Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad ada berkongsi sekeping gambar di laman media sosial Instagram miliknya menerusi entri terkini.
Uyaina atau nama sebenarnya Shaidatul Naseha Uyaina Arshad menjadi tetamu jemputan di radio Hot FM, pagi tadi.
“Selamat pagiiii, guys! Ni haaaa Yana ada kat @hotfm976niiii! Siapa tengah drive2 tu bukak laaaa Hot FM k dengar apa Yana & @fizie_hotfm sembang2 heheh #UyainaArshad,” tulisnya.
Seperti biasa, ramai yang meninggalkan komen pelbagai dan apa yang menarik perhatian kami, ada seorang pengguna Instagram yang memberikan komen yang berbaur negatif kepada bintang drama Curi-Curi Cinta itu.
IKLAN
“Bukan famous mana pun. Masa jd pengacara Nona pun rating jatuh. Sambung la belajar balik,” tempelak individu berkenaan.
Lalu, pengacara berusia 26 tahun itu telah memberikan reaksi sinis pada komen individu itu.
IKLAN
“Terima kasih,” balas Uyaina ringkas.
IKLAN
Di samping itu, peminat juga turut berasa kesal dengan yang sifatkan sebagai negatif itu.
Uyaina kian mendapat perhatian membintangi drama rantaian Curi-Curi Cinta bersama dengan pelakon hebat lain seperti Aiman Hakim Ridza, Zahirah MacWilson dan ramai lagi.
Foto : Instagram Uyaina Arshad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Video itu telah dimuat naik oleh Liza bertujuan untuk meluahkan rasa rindu untuk menyanyi dah membuat persembahan.
Rata-rata netizen terkejut apabila Liza memuat naik video tersebut kerana menyangka penyanyi itu menyanyi ketika dalam berpantang selepas 9 hari melahirkan anaknya.
Jangan terkejut ya netizen. Liza sekadar mengimbau kembali dan meluahkan rasa rindu untuk menyanyi kembali.
Apa-apa pun diucapkan kepada Liza Hanim untuk selamat berpantang dan semoga semuanya baik-baik sahaja.
Untuk rekod, Liza telah bersalin anaknya yang kelima pasa yang 25 Januari lepas.
Video : Instagram Liza Hanim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ramai daripada selebriti tanah air memanfaatkan cuti hujung tahun dengan membawa keluarga dan anak-anak bercuti sama ada di dalam atau luar negara.
Pasangan selebriti, Awal Ashaari dan Scha Alyahya juga tidak terkecuali apabila kini sedang menghabiskan masa cuti di Eropah bersama dua anak perempuan mereka, Lara Alana dan Lila Amina.
Jika sebelum ini percutian mereka sekeluarga turut diiringi pembantu yang dikenali sebagai Joy, kali ini pasangan ini menggendalikan sendiri anak-anak mereka sepanjang percutian tersebut.
Berkongsikan luahan di laman Instagram miliknya, Awal atau nama sebenar, Ahmad Awaluddin Ashaari, 41, menjelaskan mereka uruskan sendiri anak-anak yang secara langsung mengajarnya tentang kesabaran selain menjadikan hubungan mereka lebih erat.
“Being away without Nanny banyak mengajar Awal tentang kesabaran dan mendekatkan saya dengan anak anak. Baru tau peel anak anak kita, macam mana nak jaga mood diorang, nak pastikan semua terjaga dan yang penting sekali, to put them first before our own needs.
“Kalau ikutkan banyak tempat nak explore, banyak restoran nak try banyak kawan kawan nak jumpa and nak keluar malam, but we cant do it on this trip. Pukul 5pm je semua dah letih and ngantuk nak balik rumah rehat.
“But we are not complaining, in fact i feel closer to them like never before (tapi kami tidak merungut, sebaliknya saya rasa lebih rapat dengan mereka daripada sebelum-sebelum ini),” tulis Awal di ruangan kapsyen.
Malah, Awal turut menambah, selain membawa stroller ke mana-mana, dia juga selalu menggendong anak keduanya, Lila.
“We choose to have both stroller and carrier sebab some place susah nak guna strollers dan Lila cepat bosan kalau duduk lama lama dalam stroller.
“So bila carry Awal boleh borak dan nyanyi dengan dia, walaupun dekat pinggang Tuhan je tahu macam mana jalan jauh bawak anak 17kg berjam jam,” tulis Awal lagi.
Untuk info, Awal mendirikan rumah tangga dengan Scha pada 4 Mei 2012 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan Lara Alana, 8, dan Lila Amina yang akan mencecah usia dua tahun pada Februari nanti.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Awal Ashaari
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Gara-gara berambut pendek dan pemakaiannya yang kelihatan seperti lelaki, anak usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B ‘diragui’ oleh pengawal di sebuah pusat beli belah susulan memasuki tanda wanita.
Disebabkan kekeliruan itu, Vida yang turut berada di tempat sama tampil menerangkan hal sebenar kepada pengawal berkenaan, bahawa Cik B seorang perempuan.
Cik B sebelum masuk ke tandas juga memberitahu, ‘im a girl’.
Malah video berkaitan turut dikongsikan penyanyi lagu Ku Ikhlaskan ini menerusi Instagram, hingga menerima perhatian wargamaya.
“Hari ini hari ketiga dah orang marah Cik B masuk tandas. Kata ‘hello helo’ jaga (pengawal keselamatan) itu marah. Cik B dah masuk dalam tandas, mamalah kena jawab,” kata Vida di dalam video terbabit.
Sementara itu pada ruangan kapsyen, Vida turut meminta maaf kepada Cik B kerana memotong rambut anaknya itu sehingga pendek.
“Maafkan mama Cik B, Mama salah sebab potong rambut Cik B,” tulisnya.
Sebelum ini, Vida ada memberikan penjelasan berhubung imej terbaharu Cik B yang memotong rambut pendek.
Vida memohonagar semua pihak memberi ruang dan masa buat anaknya yang kini berusia 17 tahun untuk meneroka zaman remajanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal, Ziana Zain akui terharu apabila mendedahkan ada peminat cilik seawal usia lapan tahun turut meminati barisan lagu popularnya.
Lebih 33 tahun berada di...