Juara program Gegar Vaganza musim ke7 (GV7), Cliff Umar tampil memohon kepada mana-mana pihak yang tersinggung atas kenyataan yang dikeluarkannya sebelum menyampaikan ucapan kemenangan sejurus dinobatkan sebagai juara program realiti itu, malam tadi.

Vokalis kumpulan Project Pistol itu menjelaskan, dia tidak bermaksud untuk memperlekehkan Prosedur Operasi Standard (SOP), sebaliknya menyifatkan pelitup muka dipakai mengganggunya untuk memberikan ucapan pada waktu berkenaan.

“Saya minta maaf jika ada yang tersinggung. Bukan bermaksud untuk memperlekehkan atau tidak bersetuju dengan SOP seperti yang didakwa sesetengah pihak.

“Tetapi saya merujuk kepada pelitup muka itu menganggu apabila saya nak bercakap, bukan kerana saya tidak bersetuju dengan SOP atau sebaliknya. 

“Saya sekali lagi saya mohon maaf,” katanya yang tidak berniat untuk membuatkan mana-mana pihak terasa hati atas kenyataannya itu.

Terdahulu, perkata tersebut pantas menjadi perhatian khasnya di media sosial apabila warganet dilihat mulai memberi reaksi pelbagai.

Ads

“Bukan Bermaksud Untuk Memperlekehkan Atau…,” – Cliff Umar Tampil Mohon Maaf

Sementara itu, persembahan konsisten dalam pusingan akhir, saingan pentas akhir GV7 menyaksikan bintang berkenaan menewaskan enam bintang lain menerusi pusingan solo, duet dan battle.

Kemenangan itu membolehkan beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000, berserta Anugerah Power Miaw secara autotmatik.

Naib juara pula disandang oleh Mus dan sekali gus melayakkannya untuk menerima hadiah wang tunai RM50,000 dan piala.

Ads

Tempat ketiga dimenangi Ayu Damit yang membawa pulang wang tunai RM30,000, sementara  Noraniza Idris dan Linda Nanuwil masing-masing tempat keempat dan kelima.

Mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak  RM20,000 dan RM15,000.

Oja pula ditempat keenam dan Ashira tidak pulang dengan tangan kosong, akur di kedudukan terakhir dengan wang RM5,000.

Ads

Pentas akhir GV2019 diadili juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim bersama dua juri jemputan,  Datuk Syafinaz Selamat dan Joe Flizzow.

“Bukan Bermaksud Untuk Memperlekehkan Atau…,” – Cliff Umar Tampil Mohon Maaf

Program realiti hiburan tahunan yang dihoskan Nabil Ahmad dan Jihan Muse itu disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

GV sebelum ini telah menobatkan Ayai Ilusi, Siti Nordiana, Azharina, Aishah, Noryn Aziz, Naqiu serta Hadi Mirza sebagai juara musim terdahulu.

GV2020 bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI