“Bukan Asal Murah Onz,” – Thermometer Tak Berkualiti & Bacaan Suhu Tak Tepat, Haiza Hanafi Tegur Pemilik Restoran

Share

Penyanyi dan penyampai radio, Haiza Hanafi meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir pemilik restoran yang mengambil mudah mengenai prosedur operasi standard bagi menangani penularan wabak COVID-19.

Berkongsi mengenai sebuah laporan yang diterbitkan oleh akhbar Berita Harian, Haiza berasa amat pelik kerana banyak restoran ketika ini mengambil bacaan suhu badan pelanggan dengan cara yang kurang tepat.

“Siapa nak jawab? Pergi restoran suhu 35.3 atau bawah 36 darjah selsius. Pelik!

“Ni pengalaman doktor sendiri yang ke restoran terkejut melihat suhu yang dicatatkan dibuku.

“Jika suhu tak tepat,bagaimana nak tahu pelanggan itu sihat atau tidak?” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Haiza menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, peyampai radio Kool.fm itu turut menasihati para pemilik restoran supaya menggunan alat pengukur suhu yang disahkan pihak berwajib.

“Pihak premis perniagaan kena ambil serius perkara ini.

“Dapatkan termometer / alat pengukur suhu yang sah dan bukan Asal Murah Onz.

“Tak boleh berkompromi dengan COVID-19!,” katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju malah turut berkongsi pengalaman mereka sebelum ini.

Ketika ini, orang ramai mula kembali gusar mengenai kadar kes wabak COVID-19.

Orang ramai dinasihatkan supaya terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan agar penularan wabak ini dapat diputuskan.

Sumber: Instagram Haiza Hanafi

Published by
Aizam Manaf