Penyanyi, Ning Baizura ada berkongsi beberapa keping foto menerusi laman media sosial Instagram miliknya.

Kongsi penyanyi lagu Awan Yang Terpilu ini mengakui ada menerima beberapa komen daripada netizen yang bertanyakan tentang warna kulit wajahnya yang kini kelihatan semakin cerah.

Jelas Ning, warna kulit wajahnya berubah kerana tidak melakukan aktiviti sukan diluar rumah selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan seluruh negara pada 18 Mac lalu.

“banyak orang Tanya ehhh kenapa Ning Baizura , semakin puteh ah- bukan ker kulit dia hitam manis??? sebenarnya saya mmg suka aktiviti bersukan diluar, tapiiiii sbb tak dpt keluar menjalankan aktiviti sukan pd siang hari.. time time PKP ni.. hmmmm letak lighting kuning, filter kuning.. aku masih puteh.

Ads

“apa nak buat kita ikut paturan… buat masa ni.. saya tak berkulit sawo matang atau hitam manis.. dia in between.

“So image lari sikit.. haahahah i hope you guys are staying safe and being happy stay positive.. and keep giving.. insyaallah Allah will bless you and yr loved ones.. so now u know #ilovemyskin,” tulisnya.

Ads

Pada masa yang sama, penyanyi berusia 44 tahun ini turut berkongsi foto dirinya yang kelihatan sangat sopan mengenakan hijab.

Lalu, penampilan ibu kepada seorang cahaya mata ini mendapat pujian daripada peminat.

Ads

“Bukan Ke Kulit Dia Hitam Manis,”- Kulit Wajah Semakin Putih, Ini Jawapan Ning Baizura. Rupa-Rupanya…

“Bukan Ke Kulit Dia Hitam Manis,”- Kulit Wajah Semakin Putih, Ini Jawapan Ning Baizura. Rupa-Rupanya…

Foto: Instagram Ning Baizura

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI