Pelakon Yatt Hamzah kini tidak duduk senang kerana bimbang nasib suami, Zulfadhli Khairuddin dan delegasi misi #wakeupforGaza.
Difahamkan, mereka kini terperangkap di pintu sempadan Rafah, Mesir yang dikawal tentera Israel.
Perkara itu dikongsikan Yatt menerusi perbualan aplikasi Whatsapp.
“BERITA TERGEMPAR!!
Suami saya & delegasinya tidak dapat pulang ke Malaysia mlm ini, ditahan oleh tentera MESIR dan terkandas di pintu Rafah Mesir, sempadan Gaza..😢☹
“MOHON DOA SEMUA yg membaca ini mendoakan keselamatan delegasi Malaysia, utk misi #wakeupforGaza yg digerakkan oleh #MAPIM@mapimofficial yg sdg TERKANDAS di pintu Rafah, MESIR agar diberi kemudahan dan dijauhkan dr segala mudarat.
“Berita setakat ini, mereka ditahan dan tidak dpt keluar dr Rafah mengakibatkan mereka terpaksa bermalam di sana hari ini dan terlepas flight ke Malaysia yg dijadualkan mlm ini. Berapa lama mereka akan ditahan? Yg itu masih tanda tanya. .
Saya pernah merasai dan mengalami sendiri perkara yg sama, ditahan berpuluh jam di pintu keluar masuk Rafah pd tahun 2013. Mmg sgt mencabar dan menduga kesabaran.😓
“Saya Yatt Hamzah, mohon sgt2 🙏 kita sama2 doakan keselamatan dan kelancaran urusan mereka dan segera dilepaskan keluar dr pintu Rafah. Antara yg menganggotai delegasi itu adalah Suami saya yg tercinta @zulfadhli_khiruddin iaitu Pengarah Media MAPIM, bersama 2 lg team #MAPIM
iaitu KETUA MISI Dr @saniarabyalkahery dan Mejar @zulhanisz77 Juga shbt2 saya @nurhelizahelmi @hazwanihelmi dan Setiausaha Politik Kementerian Luar juga rakan2 media dari @tvalhijrah114
“LA HAWLAWALA KUWWATA ILLA BILLAH..HASBUNALLAH WANIQMAL WAKEEL. Ya Allah Kau Selamatkanlah mereka, Permudahkanlah urusan mereka, Jangan Kau persulitkan.. Aameen.
Sokonglah perjuangan dan Pengorbanan delegasi Malaysia ini dg meneruskan menderma ke WWW.TABUNGGAZA.COM,” tulis Yatt panjang lebar.
Dalam pada itu, Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah akui dia tidak boleh tidur, lalu melakukan solat hajat kira-kira jam 2 pagi tadi.
“Semalaman tak boleh tidur. Solat hajat dan doa jd peneman. Dalam jam 2 pagi, baru suami dpt hubungi dan maklumkan yg MEREKA SEMUA SELAMAT.
“MRK BKN DITAHAN ISRAEL TP TENTERA MESIR. ALLAHUAKBAR ALHAMDULILLAH SYUKUR YA ALLAH, KAU DENGAR DOA2 KAMI. TERIMA KASIH ATAS DOA2 KALIAN SEMUA,” tulisnya.
Namun, Yatt akui dia menerima salah maklumat dari pihak berkenaan.
Bagaimanapun dia bersyukur kerana suami dan delegasi misi #wakeupforGaza dalam keadaan selamat dan baik.
“Barulah hati Bonda ini sedikit tenang dan lega. Alhamdulillah. Rupanya kami dpt maklumat yg salah mlm td..
“Namun tetap tiada jaminan bila mereka boleh keluar dr pintu Rafah MESIR itu krn sikap tentera/polis MESIR lebih krg shj dg ISRAEL.
“Mereka TERKANDAS BERJAM2 SEMALAM dan DIARAH MASUK SEMULA KE DLM GAZA DAN BERMALAM DI SANA SEBELUM MENCUBA LG UTK KELUAR PAGI INI.
“Sebab kenapa mereka ditahan, terkandas dan diarah masuk semula ke dlm GAZA? Masih menjadi tanda tanya dan kita sama2 tunggu update berita terkini dr mrk. Sementara itu mohon semua. Teruskan Berdoa agar mereka selamat keluar dr Gaza melepasi pintu sempadan Rafah dan terus pulang ke Malaysia ke pangkuan keluarga msg2..Aameen Ya Rabb,” pohon Yatt.
Foto : Instagram Yatt Hamzah