“Bukan gimik tahun baru.” Itu kata Neelofa apabila ditebak dengan persoalan sama ada pengunduran dirinya menerusi program hiburan, MeleTOP ada sebagai gimik bersempena dengan tahun baru 2020.
Pengacara dan usahawan itu bagaimanapun mendedahkan, perancangan untuk berundur sudah pun difikirkan sejak beberapa bulan lalu.
“Bebulan-bulan lamanya. Bukan gimik tahun baru. Kebetulan pengumuman dibuat pada penghujung tahun. Kalau nak diikutkan, setiap kontrak kami akan tamat pada akhir bulan Oktober.
“Saya ada suarakan untuk mungkin tukar tarikhnya kepada tahun hadapan, tetapi disebabkan beberapa perkara yang tidak boleh dielakkan, jadi kita kekalkan kepada bulan ini,” jelas Neelofa.
“Masih berbaki lagi tigga minggu dan kita akan meraikan Lofa,” celah Nabil pada sesi sidang media dan Lofa turut memberitahu, episod terakhirnya bersama MeleTOP adalah pada 31 Disember depan.
MeleTOP mulai disiarkan pada 30 Oktober 2012 dengan menggandingkan Neelofa dan Nabil Ahmad dan sehingga kini ia sudah pun bersiaran sebanyak 370 episod.
Semalam, bintang itu mengumumkan dirinya akan undur diri dari mengendalikan program terbabit ketika siaran langsung selepas tujuh tahun bersiaran.
Pengumuman tersebut turut mengejutkan ramai pihak, sekaligus menjawab speklulasi yang bertebaran sebelum ini.
https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/743421376144120/
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI