Penyanyi, Aepul Roza mendedahkan lagu yang ditulis khusus buat pempengaruh, Cik Epal kini sudah hampir siap.

Menurut Aepul, jika tiada aral melintang lagu tersebut dan dilancarkan pada bulan ini juga.

“Bukan Dibuat Atas Dasar Benci,” – Wow! Aepul Roza Bikin Lagu Buat Cik Epal

“Lagunya sudah 50 peratus siap. Minggu ini saya sibuk dengan final The Chosen One.

“Mungkin minggu depan saya akan siapkan demo dan bagi Cik Epal dengar,” katanya kepada MH.

Dalam pada itu, vokalis kumpulan Drama Band ini turut menjelaskan lagu tersebut diinspirasikan daripada kisah benar berkisarkan kehidupan Cik Epal.

“Bukan Dibuat Atas Dasar Benci,” – Wow! Aepul Roza Bikin Lagu Buat Cik Epal

“Jika ikut pengalaman lalu, kita ceritakan kisah benar. Karya yang jujur akan cepat sampai ke hati yang mendengar.

Ads

“Namun, ada sedikit kerisauan. Jika saya yang menyampaikan lagu ini, saya tahu apa yang saya buat dan letakkan dalam lagu. Saya seorang penyanyi yang agak ‘edgy’.

“Kalau buat Cik Epal, kita belum tentukan stail lagu yang boleh dia bawakan. Kita tak boleh terlalu keras atau berterus terang. Sebagai orang Melayu kita kena berkias-kias,” ujarnya lagi.

Ditanya apa yang membuatkan dia bersetuju untuk menulis lagu tersebut, juara program The Harderst Singing Show ini memaklumkan dia mahu mencari kelainan dalam setiap penghasilan lagu.

“Bukan Dibuat Atas Dasar Benci,” – Wow! Aepul Roza Bikin Lagu Buat Cik Epal

“Saya suka bereksperimen dengan sesuatu kisah. Sebagai penulis lagu, saya mencari cerita yang berbeza. Saya tidak mahu hanya terbendung dalam drama cinta semata-mata.

Ads

“Saya mahu kreativiti saya lebih berkembang,” katanya ketika ditemui di majlis sidang media konsert One Love Music Festival di Kuala Lumpur pada Rabu.

Bagaimanapun, Aepul memaklumkan dia tetap salektif ketika ingin berkarya dan menganggap bukan semua kisah harus dijadikan lagu.

“Ia tetap bergantung kepada penceritaan. Saya seorang yang sangat selektif tentang hal yang ingin ditegur di dalam karya.

“Bila menghasilkan sesebuah karya, saya selalu fikir tentang manfaat buat pendengar. Bukanlah setiap isu kena buat lagu.

“Saya tidak mengejar ke arah itu. Yang penting lagunya sedap dan boleh jadi hak milik masyarakat,” kongsinya.

Ads

Katanya lagi, lagu ini bukanlah dibuat untuk menyerang mana-mana pihak sebaliknya ia diselitkan dengan unsur-unsur nasihat sebagai pedoman buat pendengar.

“Bukan Dibuat Atas Dasar Benci,” – Wow! Aepul Roza Bikin Lagu Buat Cik Epal

“Kami sentiasa berhati-hati dalam berkata-kata. Setiap karya yang kami hasilkan, ia bukan datang dari dasar kebencian.

“Ia merupakan teguran seorang rakan bukan rakan-rakan yang lain jika mereka dengar karya ini.

“Kita dapat gunakan muzik untuk sampaikan mesej-mesej dan bukan hanya buat duit semata. Kita nak memberi semula kepada masyarakat,” akhirnya.

Baru-baru ini, nama Cik Epal menjadi perhatian ramai susulan konflik rumah tangganya bersama bekas suami.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI