“Bukan Kerana Tak Ambil Berat Masa Depan Mereka Tapi…,”- Sifatkan Ilmu Akhirat Lebih Penting, Zul Yahya Berhentikan Sekolah Anak

Share

Pelakon, Zul Yahya mengakui dirinya punyai sebab yang tersendiri mengapa dia memutuskan untuk memberhentikan anak-anaknya daripada menyertai sesi persekolahan.

Jelas Zul, dia bukanlah tidak mengambil berat mengenai masa hadapan anak-anaknya itu tetapi dia lebih suka jika mereka lebih berjaya di akhirat nanti.

“Kami ibu bapa berhentikan anak-anak kami dari sekolah bukan kerana tak ambil berat masa depan mereka tapi kami nak anak-anak kami lebih berjaya di akhirat kelak InsyaAllah.

“Ilmu akhirat tu lebih penting dari segala-segala ilmu,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, MX3 itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Zul turut menyifatkan ilmu akhirat sebagai ilmu yang paling penting jika ingin dibandingkan dengan yang lain.

Entri berkenaan nyata mengundang perhatian daripada ramai pihak malah, mereka turut meninggalkan reaksi pelbagai di ruangan komen.

Sebelum ini, nama Zul juga pernah hangat diperkatakan selepas dia dilihat secara terbuka mempertikai prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi memerangi pendemik Covid-19.

Sumber: Instagram Zul Yahya

Published by
MH