Enggan lagi mahu berselindung, personaliti media sosial yang juga merupakan juara Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3), Namie akhirnya mengesahkan telah secara rasmi berhenti berkhidmat sebagai guru di sekolah kerajaan.
Bagaimanapun, Namie atau nama sebenarnya Najmi Shaharudin menjelaskan, keputusan tersebut dibuat bukan kerana penyertaannya di MLS3, sebaliknya ia telah diputuskan sejak bulan tiga yang lalu.
Katanya lagi, dia juga sebenarnya sudah memasang impian untuk bergelar selebriti sejak usianya masih kecil.
“Pertama sekali saya memohon maaf kerana merahsiakan perkara sebenar. Saya sebenarnya sudah berhenti sebagai seorang guru sebab ingin mengejar impian di dalam industri seni.
“Saya tolak tepi segala tomahan yang mengatakan saya tak sayang pencen dan kerjaya kerajaan. Jangan salah anggap, saya bukan berhenti kerana MLS3. Saya berhenti sejak bulan Mac lagi.
“Saya terpaksa sembunyikan perkara ini kerana tidak mahu mental dan privasi saya terganggu. Saya merahsiakannya demi kebaikkan diri dan keluarga.
“Kalau saya beritahu lebih awal, sudah tentu ia akan mengganggu perjalanan saya di MLS3. Terimalah saya seadanya dan terima saya juga di dalam industri ini,” katanya kepada MH.
Ads
Pendedahan tersebut dimaklumkan sendiri oleh Namie sewaktu sidang media selepas tamat program MLS3 yang berlangsung di Bukit Jalil pada Jumaat.
Jelas Namie lagi, antara salah satu sebab dia memutuskan untuk berhenti adalah kerana tidak mahu mencalarkan imej profesionalisme seorang guru.
“Perjalanan ini sudah ditentukan tuhan. Proses berhenti langsung tidak menyusahkan saya. Sewaktu putuskan nak berhenti, dua orang pegawai Kementerian Pendidikan datang berjumpa saya.
“Kami bertemu dan mereka bertanyakan keputusan saya ini. Saya katakan kepada mereka, kalaulah satu hari nanti saya mencalarkan imej profesionalisme perguruan, adakah pihak tuan akan suka?
Ads
“Jadi mereka hormati keputusan saya. Ketika bergelar guru, saya memang sudah aktif di media sosial. Walaupun konten saya bukannya negatif tapi ada kalanya saya berpewatakkan wanita atau jadi bodoh-bodoh sikit.
“Saya tak mahu perkara tersebut mencalarkan imej perguruan saya,” katanya kepada MH.
Ketika ditanya mengenai penerimaan keluarga, Namie mendedahkan pada awalnya memang agak sukar namun, dia telah membuktikan apabila diumumkan selaku juala MLS3.
Ads
“Penerimaan keluarga pada mulanya memang agak sukar tapi saya buktikan dengan kejayaan saya. Mereka pun nampak saya ke bidang ini bukan suka-suka.
“Ketika bagitahu kepada isteri pula yang saya nak berhenti, respon dia mudah ‘berhenti jelah’ kerana dia kenal saya. Dia tahu apa yang saya suka dan tak suka. Dia juga sangat positif dan itu yang buat saya lebih bersemangat.
“Saya percaya kepada rezeki. Orang pun tak tahu pekerjaan lain saya. Tak perlulah saya nak dedahkan semuanya,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Namie yang menganggotai kumpulan UBI bersama pelawak Fad dan Sharif telah dinobatkan selaku juara MLS3 sekali gus membawa pulang hadiah utama RM150,000 dan trofi.
Malah, Namie juga menyifatkan kemenangan ini sebagai tuah anaknya yang kini baru berusia enam bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi rap, Joe Flizzow mendedahkan sewaktu dia masih di sekolah menengah, seorang guru pernah berkata kepadanya bahawa dia hanya akan menjadi seorang penjual burger sekiranya dia ingin meneruskan cita-citanya sebagai bintang rap.
Menurut Joe, ramalan guru tersebut ternyata benar selepas perusahaan burger miliknya kini telah berjaya memenangi sebuah program yang dianjurkan oleh syarikat jenama minyak terkenal dunia, Shell.
Jelas penyanyi lagu Sampai Jadi itu lagi, diatas kejayaan tersebut, produk burgernya akan dipasarkan di hampir 650 kiosk Shell di seluruh negara.
“Semasa di sekolah menengah, seorang guru pernah beri tahu saya, saya akhirnya hanya akan menjadi penjual burger untuk meneruskan kehidupan sekiranya saya masih memilih untuk meneruskan karier sebagai penyanyi rap.
“Ternyata ramalannya betul. Saya merupakan pemenang Realisasikan Impianmu Bersama Shell. Joe’s Burger akan berada di 650 kiosk stesen minyak Shell diseluruh negara tidak lama lagi.
“Terima kasih kepada pihak Shell, Shahiran Huzaini dan seluruh tenaga kerjanya diatas inisiatif ini. Tahniah diucapkan kepada pemenang yang lain juga. Let’s go. Chasing dream sampai jadi,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh Joe menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Joe turut menitipkan ucapan penghargaan kepada pihak Shell kerana memperkenalkan inisiatif tersebut.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah buat Joe diatas pencapaian tersebut.
Sumber: Instagram Joe Flizzow
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sikap romantik yang ditunjukan pasangan Dai Farhan dan isterinya, isterinya, Noorainul Naqim Mohd Radzi atau lebih dikenali sebagai Dr. Aerin sentiasa menarik perhatian ramai.
Baru-baru ini, Farhan meluahkan rasa gembira kerana isterinya berkebolehan dalam menggayakan dan menggunting rambutnya.
Malah, Farhan turut memberi cadangan agar isterinya itu membuka salon khas untuk wanita Muslimah.
“Alhamdulillah, Zaujah ku Barber ku..insyaAllah lepas ni @drholisw dah boleh mula kongsikan ilmu utk para wanita yg nak belajar 😁 ..misi turunkan ilmu hair stylish & barber..perbanyakkan lagi saloon muslimah..moga bermanfaat aamiin,” pujinya.
Sementara itu, Aerin menyarankan agar orang ramai turut sama terlibat dalam perniagaan menggunting rambut bagi meningkatkan ekonomi sesama bangsa.
“Memandangkan Zauj ku Farhan, dah menyeru untuk berbakti, Alhamdulillah ramai DM nak belajar.
“Boleh2 mai cikgu ajar gunting rambut style wanita dan lelaki 2 hari confirm pandai. Boleh buat duit gilaaaa bisnes ni. Sebab tu bangsa lain gila2 dok buka saloon sbb ramai org kitab g depa kaya raya. Orang kita ni mmg power dalam semua bab.
“Bab viral paling power (ni nak buat benda biak boleh tlg viral tak ).. Bab ekonomi pun org kita jg yg power bg bangsa lain main maju.
“Org kita ada apa. Org kita ada duit. Lama sangat dah kita dok bg depa duit, jom kit plak buat duit,” tulisnya.
Terdahulu, kisah cinta mereka telah menarik perhatian ramai.
Farhan memaklumkan dia bernikah dengan Aerin yang berstatus ibu tunggal beranak lapan di Tanah Suci Mekah.
Farhan turut memaklumkan turut menceraikan isteri pertama, Fatin Nurul Ain dengan talak satu.
Malah difahamkan, ketika itu Fatin sedang sarat mengandung anak kedua mereka.
Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty mengulas sekiranya ada pihak yang mempersoalkan mengenai pendedahannya sebelum ini yang akhirnya bersetuju mengambil suntikan vaksinasi Covid-19, tahun lalu.
Ellie,52, berkata, dia sering berdepan dengan persepsi sejak menjadi aktivis politik sebelum ini.
“Dengan saya ni orang memang suka main dengan perception. Itu saja yang selama ini pun sejak saya terlibat dalam dunia politik. Saya bukan ahli politik, saya aktivis politik… perception itu selalu bertebaran.
“Dia begini… bila you tak ambil vaksin, orang akan kata you antivaksin. Tidak boleh bagi pendapat. Akan tetapi bila kita sudah ambil (vaksin), ia seolah-olah menafikan macam you ambil. Nak apa sebenarnya?
“Itulah… sebab kita dalam industri kreatif jadi kita perlu berdepanlah dengan benda-benda macam ni,” katanya.
Ellie ditemui pada majlis pelancaran filem Telaga Suriram arahan Osman Ali di Mont Kiara, pada Selasa. Filem berkenaan turut dibintangi Scha Alyahya, Nabila Huda, Farid Kamil dan Maya Karin.
Pelakon yang mencipta nama menerusi filem Spinning Gasing itu bagaimanapun memohon semua mendoakan yang baik-baik dan tidak perlu membuat spekulasi.
“Saya sudah pergi ke sana-sini dan saya tidak ‘memberi’ orang lain Covid-19. Saya pun setakat ini alhamdulillah tak pernah terjangkiti Covid-19. Lepas ambil vaksin pun tak pernah dan sebelum ambil vaksin pun tak pernah (dijangkiti Covid-19).
“Malah kita tetap masih amalkan makanan yang baik-baik, sayur-sayuran. Habbatus Sauda itu tetap. Sepatutnya kita mendoakan semua orang berada dalam keadaan yang baiklah.
“Tak perlu buat persepsi sebab saya orang yang sangat positif. Energi dan vibes yang positif. Itu saya. Diaorang main perception biarlah,” katanya.
Ellie sebelum ini memaklumkan, dia sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksinasi jenis Sinovac, pada penghujung Oktober dan seterusnya, suntikan kedua pada November, tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!