Isteri kepada pelawak, Atu Zero, Shafeeqa Johari memuji perwatakan suaminya yang disifatkan sentiasa kelihatan tenang meskipun pernah mengharungi pelbagai dugaan hidup.
Menurut Syafeeqa, Atu merupakan seorang yang sangat merendahkan diri dan tidak pernah mementingkan soal kebendaan.
“Saya kan, suka dengar apa yang suami saya cerita. Setiap apa yang dia ceritakan itu adalah cita-cita dia. Tak pernahlah dia cakap teringin nak pakai kereta mewah itu, baju branded ini, kasut mahal itu ini.
“Kadang-kadang apa yang dia pakai mahal tu saya yang belikan dia untuk dia kerja. Takdalah mahal sampai tak masuk akal tapi reward untuk dia yang penat bekerja,” tulisnya.
Katanya lagi, kehidupan Atu sebelum bergelar anak seni sememangnya amat mencabar dan jelas sekali amat berbeza dengan cara hidupnya selama ini.
“Cita-cita anak nelayan, arwah bapa dia gaji awal bulan 150, akhir bulan 150. Kadang-kadang minta advance dengan bos, beras untuk 7 orang anak. Ikan kadang-kadang atu pergi jual dari rumah ke rumah.
Ads
“Berbeza sangat hidup dia dan life saya. Bukan mereka tak pandai, tapi peluang tu takde. Nak sambung belajar kan banyak pakai duit. Dia lepas spm terus nak bekerja. Berbeza dengan saya, abis spm ayah suh ambil kursus perakaunan.
“Lesen kereta motor saya ada sejak umur saya 17 lagi. Atu tak, semua dia usaha sendiri. Kadang-kadang kagum dengan dia. Dia nak capai tahap tak nak terkesan dgn makluk tu susah sangat. Tp mcm mane dia boleh sabar, apa orang nak cakap tu cakap lah. Dia akan usaha untuk cita-cita dia,” kongsinya lagi.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Ads
Dalam pada itu, Shafeeqa juga turut memuji kesungguhan yang ditunjukkan oleh Atu terutamanya untuk mendalami ilmu agama.
“Jaadi artis bukan cita-cita Atu ya. Dia pon tak terjangka yg rezekinya di pentas seni, tapi cita-cita dia untuk mendalami ilmu islam itu mmg dari saya bercinta lagi ngan dia. Jadi saya tunjuklah apa yang saya tahu.
“Ya!!! Sayalah yang ajar dia alif, ba, ta. Sampai satu tahap saya minta dia berguru dgn ustaz yg betul-betul. Sebab saya isteri, nak betulkan suami tentang sebutan tu saya sendiri segan. Baik berguru kannnnn.
Ads
“Kang nanti saya mengajar pegang rotan . Sekarang? Duk pulun ajar sumayyah pula lah… lagi payah rupanya ajar anak ni.
“Insyaallah, saya happy jika suami saya happy. Dia bukan org senang tp dia berusaha untuk kehidupan. Banyak yang saya belajar dari Atu walaupon dia 5 tahun lebih muda dari saya,” ujarnya lagi.
Sekadar informasi, Shafeeqa dan Atu atau nama sebenarnya, Sharif Kuna Doli Sharif telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 8 Februari 2016.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun dikurniakan dua orang cahaya mata.
Sumber: Instagram Shafeeqa Johari
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Perkembangan semasa negara semasa sering menjadi perhatian ramai dan terbaharu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ada menaklumkan, hutang dan liabiliti kerajaan kini meningkat kepada RM1.1 trilion.
Lalu, ada yang dikongsikan itu telah mendapat reaksi rakyat, termasuk para selebriti.
Misalnya penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman menerusi Instagram ada menyarankan kerajaan perlu menyuntik semangat dan berkongsi langkah memberangsangkan bagi mengatasi masalah berkenaan.
Bukan asyik berkongsi mengenai cerita yang sama.
“Tak de cerita lain ke? cuba bagi statement yang menyuntik semangat pada rakyat untuk terus kerja dengan bersemangat. cuba cerita langkah langkah yang memberangsangkan untuk mengatasi masalah ni.
“Kita dah tau dah hutang negara banyak. banyak kali dah cakap. naik semak telinga. your job is to tell us whats the best way u can offer to fix it & make the ekonomi better & memberangsangkan. just jangan suruh rakyat ikat perut. itu sensitif.
“Tak gitu? bagi la statement statement yang merangsang ekonomi bukan yang kasi potong stim,” luahnya.
Usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri telah membawa salah seorang anak lelakinya, Ibraheem Adham atau lebih mesra dengan panggilan Baem untuk berkhatan di sebuah klinik swasta, pada Jumaat.
Lalu, Aliff ada berkongsi momen tersebut bersama pengikutnya menerusi hantaran di Instagram.
Usahawan berusia 34 tahun ini juga sempat mengimbau kenangan serta proses berkhatan pada zaman dulu yang nyatanya berbeza dengan teknik masa kini.
“Hari ni abang bawa Anak Abang @baemadhamterlajaklaris untuk pergi bersunat.
“Pengalaman Sunat masa kini, sangat moden dan tak sama macam zaman dulu. Bila throwback zaman dulu, teringat Jahitanan kat konek yg mengerikan, siap berdarah-darah.
“Sekarang smua main leser dan mesin. Darah pun tak ada. Hebatkan? Terima kasih kepada Doktor @klinikdrhasbi yang telah menyunatkan anak saya, servis terbaik.Terima kasih
“Untuk melihat sambungan video ni, boleh pergi ke Youtube Tv Terlajak Laris,” tulisnya.
Perkongsian tersebut pantas meraih perhatian warganet dan ada yang turut memberikan pandangan masing-masing.
Sekadar informasi, Aliff dan isteri, Datin Seri Nur Shahida berkahwin pada Ogos 2007.
Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah serta seorang anak angkat.
Foto: Instagram Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, pelakon dan usahawan kelahiran Barbados ini memulakan kerjayanya di dalam dunia seni ketika berusia 17 tahun. Ketika itu bakatnya dikesan oleh penerbit album terkenal, Evan Rogers. Demo nyanyiannya telah dihantar kepada Def Jam Record lantas menarik perhatian CEO syarikat tersebut, Jay-Z.
Bermula dari detik itu, Rihanna atau nama sebenarnya Robyn Rihanna Fenty mendaki tangga populariti sebagai penghibur bertaraf dunia. Satu persatu lagu nyanyiannnya mendaki carta nombor satu. Bukan itu sahaja, dia juga mula menceburi bidang lakonan dan berlakon di dalam bebrapa filem box-office.
Siapa sangka wanita beusia 33 tahun dari sebuah negara kepulauan kecil ini secara rasminya bergelar seorang billionaire. Dalam laporan Forbes, kekayaan Rihanna ini bukannya datang dari hasil muzik dan lakonan, sebaliknya kekayaan itu datang dari perniagaan kecantikan yang diceburi sejak tahun 2017.
Majoriti kekayaan yang dimilikinya merupakan hasil dari jualan produk Fenty Beauty dianggarkan bernilai USD 1.4 billion yang mana perniagaan tersebut dimilikinya sebanyak 50 peratus. Selebihnya pula merupakan hasil dari perniagaan fesyen baju dalam, Savage x Fenty dan juga pendapatan dari kerjayanya sebagai seorang penyanyi dan pelakon.
Antara produk Fenty Beauty
Menggunakan pengaruhnya yang memiliki ratusan juta pengikut di laman media sosial. Rihanna melancarkan jenama Fenty Beauty pada tahun 2017 bagi memberi nilai ‘inclusivity’ kepada wanita seluruh dunia tanpa mengira warna kulit. Bayangkanlah, produk solekan yang dikeluarkan syarikatnya menawarkan lebih 50 warna demi memenuhi kepelbagaian wanita di dunia yang memiliki warna kulit berbeza-beza.
Bersama Mr. Bernard Arnault, pemilik LVMH
Syarikat yang kini dimilikinya bersama LVMH ini mempunyai mesej tepat untuk disampaikan kepada masyarakat yang kecantikan datang dalam pelbagai bentuk dan warna. Masakan tidak, lihat sahaja kepada iklan yang dihasilkan jenama ini. Menyerlahkan wanita-wanita ‘biasa’ dan bukan hanya tertumpu kepada peragawati semata-mata ternyata menarik perhatian ramai dan menjadikan produknya relevan.
Pada tahun 2018 sahaja, koleksi produk Fenty Beauty membawa masuk pendapatan tahunan bernilai lebih USD550 juta sekaligus mengalahkan jenama-jenama yang diasaskan selebriti lain seperti Kylie Jenner, Kim Kardashian dan Jessica Alba. Nampaknya percaturan penyanyi yang popular dengan lagu Unfaithful ini menjadi apabila langkahnya sebagai usahawan membuahkan hasil lumayan.
Penyanyi Datuk Awie, meluahkan rasa gembira atas perkembangan hubungan sahabat baiknya, Erra Fazira, yang kini dikatakan semakin rapat dengan usahawan Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai 'Mr. E'.