Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz tampil bersuara berhubung isu ditangkap berkhalwat di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada awal pagi Sabtu.

Menurut Aliff, 33, dia memohon maaf atas apa yang berlaku seterusnya akan tampil menjelaskan kejadian sebenar dengan terperinci dalam masa terdekat selepas merasakan terdapat beberapa fakta kurang tepat daripada kejadian sebenar.

“In light of the situation that happened yesterday, there are many speculations and exagerrated reports on what actually happened.

“Tetapi saya juga faham tanggapan semua kerana keadaan tersebut telah menimbulkan syak wasangka yang boleh menimbulkan fitnah,” terangnya.

Aliff berkongsi perkara itu menerusi Insta Story di Instagram miliknya pada Ahad.

“Bukan Ingin Menegakkan Benang Yang Basah, Sekadar…,” – Aliff Aziz Akan Perjelas Situasi, Elak Salah Faham “Bukan Ingin Menegakkan Benang Yang Basah, Sekadar…,” – Aliff Aziz Akan Perjelas Situasi, Elak Salah Faham

Ads

Jelas Aliff lagi, dia sedar insiden tersebut sepatutnya boleh dielakkan namun dia akan berikan penjelasan bagi mengelakkan kekeliruan berhubung hal yang terjadi.

“Seharusnya keadaan yang dapat dielak akan tetapi saya akan memberikan keterangan tentang apa yang berlaku sebenarnya nanti bagi mengelakkan lebih salah faham tentang apa yang terjadi.

“Bukan ingin menegakkan benang yang basah, sekadar berkongsi kepada yang ingin mendengar insyaallah.

“Selebihnya saya memohon maaf atas apa  yang terjadi dan semoga keterangan yang akan saya sampaikan nanti sedikit sebanyak dapat menerangkan tanggapan semua. Insyaallah.

Ads

Pada kejadian itu, Aliff dan pelakon, Ruhainies ditahan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2.00 petang Sabtu.

Kedua-dua mereka dilaporkan akan didakwa di Mahkamah Syariah atas dakwaan khalwat pada tarikh yang akan ditetapkan.

Sebelum ini, adik kepada Bella Astillah iaitu Didi Astillah mengesahkan individu dicekup berkhalwat adalah abang iparnya.

Ads

Didi bagaimanapun meminta semua pihak memberi ruang kepada isteri Aliff iaitu Bella Astillah sebelum memberi sebarang kenyataan kerana masih dalam keadaan terkejut.

Ini bukan pertama kali Aliff berhadapan isu kontroversi atas dakwaan berlaku curang terhadap Bella.

Malah pasangan itu pernah bercerai pada 2019 akibat sudah tidak tahan dengan sikap pelakon itu.

Bagaimanapun pasangan tersebut mengambil keputusan kembali rujuk ketika dalam tempoh edah.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI