“Bukan Hadiah Mahal Atau Wang,”- Sederhana Rai Hari Jadi Moleiq, Johan & Ozlynn Mahu Anak Belajar Hargai Famili

Share

Pasangan selebriti Johan dan Ozlynn telah meraikan ulang tahun hari jadi anak kelima mereka, Nur Latifah Moleiq Hanania semalam.

Meski sambutan hari jadi diraikan secara sederhana, namun ia pastinya memberi 1001 memori buat keluarga bahagia ini.

“Selamat hari lahir my baby moleiq.. 17 june.. bukan mama x adil kerana meraikan kamu dlm keadaan yg sgt bersederhana.. tp mama n papa kamu sentiasa belajar.. belajar bersyukur dgn apa adanya..

“Kurniaan kamu dlm keluarga Hanania sgt2 berharga dan dinantikan.. biar memori kasih syg lebih terikat indah dlm ingatan bukan wang atau hadiah mahal yg jadi igauan,” kongsi Ozlynn.

Malah, dia turut mengharapkan agar anak-anak boleh belajar untuk sedar diri agar dapat menilai keluarga adalah segalanya bila besar nanti.

“Kena belajar sedar diri.. esok dh besar kamu dpt nilai sendiri keluarga adalah segalanya.. sayangi keluarga.. kasih syg kekal abadi.. supaya x menyesal kemudian hari kerana keluarga hilang tiada ganti..

“Menghormati mereka yg menerima kita seadanya.. kerana keluarga yg sebenar adalah yg menerima segala kekurangan kita dan bantu kita ketika kita leka dan lalai.. semoga kalian 5 beradik hidup dgn penoh kasih dan syg hingga syurga abadi aameen,” tulis Ozlynn yang selamat melahirkan Moleiq seberat 3.9kg. 

Untuk rekod, Johan dan Ozlynn berkahwin pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleiq.

Foto : Instagram Ozlynn

Published by
Amynur Akmal