tangga bersama.
Untuk rekod, Yasmin pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli muzik, Sha’arin pada 2015 namun berpisah selepas 10 tahun berkahwin.
Perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Noah Ismail Wong, 10 dan Eissa Elzander Wong kini berusia tujuh tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!