Pelakon, Anna Jobling yang kian menyerlah di dunia perfileman Indonesia menerusi dua filem terbarunya, Lembayung dan Laut Tengah mendedahkan perkara iru tidak datang dengan mudah
Malau ia dicapai tanpa sebarang bantuan daripada kroni atau individu berpengaruh.
“Saya bersyukur atas penerimaan positif daripada penonton Indonesia. Ini satu pengiktirafan atas kerja keras selepas berulang alik Malaysia dan Indonesia selama hampir setahun membina nama.
“Saya percaya, tanpa usaha kita tidak akan dapat mencapai apa yang kita impikan. Ini adalah bukti bahawa kerja keras tidak akan mengkhianati hasil.
“Saya mencari peluang di sana sendiri bersama pihak pengurusan saya dengan menghadiri uji bakat. Selain itu, rakan-rakan selebriti di sana juga banyak memberi tunjuk ajar mengenai selok-belok menempa nama di Indonesia,” katanya.
Menurut Anna, dia bersyukur apabila industri perfileman Indonesia mula membuka pintu lebih luas kepada bakat-bakat luar, termasuk satu pengumuman yang bakal dibuat dalam waktu terdekat.
Katanya, dia menerima berlakon dalam sebuah filem daripada seorang pelakon wanita Indonesia yang cukup dikenali ramai.
“Saya sangat teruja untuk mengumumkan filem ketiga saya di Indonesia tidak lama lagi. Ini adalah projek yang sangat istimewa buat saya,” katanya.
Anna pada masa sama berharap kerjasama dengan pelakon terkenal itu akan membawa satu dimensi baru dalam kerjaya lakonannya.
Dia percaya bahawa pengalaman ini akan mengasah lagi bakatnya dan memberikan ruang untuknya memperluas pengaruh di persada antarabangsa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini