Isteri kepada pelawak, Atu Zero, Shafeeqa Johari memuji perwatakan suaminya yang disifatkan sentiasa kelihatan tenang meskipun pernah mengharungi pelbagai dugaan hidup.
Menurut Syafeeqa, Atu merupakan seorang yang sangat merendahkan diri dan tidak pernah mementingkan soal kebendaan.
“Saya kan, suka dengar apa yang suami saya cerita. Setiap apa yang dia ceritakan itu adalah cita-cita dia. Tak pernahlah dia cakap teringin nak pakai kereta mewah itu, baju branded ini, kasut mahal itu ini.
“Kadang-kadang apa yang dia pakai mahal tu saya yang belikan dia untuk dia kerja. Takdalah mahal sampai tak masuk akal tapi reward untuk dia yang penat bekerja,” tulisnya.
Katanya lagi, kehidupan Atu sebelum bergelar anak seni sememangnya amat mencabar dan jelas sekali amat berbeza dengan cara hidupnya selama ini.
“Cita-cita anak nelayan, arwah bapa dia gaji awal bulan 150, akhir bulan 150. Kadang-kadang minta advance dengan bos, beras untuk 7 orang anak. Ikan kadang-kadang atu pergi jual dari rumah ke rumah.
“Berbeza sangat hidup dia dan life saya. Bukan mereka tak pandai, tapi peluang tu takde. Nak sambung belajar kan banyak pakai duit. Dia lepas spm terus nak bekerja. Berbeza dengan saya, abis spm ayah suh ambil kursus perakaunan.
“Lesen kereta motor saya ada sejak umur saya 17 lagi. Atu tak, semua dia usaha sendiri. Kadang-kadang kagum dengan dia. Dia nak capai tahap tak nak terkesan dgn makluk tu susah sangat. Tp mcm mane dia boleh sabar, apa orang nak cakap tu cakap lah. Dia akan usaha untuk cita-cita dia,” kongsinya lagi.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Shafeeqa juga turut memuji kesungguhan yang ditunjukkan oleh Atu terutamanya untuk mendalami ilmu agama.
“Jaadi artis bukan cita-cita Atu ya. Dia pon tak terjangka yg rezekinya di pentas seni, tapi cita-cita dia untuk mendalami ilmu islam itu mmg dari saya bercinta lagi ngan dia. Jadi saya tunjuklah apa yang saya tahu.
“Ya!!! Sayalah yang ajar dia alif, ba, ta. Sampai satu tahap saya minta dia berguru dgn ustaz yg betul-betul. Sebab saya isteri, nak betulkan suami tentang sebutan tu saya sendiri segan. Baik berguru kannnnn.
“Kang nanti saya mengajar pegang rotan . Sekarang? Duk pulun ajar sumayyah pula lah… lagi payah rupanya ajar anak ni.
“Insyaallah, saya happy jika suami saya happy. Dia bukan org senang tp dia berusaha untuk kehidupan. Banyak yang saya belajar dari Atu walaupon dia 5 tahun lebih muda dari saya,” ujarnya lagi.
Sekadar informasi, Shafeeqa dan Atu atau nama sebenarnya, Sharif Kuna Doli Sharif telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 8 Februari 2016.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun dikurniakan dua orang cahaya mata.
Sumber: Instagram Shafeeqa Johari