Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri menggulas mengenai isu video kontroversi melibatkan usahawan kosmetik sensasi, Muhammad Sajjad, yang diperkatakan ramai baru-baru ini.
Menerusi laporan Berita AlHijrah, Dr Zulkifli antara lain meminta umat Islam tidak bergurau atau mempersenda kata-kata keluar dari Agama Islam.
“Bukan kepada saudara Sajjad saja, tetapi kepada semualah. Supaya kalimah keluar Islam atau murtad, bukanlah satu kalimah yang boleh dibuat gurauan, tetapi kita hendaklah merasakan ia mulia apabila kita memeluk Islam menerusi syahadah yang dilafazkan, ikrar yang kita janjikan.
“Perkara ini sepatutnya kita pandang serius kerana ia merupakan tunjang kepada Agama Islam ini,” katanya.
Pada masa sama, beliau turut menyerahkan perkara ini kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memandangkan kes membabitkan usahawan tersebut masih di dalam siasatan jabatan berkenaan sebelum apa-apa tindakan susulan dibuat.
Terdahulu, video tular yang merakamkan penyanyi lagu Makhluk Penggoda itu yang seolah-olah berhasrat mahu keluar Islam mulai meraih perhatian wargamaya sejak beberapa hari lalu.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan mengenai rtarikh sebenar video tersebut dimuat naik.
Sehingga kini, sedutan video tersebut yang turut dikongsikan di akaun Instagram Dr Zulkifli sudah pun menerima lebih 30,000 tontan bersama reaksi pelbagai yang ditinggalkan pengguna media sosial.
Sumber: Berita AlHijrah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
7 Selebriti Berhijab & 30 ‘Influencer’ Percaya Pada Produk Mesra Wuduk Ini, Bertambah Seri Wajah Di Aidilfitri!
Selain menggayakan persalinan baharu di Aidilfitri, ditatarias menawan juga pastinya menjadi antara perkara yang dititikberatkan oleh golongan wanita khususnya.
Bagi yang tercari-cari produk mesra wuduk dan tanpa rasa was-was, jenama Nurraysa boleh menjadi pilihan.
Malah tujuh selebriti popular seperti Zulin Aziz, Wan Sharmila, Sharifah Shahira, Zara Zya, Adira, Eyra Hazali, Alya Iman termasuk isteri kepada Datuk Aaron Aziz, Datin Diyana Halik juga antara yang mempercayai produk mesra wuduk berkenaan.
Menurut pengasasnya, Nur Aini Zolkepeli, produk terbabit mendapat kepercayaan bukan sahaja orang biasa tapi juga selebriti dan pempengaruh di negara ini.
“Lebih 30 pempengaruh juga sudah menggunakannya dan mengesyorkan ramai memilih set panas ini. Kita mahu membantu lebih ramai wanita menginginkan set solekan asas yang sah solat dan mudah ditanggalkan,” katanya.
Sempena lebaran kali ini, Nurraysa tampil dengan koleksi Hot Set menerusi dua rangkaian produk iaitu Glowing DD Moist Cake (DDMC) dan Magic Lipstick.
Ia antara kosmetik mesra wuduk yang paling laris dan mempunyai banyak kelebihan.
“Biarpun kedua rangkaian produk itu sudah tujuh tahun di pasaran, ia antara yang terus laris dan mendapat permintaan tinggi. Malah lebih 500,000 set berkenaan sudah terjual sejak di pasaran pada tahun 2015.
“Kami mahu Syawal kali ini diraikan dengan bermakna dan penuh kesyukuran sekali gus pilihan semua wanita. Ia alat solekan mesra wuduk yang sah solat. Bahkan boleh dibawa solat di pagi raya. Ia set solekan kami gelar sebagai Halal Raya tanpa ragu-ragu. Yang tak pandai bersolek pun boleh jadi arif.
“Tentunya ia tidak merosakkan kulit, bersolek sepantas lima minit, kulit berseri dalam lima saat, mudah ditanggalkan. Ia juga dihasilkan tanpa silikon. Saya anggap raya akan lebih sempurna dan praktikal tanpa menggunakan masa lama dengan set panas ini,” katanya.
Glowing DD Moist Cake merangkumi produk tiga dalam satu menggabungkan bedak asas, penutup cela dan bedak dengan pelindung cahaya matahari SPF 50++.
“Ia dihadirkan dengan dua tona warna, kulit tidak bercapuk dan berminyak walaupun dibawah terik matahari. Kandungan dalamnya sendiri diperkayakan minyak Marula kaya omega, melembap kulit, dan anti penuaan.
Tak ketinggalan ada khasiat minyak zaitun dan jojoba. Ia juga bersifat ‘noncomedogenic’ yang tidak menyumbatkan liang pori.
“Magic Lipstick pula tiada kandungan plumbum yang boleh menghitamkan bibir yang kerap memakai lipstik setiap hari.
