Penyanyi dan usahawan, Sufian Suhaimi mendedahkan hubungannya bersama rakan artis, Jasmine Suraya Chin, 33, masih lagi baik dan sering berhubung.

Bagaimanapun, Sufian akui hubungannya dengan Jasmine tidak lebih sekadar kawan dalam industri seni.

Penyanyi yang sinonim dengan lagu Di Matamu itu berkata demikian sebagai mengulas spekulasi peminat yang meneka foto kasut menerusi hantaran yang dimuat naik Jasmine di Instagram Disember lalu itu ada kaitan dengan dirinya.

“Bukan Kasut Saya,” – Sufian Suhaimi Jawab Foto Hitam Putih Jasmine Suraya, Nak Tahu Juga Siapa Tuan Empunya “Bukan Kasut Saya,” – Sufian Suhaimi Jawab Foto Hitam Putih Jasmine Suraya, Nak Tahu Juga Siapa Tuan Empunya“Bukan Kasut Saya,” – Sufian Suhaimi Jawab Foto Hitam Putih Jasmine Suraya, Nak Tahu Juga Siapa Tuan Empunya

“Bukan Kasut Saya,” – Sufian Suhaimi Jawab Foto Hitam Putih Jasmine Suraya, Nak Tahu Juga Siapa Tuan Empunya

“Kami baik, hubungan masih lagi seperti dulu. Malah ada ketika kami akan berhubung. Kadang ada juga berjumpa. Cuma saya dengan dia tidak ada hubungan mesra. Kami selesa berkawan.

Ads

“Apa yang berlaku di media sosialnya itu (foto kasut lelaki dan perempuan) saya pun nak juga tahu. Tapi macam rahsia. Kasut lelaki itu bukan kasut saya.

“Tapi apa-apa pun, saya mendoakan yang terbaik untuknya. Kalau dia nak kahwin pun, satu khabar yang baik,” katanya kepada MH.

Sufian ditemui pada Majlis Sumbangan Tabung Kasih Kepada Waris Keganasan Rumah Tangga Yang Koma, Jahidah Nordin, pada Selasa.

Turut dilancarkan pada majlis sama ialah produk baharu BabyPian by Sufian Suhaimi, Kasih Pillow di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Ads

“Bukan Kasut Saya,” – Sufian Suhaimi Jawab Foto Hitam Putih Jasmine Suraya, Nak Tahu Juga Siapa Tuan Empunya “Bukan Kasut Saya,” – Sufian Suhaimi Jawab Foto Hitam Putih Jasmine Suraya, Nak Tahu Juga Siapa Tuan Empunya “Bukan Kasut Saya,” – Sufian Suhaimi Jawab Foto Hitam Putih Jasmine Suraya, Nak Tahu Juga Siapa Tuan Empunya “Bukan Kasut Saya,” – Sufian Suhaimi Jawab Foto Hitam Putih Jasmine Suraya, Nak Tahu Juga Siapa Tuan Empunya

Ditanya sama ada dia rimas susulan sering ditanya mengenai perkahwinan, bintang berusia 31 tahun ini tidak menganggap ia sebagai isu yang membebankan.

“Bagi saya soalan itu sesuatu yang lumrah apabila peminat nak tahu mengenai perkembangan, bukan sahaja dalam hal berkaitan kerjaya semata-mata.

Ads

“Sekurang-kurangnya saya bersyukur, masih ada yang nak ambil tahu dan ambil berat, terima kasih.

“Cuma saya masih lagi bujang. Kalau perancangan itu, sudah tentulah sama seperti orang lain. Bila kita ada pasangan, saya percaya kita kalau boleh tak mahukan pasangan yang ‘membuang masa’. Mestilah ada niat semoga sampai ke jenjang pelamin.

“Tapi tidaklah sampai menyusun atau hitung hari. Cuma apa yang boleh cakap, alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan baik,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/8ttp5ExNbn0

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI