Perkongsian video daripada pelakon Fatin Afeefa dan suami, Aliff Awang atau mesra disapa Opai yang baru sahaja menganjurkan majlis akikah buat permata hati sulung mereka, Muhammad Jibril, pada Ahad di TikTok menjadi sorotan warganet.
Selepas sekian lama mengunci mulut mengenai khabar selamat melahirkan cahaya mata, Fatin akhirnya berkongsi kepada umum wajah dan nama anak lelakinya itu yang kini berusia tujuh bulan.
Malah suaminya ada berkongsi mengenai kelahiran anak mereka menerusi Instagram yang turut memaklumkan mengenai perasaannya yang kini bergelar bapa.
“MashaAllah another blessing,” tulis Fatin Afeefa ringkas menerusi sedutan video majlis akikah yang kini sudah menerima lebih 200,000 tontonan di TikTok.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata tumpang gembira dengan perkongsian berita gembira itu selain tak kurang memuji kecomelan anak lelakinya.
Malah ada yang menyifatkan wajah Muhammad Jibril saling tidak tumpang seperti bapanya dan ini antara komen yang tertera;
“Muka daddy sangat Muhammad Jibril. Alhamdulillah, semoga kamu membesar menjadi seorang anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat.”