Pelakon Ruhainies menyifatkan permohonan maaf yang dilakukan rakan artis, Zul Ariffin susulan isu tular baru-baru ini sebagai jalan terbaik bagi menjernihkan keadaan.
Menurut Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, Zul seorang pelakon profesional dan sudah pasti dia sudah mendapat pengajaran daripada apa yang berlaku.
“Sebagai antara rakan artis yang rapat, saya tak mahu komen lebih-lebih. Sebab bimbang nanti ia akan disalah ertikan. Cuma tidak dinafikan, saya antara yang ditanya media dan peminat mengenai isu berkenaan.
“Apa pun, orang di luar sana boleh bercakap macam-macam. Siapa yang mengenali Zul secara dekat, pasti tahu dia bagaimana orangnya. Di luar set (lakonan) dia bukanlah seperti apa yang digambarkan sesetengah pihak.
Ads
“Dia juga sahabat yang sangat baik dan tidak lokek berkongsi ilmu dalam bidang lakonan. Dia juga melayan baik semua orang. Jadi, ini pun salah satu sebab saya senang berkawan dengan Zul,” katanya.
Ads
Tambah Ruhainies lagi, adalah tidak adil jika hanya tuding kesilapan kepada satu pihak saja.
“Zul sendiri sudah pun memohon maaf atas apa yang berlaku. Bukan bermaksud nak ‘back up’ kerana yang salah tetap salah. Cuma setiap manusia pasti tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Harap semua dapat memaafkan dia.
Ads
“Saya percaya, Zul selepas ini akan lebih berhati-hati dan fikir panjang untuk menerima mana-mana tawaran selepas ini. Lebih baik untuk kita sebarkan apa yang positif dan ambil iktibar daripada apa yang telah berlaku,” katanya lagi.
Ruhainies dan Zul sebelum ini pernah bergandingan menerusi drama bersiri, Wifi Sebelah Rumah yang bersiaran di Disney+ HotStar dan Akasia di TV3 Jun tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Ardell Aryana sehari lalu ada berkongsi rakaman ultrasound yang memperlihatkan bayinya yang dikandung kini sudah pun mencecah usia empat bulan.
Malah pendedahannya itu turut meninggalkan rasa teruja di kalangan rakan artis dan peminat, sementelah Ardell sendiri teruja dengan rezeki zuriat yang dikandung selain berdoa agar anak dan ibu sama-sama kuat.
Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin, 29, berkongsi entri berkenaan menerusi Instagram.
“Assalamualaikum semua, #Alhamdulillah active sihat. 1 hari lagi 4 bulan usianya. Saya nak tanya awak ada pengalaman Alahan sewaktu hamil?
”Apa jenis alahan awak sepanjang hamil yang awak rasa terseksa sikit? Alhamdulillah rezeki tanpa saya sedar esok genap 4 bulan usia ni dalam perut umi.
”Maafkan umi tak sedar kehadiran awak, tiba-tiba awak da boleh gerak tendang2 je Masyaallah.
”Inshaallah,nak semoga kita sama2 kuat & sihat untuk sampaikan amanah semua penderma yang sangat pemurah untuk hulur bantuan kepada saudara syiria kita disana yang hebat dugaan dan ujiannya.
“Inshaallah bantuan awak semua sampai kepada mereka,” tulisnya panjang lebar.
Sedang mengisi masa dengan bercuti di Osaka, Jepun, penampilan terkini pelakon Wan Sharmila mulai menjadi tumpuan peminat.
Apa tidaknya, bintang drama Kau Yang Pertama itu dilihat berkongsi momen istimewa sepanjang berada di Negara Matahari Terbit itu dengan berpenampilan sopan menutup aurat.
Malah, semua foto serta video yang dirakamnya di sana memperlihatkan bintang berusia mengenakan hijab penuh.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata peminat mendoakan agar Wan Sharmila terus istiqamah selain ramai yang memuji dirinya tampak lebih sopan mengenakan tudung.
Terdahulu, Wan Sharmila baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran pada 12 Oktober alu.
Bagaimanapun, setakat ini tiada pengesahan dibuat tuan punya badan berkenaan dengan penampilan terkininya itu.
Foto: Instagram Wan Sharmila
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!