“Bukan Duduk Rumah Goyang Kaki…,” – Masuk Industri Seni Atas Tiket ‘Anak Orang Kaya’? Cik B Tempelak Si Kaki Dengki!

Share

Anak kepada usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida, Cik B, menyifatkan penglibatannya dalam bidang seni adalah atas usaha kerasnya sendiri dan bukanlah sekadar menumpang populariti ibu semata-mata.

Menurut Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, segala apa yang dilakukannya ketika ini adalah bertujuan untuk mencari pendapatan sendiri kerana dia tidak mahu terlalu bergantung kepada ibunya lagi selepas ini.

“Netizen cakap “kaya bolehla” lol!
Cik B buat semua tu nak cari duit juga lah bro!! Orang bayar Cik B untuk nyanyi, berlakon etc alhamdulillah!

“Ingat senang ke? MAMA KAYA SEBAB KERJA!! CIK B PUN KERJA!! BUKAN DUK RUMAH GOYANG KAKI DENGKI DENGAN ORANG. Alhamdulillah rezeki,” kongsinya.

Menerusi perkongsian di laman Twitter, penyanyi lagu Tolonglah ini turut mendedahkan ibunya itu telah pun mengarungi pelbagai jenis cabaran demi memastikan nasib keluarga terus terbela.

“Mama dulu takde duit, mak tinggal, ayah meninggal…orang jaga! Tapi sekarang dengan apa ujian mama lalui mama boleh jadi kaya sebab mama berkerja keras 24/7,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut menasihati Cik B supaya tidak mempedulikan komen-komen negatif tersebut.

Terdahulu, lagu Tolonglah ciptaan sepenuhnya Cik B dan Datuk Seri Vida telah pun meraih lebih 3.5 juta tontonan di laman Youtube setelah hampir seminggu lagu tersebut dimuat naik.

Sumber: Twitter Cik B

Published by
Aizam Manaf