“Malah, ia juga membantu melembapkan bibir dan membuatkan ia sentiasa segar serta cantik dengan senyuman. Lipstik ini juga boleh diguna sebagai pembayang mata dan pemerah pipi,” katanya optimis.
Jenama yang mengamalkan sistem ‘dropship’ ini juga sudah mempunyai 32 ‘billboard’ di sepanjang lebuh raya dari Utara ke Selatan Malaysia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Demi Allah, Ini Bukan Marketing Semata,”- Iqbal Buat Luahan Panjang, Pilih Untuk Tak Lagi Berkeras Nak Kahwini Vida Sebab…
Usahawan, Iqbal Zulkefli tampil mendedahkan dia tidak akan lagi berkeras untuk memperisterikan pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida sekiranya wanita terbabit tidak cenderung untuk kembali kembali mendirikan rumah tangga.
Dia pada masa sama turut memohon maaf atas isu tular berpanjangan melibatkan hal yang berkaitan, selain akui perlu hormati perasaan dua anak Vida, Cik B dan adiknya, Kacak.
“Assalamualaikum semua. Pertama, saya memohon maaf atas viral yang berleretan tentang hubungan saya dengan Dato Seri Vida. Keputusan saya, saya tidak akan lagi berkeras untuk jadikan Dato Seri Vida sebagai isteri; seandainya beliau sendiri tidak menuju kearah perkahwinan.
“Saya perlu hormati perasaan Cik B dan Kacak. Harus menjaga maruah diri saya yang bertahun-tahun memperjuangkan untuk bernikah,” jelasnya.
Perkara tersebut dikongsikan bekas pembantu peribadi Vida itu menerusi Insta Stories, pada Jumaat.
Menyifatkan apa yang berlaku bukan satu strategi marketing, ahli perniagaan asal Kelantan itu turut mendedahkan dia tidak pernah terfikir untuk mengambil harta selain reda andai mereka tiada jodoh.
“Demi Allah, ini bukan marketing semata meskipun benar beliau ada diselitkan promosikan produk dan saya memberitahu kepada Dato Seri Vida, jika saya lebih dikenali saya mahu bantu menaikkan sales syarikat beliau.
“Seperti mana saya telah merekodkan jualan tertinggi di syarikat Vida Beauty sebelum ini dengan jualan RM300,000 setiap hari secara konsisten (retail). Namun, perancangan kami untuk berkahwin adalah bukan marketing.
“Sepanjang hampir 7 tahun saya mengenali beliau, saya tidak pernah menerima apa-apa pemberian barangan besar kecuali pakaian kerja. Namun, tidak dinafikan banyak wang beliau telah laburkan untuk saya.
“Itupun, cara saya membalasnya adalah menggantikan dengan lakukan jualan lebih 10 kali ganda setiap kali beliau keluarkan bajet untuk saya. Demi Allah, saya tidak pernah mencuri wang beliau.
“Saya tetap menyayangi beliau seperti biasa. Saya reda jika kami tidak berjodohan. Saya fikir, ini bukan terlalu awal saya mengalah.
“Setiap waktu saya serius katakan bahawa saya mahu berkahwin. Saya banyak perjuangkan hubungan ini, namun saya risau cinta beliau tidak seteguh seperti pengorbanan saya.
“Saya risau, di saat saya sakit, jatuh adakah beliau sanggup ada bersama saya,” tulisnya lagi.
Iqbal pada masa sama meminta untuk tidak memutuskan hubungan baik yang sedia terjalan di antara mereka.
“Cuma satu perkara saya minta, jangan putuskan hubungan baik saya dengan Dato Seri Vida. Saya perlu jaga beliau. Saya tiada masa untuk main-main kerana saya juga ada tanggungjawab serius.
“Terima kasih kepada semua media yang banyak bagi kerjasama kepada saya. Kepada semua yang mendoakan kebaikan, saya akan balas dengan lebih banyak berbakti kepada masyarakat,” tulisnya.
Pada akhir statusnya, Iqbal akui andai dia berkahwin dengan Vida dia akan dianggap mahu tumpang harta penyanyi lagu I Am Me itu.
“Andai saya berkahwin dengan Dato Seri Vida, selamanya saya dianggap menumpang harta Dato Seri Vida meskipun saya yang menaikkan bisnes beliau di saat saat kerap kali jualan jatuh.
“Saya tidak suka ungkitkan, namun terpaksa kerana tiada seorang pun berkata hal sebenar bagaimana saya telah berjuang untuk lakukan terbaik segalanya.
“Saya sendiri punya pendapatan sendiri walau tidak setinggi beliau. Cukup untuk saya miliki apa sahaja yang saya mahu,” tulisnya lagi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ada Netizen Kecam Imej Realiti Nora Danish Yang ‘Free Hair’ Bercanggah Dalam Promosi Tudung, Ini Jawab Balasnya
Meski belum pun dilancarkan secara rasmi, namun promosi awal kempen tudung bawal jenama MINAZ yang menampilkan aktres popular, Nora Danish mendapat kritikan netizen.
Ada netizen yang mengkritik gara-gara memilih ibu kepada dua cahaya mata itu yang ‘free hair’. Malah penampilan aktres berkenaan yang pernah didakwa pernah tampil seksi dilihat bertentangan dengan jenama kempen tudung berkenaan.
Lalu, pelbagai persoalan timbul termasuk kenapa perlu mengambil selebriti berpengaruh yang tidak berhijab untuk mempromosikan jenama tudung?
Nora tampil memberikan reaksi seterusnya mengakui sudah imun dan kebal dengan segala kecaman yang diterima.
“Menjayakan kempen tudung itu atau sebaliknya, saya percaya itu dinamakan rezeki. Saya juga percaya membuat sesuatu yang baik termasuk menjayakan jenama yang memerlukan pemakaian tudung ini tidak pernah ada salahnya.
“Mungkin suatu hari nanti, siapa tahu akan dibukakan hati saya ke arah itu (bertudung). Semua ini sama seperti kita mendoakan sesuatu yang diharapkan. Ini juga bukan kali pertama saya ditawarkan tugasan mempromosikan jenama tudung.
“Jadi saya sudah terbiasa dengan situasi sebegitu. Kecaman demi kecaman itu lumrah kehidupan manusia. Ia boleh terjadi bukan saja bukan hanya kepada artis tetapi semua golongan termasuk pendakwah dan ahli politik,” katanya yang menjadi wajah kempen jenama tudung itu sejak Oktober lalu.
Malah ibu kepada dua cahaya mata Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 12, dan Mohamed Neqayl Nedim, 3, berpendapat, seksi itu bersifat subjektif.
“Bagi saya seksi atau sebaliknya, ia terletak atau bergantung kepada mata yang memandangnya. Kalau baik yang dilihatnya… maka baiklah jadinya. Kalau gatal pandangannya, maka gatallah.
“Yang penting, saya hanya ingin menjadi diri sendiri. Tetapi, saya nak ucap terima kasih kepada netizen yang memberi komen membina. Saya sayang anda semua.
“Insya-Allah, doa baik-baik. Bagi kelompok netizen yang tahu dan asyik nak kecam saja, hentikanlah. Perbuatan buli siber tidak baik sebenarnya,” katanya.
Pemilik nama lengkap Nora Mohd Danish Hanif turut menambah, dia tidak mahu ‘larut’ dengan hal yang berbaur negatif.
“Saya memang kebal bab kecaman ini. Saya tak baca mana mana komen atau blog yang menghentam atau cari silap.
“Kalau saya tahu pun cerita ini daripada kawan atau rakan media yang mengajukan soalan berkaitan. Tapi tak apalah, tak perlu saya ambil peduli. Ia seperti menghabiskan tenaga untuk perkara tak perlu.
“Malah saya pada satu tahap tak menyekat pun akses atau memadamkan komen negatif ditinggalkan warganet. Kadang-kadang tak perasan pun sebab terlalu banyak komen,” katanya lagi.
Sementara itu, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif jenama MINAZ, Hafiza Abd Hamid atau lebih dikenali dengan nama Pija MINAZ menyatakan keputusannya memilih Nora mempromosikan kempen Blossom 2.0 adalah tepat.
“Hari pertama ketika Nora didedahkan sebagai wajah kempen di media sosial termasuk Instagram rasmi pun memang ramai yang beri maklum balas berbaur positif dan sebaliknya.
“Ada juga di kalangan peminat bertanyakan kenapa saya perlu pilih Nora kerana tak sesuai penampilan sebenarnya dengan tudung dipakai.
“Saya dimaklumkan oleh team sehinggakan ada yang nak boikot dan tidak mahu menyokong lagi keluaran produk kami. Pada saya, lebih gemar untuk memandang sesuatu perkara itu pada sudut yang positif.
“Ada juga yang suka dengan pemilihannya sebagai wajah kempen. Stokis dan agen pun suka sebab Nora sendiri punyai ramai pengikut di Instagram,” katanya.
Pada masa sama, pemilihan Nora yang lembut dan manis raut wajahnya sekaligus kena dengan konsep bunga pada rekaan tudung.
“Personaliti Nora ceria dan mudah didekati. Saya yakin boleh pengaruh ramai lagi wanita mengenali jenama kami dan sertai keluarga MINAZ Hijab. Semua maklum balas baik yg positif atau negatif kami terima dengan hati yang terbuka.
“Tapi siapa tahu suatu hari nanti, usaha ini membuka hatinya untuk bertudung dan memilih jenama ini untuk menyuntik semangat. Malah kurang satu jam ketika dibuka untuk pra tempahan 25 Oktober lalu, sebanyak 150,000 helai tudung bawal kempen membabitkannya terjual.
“Ia sekaligus buka ruang untuk bantu lebih 4,000 agen dan stokis seluruh Malaysia jana pendapatan dari rumah di era pandemik COVID-19. Kempen ini akan dilancarkan pada 8 November ini,” katanya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI