
Penyanyi, Sufian Suhaimi ada memuat naik tweet terbaru di laman Twitter miliknya.
Tweet tersebut ternyata dilihat telah menimbulkan rasa curiga dan kurang senang dikalangan hati peminatnya di media sosial.
“Bukan kuat tidur, cuma berlatih meninggal,” tulisnya.
Tweet tersebut ternyata telah mengejutkan ramai pihak dan mereka turut membanjiri ruangan komen komen tersebut untuk memberi semangat kepada penyanyi berkenaan.
Dalam pada itu, tweet tersebut telah menjadi tular selepas mendapat lebih 26,000 retweet dan 20,000 tanda suka.
Alahai, kenapa pula dengan Sufian tu? Apapun, kita doakan semoga semuanya baik-baik sahaja buat penyanyi lagu Di Matamu itu.
Sumber: Twitter Sufian Suhaimi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ada Banyak Komen Pertikai, Kat Twitter Pun Kecoh,” – Tular Video Agih 1,000 Pek Vitamin C di SJR, Pengasas Produk Kecantikan Perbetulkan Salah Faham

Pengasas produk kecantikan ESW, Muhammad Iddin Syah Mohd Fuzi tampil menjelaskan situasi sebenar selepas video agihan pek vitamin di sekatan jalan rata (SJR) baru-baru ini menjadi tular sehingga mendapat kecaman netizen.
Menurut Iddin, pihaknya telah mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa terlebih dahulu sebelum melakukan agihan berupa 1000 Vitamin C kepada pengguna jalan raya sekitar Bertam, Pulau Pinang.
Usahawan berusia 27 tahun ini juga menambah, dia sudah padamkan posting tersebut di Instagram atas sebab tertentu pada Jumaat, namun ia kembali diperkatakan selepas dikongsi pengguna Twitter.
“Ckap psal video, plg mengejutkan skali, ada byk komen ptikai Pihak Berkuasa membenarkan keberadaan sy di roadblock Bertam Kepala Batas. Kat Twitter pun kecoh, mention isu ni.
“Smpi ada pengguna Twitter tag DS Ismail Sabri Yaakob utk mdptkan perhatian beliau atau kejelasan atas tindakn sy.
“Sbnarnya, sblm aktiviti itu dibuat, sy tlebih dulu mdpatkn kbnaran Polis & bg tau niat sy nk sumbang 1K unit vitamin ESW kpd org yg lalu SJR Bertam. Xkan la sy berani buat tnpa kbnrn kan?,” jelasnya.
Tambahnya lagi, inesiatif itu dilakukan sebagai mengenang komitmen petugas barisan hadapan yang komited sepanjang fasa pandemik COVID-19, selain memberi pendedahan soal penjagaan kesihatan pada orang ramai.
“Ok 1st of all, pihak yg plg sy concern adalah Frontliners yg btugas. Bayangkan berjam2 kerja di SJR, bteduh bwh khemah, wlpn mereka kuat smgt tp sy ada cara sndiri nak say thank you dgn myumbgkan vitamin yg baru sahaja ESW keluarkn utk pastikn Frontliners kekal btenaga & hidrasi.
“Tindkn itu sbg satu awareness kpd org ramai, pntingnya pengambilan vitamin, lgi2 skrg ni kdr jangkitan Covid-19 tinggi.
“Ini mcm ‘small gesture’ sy sbg anak muda, juga warga yg prihatin. Sama gk dgn org lain yg bagi smbgn mknan kat hospital, pusat kuarantin, cuma cara sy beza sikit, guna produk sy sndiri.
“Lgipun, saya ada kat sna pun x lma. Skjp ja. Hrap smua faham situasi sy ya. Sy hrap pnjlsan ni dpt menghentikan spekulasi yg tular. Stay safe everyone!,” tulisnya lagi.
Menerusi laman Twitter, video tersebut sudah pun mendapat lebih 30,000 kali tontonan selepas dimuatnaik Ahad lalu oleh pengguna yang menggunakan akaun @isskndarariffin.
Mamat korea mana pulak duduk berdiri dkt SJR ni, siap bawak kotak dgn plastik lagi tu, nak bagi pamplet apa pulak tu dekat orang yang lalu dekat dgn SJR ni? Bertambah sesaklah nanti. Tapi nmpk macam bagi barang je! Siap dgn berjacket hitam, ramput karat sikit, tak panas ke wey? pic.twitter.com/Ul1B9vuSJW
— Isskandar Ariffin 🇲🇾🇲🇾🇲🇾 (@IsskndarAriffin) June 20, 2021
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jika Diikutkan Semasa Dalam Kandungan Lagi, Wawa Sudah…,” – Aeril Zafrel Perjelas Maksud Nama Anak Keempat, Jibril Ibtisam

Pelakon dan usahawan Aeril Zafrel menjelaskan nama yang dipilih buat anak keempatnya, Jibril Ibtisam yang dilahirkan 30 November lalu memberikan makna yang cukup baik.
Menurut Aeril, 33, isterinya yang juga pelakon sudah memanggil nama tersebut sejak hamil lagi.
Malah rata-rata wargamaya turut menyifatkan nama yang diberikan buat permata hati lelaki pasangan selebriti itu sebagai unik.
“Jibril Ibtisam membawa maksud pengulu utusan tuhan yang taat dan menyenangi hati selain membawa makna haruman senyuman serta tersenyum.
“Jika diikutkan semasa dalam kandungan lagi, Wawa memang sudah panggil anak keempat kami dengan panggilan Jibril. Malah, dia juga sudah beritahu kepada tiga anak yang lain mengenai nama adik mereka.
“Sebenarnya setiap nama anak-anak, saya ada merujuk kepada seorang guru. Dia akan berikan beberapa pilihan dan kami akan memilih nama yang terbaik,” katanya memetik Harian Metro.
Aeril pada masa sama turut mengulas mengenai keputusannya yang memilih untuk berkongsi wajah anak yang baru dilahirkan di media sosial pada awal kelahiran.
“Bagi saya, itu adalah hak masing-masing. Saya dan Wawa selesa untuk kongsikan wajah anak kami kepada peminat.
“Alhamdulillah saya seronok dengan kelahiran anak keempat ini. Dia pun tak banyak meragam, cuma selalu akan kejutkan kami sekitar jam 4 pagi,” katanya lagi.
Sementara itu, foto mereka sekeluarga yang mengenakan persalinan sedondon putih yang dikongsi di Instagram masing-masing turut menerima pujian peminat.
Untuk rekod, mereka mendirikan rumah tangga pada 2013 sudah dikurniakan tiga cahaya mata sebelum ini iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya, kini berusia setahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ramai-Ramai Artis, Suka Tengok Lala Ni! Dia Punya Vibe..” – Aura Wan Sharmila Bikin Netizen Jatuh Cinta!

Isi Kandungan
ToggleSejak nekad melakukan penghijrahan pada lima tahun lalu, pada ulangtahun kelahiranya yang ke-38, pelakon cantik manis dan bertubuh kecil molek, Wan Sharmila yang lebih mesra dengan panggilan Lala semakin jarang muncul di kaca TV.
Malah, jika dilihat menerusi perkembangan terkini di laman sosial miliknya, kehidupan anak saudara kepada pelakon veteran Wan Maimunah itu kini lebih kepada menghadiri program serta majlis-majlis ilmiah keagamaan.
Selain, itu penampilan Wan Sharmila juga dilihat semakin sopan dan manis dengan jubah serta tudung labuh lengkap berstoking.
Masha-Allah memang sejuk mata memandang.
Tak Ramai Kawan, Namun Allah Hadirkan Insan Baik Dalam Hidup
Terdahulu, tular penampilan Wan Sharmila yang berjubah hitam serta mengenakan niqab sewaktu menghadiri majlis ilmu baru-baru ini raih pujian warga maya.
Menerusi video yang dikongsi di akaun TikToknya, Wan Sharmila telah meluahkan rasa syukur kerana diundang untuk menghadiri majlis seperti itu.
Menurut Wan Sharmila, dia sebenarnya tidak ramai kawan tetapi Allah SWT hadirkan insan-insan yang baik dalam hidupnya kini.
“Saya tak ada ramai kawan. Tapi Dia Maha Baik datangkan orang-orang yang sudi jemput saya ke majlis ilmu tanpa menilai pangkat, darjat sekaligus saya jadi ada ramai kawan bila berada dalam majlis ilmu.
“Sudi bertegur sapa, senyum, mendoakan walau baru berjumpa. Alhamdulillah,” kongsi Wan Sharmila.
“Jatuh Sayang Dekat Wan Sharmila. Sejuk Saja Hati Tengok Dia..” – Netizen
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakannya memuji imej Wan Sharmila yang disifatkan sangat manis dan sejuk mata memandang.
“Ramai-ramai artis, suka tengok Lala ni. Dia punya vibe lain. Entahlah, tapi adore sangat. Moga dalam lindungan Allah selalu sis Lala.”
“Kita yang perempuan pun tengok macam ini boleh cair… jatuh sayang kat Wan Sharmila. Sejuk saja hati tengok dia.”
Semoga Wan Sharmila terus istiqamah dan sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Wan Sharmila & Tik Tok Wan Sharmila
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI