Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan, 51, mendedahkan dirinya pernah hidup susah dan tinggal di kawasan flat sebelum mengecapi kemewahan seperti hari ini.
Rozita yang mesra disapa Che Ta berkata, dia juga bukan dilahirkan sebagai anak orang berada.
“Saya dilahirkan bukan daripada anak orang senang. Ketika arwah bapa meninggal dunia, saya baru berusia 15 tahun dan emak pula seorang suri rumah serta tidak pernah bekerja seumur hidupnya.
“Emak juga terpaksa buat pelbagai kerja termasuk bekerja di kantin sekolah dan arwah atuk yang menjaga kami adik beradik.
“Dari situ, saya sudah tengok kesusahan emak bekerja keras untuk membesarkan kami tetapi emak tidak pernah minta bantuan orang lain, pun,”katanya.
Namun, Che Ta menambah, kehidupannya sekeluarga mula berubah bila dia bekerja sebagai pramugari dengan gaji mencecah RM5,000 sebulan.
“Ketika bekerja sebagai pramugari, saya juga berkahwin dengan juruterbang pada usia 20 tahun tetapi bercerai pada usia 30 tahun.
“Selepas bercerai, saya tiada pekerjaan serta turunnaik mahkamah ketika itu. Mujur, saya ada duit simpanan dan bila sudah menang kes baru saya dapat duit untuk bayar peguam,” katanya jujur.
Ads
Kemudian barulah Che Ta kembali dalam bidang modelling dan menceburi dunia lakonan demi mencari rezeki.
Tambah Che Ta lagi, dia percaya lelaki akan lebih menghormati jika wanita ada pendapatan mereka sendiri.
“Saya juga berlakon pada usia yang agak
lewat tapi tidak terlalu lewat untuk kita mulakan sesuatu kerana yang penting ada kemahuan.
“Tapi, sampai bila saya nak berlakon sebab itu sata buat pelbagai bisnes. Kalau anda suri rumah pun masih boleh buat bisnes dan menjana pendapatan, ” katanya.
Ads
Che Ta berkongsi perkara itu pada sesi talkshow Kemandirian Wanita bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed, baru-baru ini.
Acara itu menyaksikan Ketua Penjenamaan dan Editorial Perkeso, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin selaku moderator dalam program yang berlangsung di pusat beli-belah, My Town Kuala Lumpur.
Terdahulu, majlispelancaran kempen Fiesta Perkeso Membawa Senyuman disempurnakan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad. Hadir sama, Pengerusi Lembaga Perkeso, Datuk Seri Subahan Kamal.
Sementara itu, Mohammed Azman berkata, tunggak sesebuah keluarga adalah golongan wanita, ibu dan suri rumah yang tidak bergaji.
Ads
Menurutnya, sebelum ini suri rumah juga tidak ada sebarang perlindungan jika berlaku kemalangan sewaktu menjalankan tanggungjawab mereka.
“Sebab itu Perkeso memperkenalkan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) untuk melindungi golongan wanita dan suri rumah bawah 55 tahun jika berlaku kemalangan, kecederaan dan penyakit denganpelbagai faedah termasuk kematian.
“Kita adalah negara keempat di dunia yang perkenalkan skim sebegini.
“Dengan caruman yang begitu rendah untuk mereka terlindung jika berlaku kemalangan, kecederaan dan penyakit serta mendapat pelbagai faedah kematian, pencen bulanan dan dialisis,” katanya.
Sementara itu, acara turut disemarakkan dengan kehadiran lebih 10 artis yang turut menjadi pempamer selama tiga hari program PERKESO Membawa Senyuman.
Antaranya Tyzo Xander, Izue Islam, Ako Mustapha, Anne Abdullah, Darling Ngasri, Syanie, Ani Maiyuni, Haleeda, Ayu Damit dan Azza Elite.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Daiyan Trisha tidak dapat menyembunyikan rasa terkejut bercampur gembira apabila berpeluang berjumpa dengan pelakon A-list Hollywood, Kate Winslet.
Bagaimanapun, satu insiden lucu berlaku apabila pelakon yang sinonim dengan watak Rose menerusi filem ikonik Titanic itu tidak sengaja telah memijak gaun yang dipakai Daiyan sewaktu menghadiri sebuah majlis di Château de Chantilly, Perancis.
Kisah tersebut dikongsikan penyanyi lagu Langit itu di laman Twitter miliknya.
kate apologised to me cos she accidentally steeped on my dress when she should've said you're welcome cos it was an honour to have her step on my dress.
“With Kate Winslet & Simon Baker, ambassadors of Longines. Malaysia represent, I feel so honored!
“Kate apologized to me because she accidentally steeped on my dress when she should’ve said you’re welcome because it was an honor to have her step on my dress,” tulisnya.
Menerusi entri tersebut, Daiyan turut dilihat berpeluang merakam gambar kenangan bersama Kate dan juga seorang lagi aktor Hollywood, Simon Baker.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur malah turut cemburu dengan perkongsian Daiyan itu.
Terdahulu, Daiyan telah dijemput ke Perancis bagi menghadiri sebuah majlis khas anjuran sebuah jenama jam terkenal antarabangsa.
Sumber: Twitter Daiyan Trisha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Farah Nabilah mengumumkan akan menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.
Memilih Mohamed Amirul Yunus sebagai pasangan hidup, Farah atau nama lengkapnya, Farah Nabilah Saipuddin akan mengadakan majlis pernikahan pada 20 Disember ini.
“Sifat kesabaran dia (Amirul) membuatkan saya jatuh hati pada dia yang sanggup menunggu saya selama tujuh tahun.
“Malah, keluarga dia juga sangat sayang kepada saya dan saya rasa selesa apabila bersama dengan mereka,” kata Farah kepada MH.
Dalam pada itu,bintang drama Cik Reen Encik Ngok Ngek ini mendedahkan detik perkenalan dengan bakal imamnya yang merupakan seorang juruterbang.
“Kami diperkenalkan kawan baik, Izara Aishah sejak tujuh tahun lalu. Pada mulanya saya jual mahal tetapi Amirul tidak berputus asa.
“Sebenarnya saya tidak perasan dia sudah mengikuti (follow) saya di Instagram dan lihat pekembangan saya, tetapi ketika itu Instagram saya dalam mood privasi,” kongsi Farah yang sudah siap membuat persiapan kahwin sebanyak 80 peratus.
Pasangan ini ditemui di Hotel Majestic, Kuala Lumpur siang tadi sempena pengumuman majlis perkahwinan mereka.
Memilih tarikh 28 Disember sebagai majlis resepsi (belah lelaki), manakala pada 5 Januari 2020 di sebelah perempuan.
Kedua-dua majlis akan diadakan di sekitar hotel Kuala Lumpur.
Terdahulu, Amirul telah datang merisik Farah di kediamannya pada awal tahun ini.
Penyampai radio Suria FM, DJ Lin atau nama sebenarnya, Roslinda Abdul Majid mengakui dia sebelum ini kurang isi masa bersama dua anak demi komitmen kerja dan mencari rezeki.
Menurut DJ Lin, dia sudah terbiasa dengan situasi berkenaan sementah menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal.
“Paling menduga bila sama tak banyak isi masa banyak dengan mereka. Anak saya yang sulung sudah berumur 20 tahun dan yang bongsu, 18 tahun. Dari mereka usia enam dan empat tahun, masa saya luangkan dengan mereka sangat sikit.
“Mereka banyak membesar secara sendiri sebab masa saya banyak habis di pejabat. Dari dahulu sampailah sekarang, sudah terbiasa. Bukan nak kata kita abaikan tanggungjawab yang ada di rumah, tidak. Tapi anak-anak saya melihat sendiri ibunya susah payah cari rezeki,” katanya.
DJ Lin bagaimanapun bersyukur kerana anak-anak memahami keadaan dan kini mulai optimis untuk meluangkan masa bersama mereka.
“Sampai mereka sudah faham dan mereka membesar berdua. Sebab itulah keduanya rapat. Malah mereka faham, ibunya bukan suka-suka nak tinggalkan rumah. Rasanya daripada diaorang kecil sampai sekarang, tak pernah sekali saya abaikan mereka,” katanya.
“Cuma dua tiga tahun kebelakangan ini saya monolog dengan diri. Kena juga cari waktu untuk isi masa dengan anak-anak. Saya mula belajar untuk berbuat demikian,” katanya lagi.
Perkara tersebut dikongsikan DJ Lin menerusi #MHThrowBack sebelum ini.
Menerusi program sama, bintang radio berusia 46 tahun itu turut memberikan ulasan mengenai ruitn hidupnya sebagai ibu tunggal kepada dua cahaya mata.
Untuk rekod, DJ Lin bercerai pada 2006 dan mempunyai dua orang anak iaitu Nureen Aresya dan Nazren Asyran.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Perkahwinan Luna Maya dan Maxime Bouttier memukau pandangan ramai pihak. Selain kagum melihat kebahagiaan pasangan mempelai, setiap sudut perincian majlis bermula dari dekorasi, busana,...