Pengacara dan penyampai radio, Zetty Nabila mengumumkan pengunduran dirinya daripada stesen radio, Hot FM setelah hampir tujuh tahun berkhidmat bersama stesen radio swasta berkenaan.

Menurut Zetty, keputusan tersebut harus dibuat kerana dia ingin berada disamping suaminya yang juga merupakan pemain bola sepak negara, Ahmad Khairil Anuar atau lebih mesra dengan panggialan Beto yang akan berhijrah ke pasukan, Sarawak United FC pada musim hadapan.

“Bukan Keputusan Mudah Tinggalkan KL, Tapi…,” – Ucap ‘Good Bye’ Pada Hot FM, Zetty Nabila Ikut Suami Hijrah Ke Sarawak

Zetty telah ke udara buat kali yang terakhir menerusi segmen, Non Stop 45 pada Jumaat lalu.

“Favourite people ayyy. It’s going to be a long caption, so bear with me. Last Friday, 7th Jan 2022 marks my last day on air for Hot FM and sorrylah I tak boleh announce earlier under some circumstances.

“But now news pasal Ahmad main mana pun dah official, I guess it’s my time pula. To be honest, there’s no other place like Hot FM. For more than plus minus 6/7 years I kat sana even before jadi announcer, I happy gila sebab ada colleagues whom I now called friends and family (dalam gambar ni baru sikit)

“But of coursese there’s no place I’d rather be now other than right next to my husband in Kuching. It wasn’t an easy decision to leave KL but gotta get out of my comfort zone because life’s brief and there’s so much to explore,”

Ads

Pengumuman tersebut dikongsikan sendiri oleh bekas pengacara program, Borak Kopitiam itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

“Bukan Keputusan Mudah Tinggalkan KL, Tapi…,” – Ucap ‘Good Bye’ Pada Hot FM, Zetty Nabila Ikut Suami Hijrah Ke Sarawak “Bukan Keputusan Mudah Tinggalkan KL, Tapi…,” – Ucap ‘Good Bye’ Pada Hot FM, Zetty Nabila Ikut Suami Hijrah Ke Sarawak

Dikesempatan itu juga, Zetty turut merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang selama ini tidak henti-henti menyokongnya sepanjang bergelar penyampai radio di Hot FM.

“To all yang selalu dengar I on air; please know I maybe tak pernah jumpa all of you in person but I see yall. I punya listenership tak pernah jatuh since I first on air in 2017.

“In fact thank you for making the last two surveys as the best ones in my career; number 1 growth for night show in Malaysia and recently naik paling banyak listeners within the station. So yeah, that is all of you. THANK YOUUU.

Ads

“At this moment, I nak pursue my dream jadi Tai Tai je kat sini and belajar loghat Sarawak. I’ll now have ample of time to spend on social media, so jangan bosan pula nanti haha,” kongsinya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan rasa sedih selain turut menitipkan ucapan selamat maju jaya buat Zetty dan suaminya.

“Selamat menjadi surihati @ahmadbeto fulltime.

“That’s pure sacrifice right there. For the ones who matters most. Take care you two! As long as u stick by one another, the world is yours 💪🏼 All the best Zetty dan Beto.

“Take care and all the best Zetty.

Ads

“Wishing you all the best. Proud of u Zetty,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

“Bukan Keputusan Mudah Tinggalkan KL, Tapi…,” – Ucap ‘Good Bye’ Pada Hot FM, Zetty Nabila Ikut Suami Hijrah Ke Sarawak

“Bukan Keputusan Mudah Tinggalkan KL, Tapi…,” – Ucap ‘Good Bye’ Pada Hot FM, Zetty Nabila Ikut Suami Hijrah Ke SarawakTerdahulu, Zetty dan Beto telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 10 Disember 2020.

Sekadar informasi, Beto merupakan pemain bola sepak kelahiran Teluk Intan, Perak.

Sebelum menandatangani kontrak bersama Sarawak United FC, Beto bermain bersama pasukan Petaling Jaya City sepanjang musim lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Zetty Nabila

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI