“Bukan Dah Ada Dekat TV Ke?,” – Gagal Tahan Gelak, Fakhrul Unic Kongsi Detik Lucu Terima Panggilan Kanak-Kanak 12 Tahun.

Share

Penyanyi nasyid, Fakhrul Unic berkongsi rakaman lucu sewaktu menerima panggilan telefon daripada seorang kanak-kanak untuk program Sahabat Ramadan.

Jelasnya, kadang kala rasa lucu itu datang tidak diundang.

Sewaktu disoal nama pemanggil, kanak-kanak itu mempersoalkan bukankah namanya telah dipaparkan di kaca televisyen. Fakhrul seraya berseloroh dan ‘memarahi’ dirinya supaya membaca sendiri nama yang tertera.

Dan di akhir panggilan, rancangan terpaksa diberhentikan dan diteruskan ke iklan komersial kerana hos dan kru sudah tidak mampu menahan tawa.

“Rasa klakar tu dtg kadang tak di undang

“Sy perati je dak ni jawab..barai, satu studio, krew2 cameraman smua dh gelak..FM @syazwannordin lari keluar studio..member dua2 dh tahan gelak truk, try control lg..last2 mana tahan.

“Terus trpaksa throw iklan, padahal belum lg patutnya.

#sahabatramadan minggu last dah..setiap hari 5.30 ptg di astro oasis k,” kongsinya di Instagram.

Turut terhibur dengan gelagat lucu hos tersebut, netizen meninggalkan reaksi di ruang komen.

Foto : Instagram Fakhrul Unic

Published by
Noraini Abd Wahab