Pengurus besar Suria FM, Dj Lin tidak mahu orang luar memikirkan mengenai pemilihan Shuib sebagai penyampai baru segmen pagi Suria FM sebagai misi balas dendam terhadap penyampai radio sebelum ini.
Menurut Dj Lin atau nama sebenarnya, Roslinda Abdul Majid, sebagai stesen radio swasta, mereka harus sentiasa bergerak ke hadapan walau sebesar mana cabaran yang harus mereka tempuhi.
“Saya tidak bersetuju bila ada yang kata pemilihan Shuib ini sebagai misi balas dendam terhadap penyampai terdahulu. Sebagai sebuah stesen radio swasta, sudah semestinya jumlah pendengar dan revenue sangat penting buat kami.
“Dua elemen ini sangat berkait rapat dan menjadi kewajipan untuk saya serta pihak pengurusan untuk mecapainya di Suria FM.
“Jadi, misi kami sebenarnya bila dah alang-alang masuk medan perang, kita memang nak menang. Itu prinsip saya. Saya percaya anak-anak buah saya di Suria FM turut punyai prinsip yang sama,” katanya.
Ads
DJ Lin menambah, Suria FM kini punyai misi yang lebih penting iaitu untuk memintas kedudukan stesen-stesen radio lain menerusi ‘radio survey’ yang akan bermula pada 11 September ini.
“Kalau kita imbau pencapaian Suria FM beberapa tahun lalu, kami di kedudukan yang ke-5 dalam rangking stesen radio paling popular Bahasa Melayu.
“Daripada ranking nombor lima, alhamdulillah dengan bantuan Allah dan komitmen anak-anak buah saya, kita berjaya berada di kedudukan ke-4.
Ads
“Namun, takkanlah kami nak kekal ditempat ke empat sahaja. Jumlah pendengar Suria FM pun makin ramai termasuklah di digital platform.
“Saya percaya, kalau kena dengan strateginya, Suria FM ini mampu melonjak ke tangga ke-3 atau lebih baik ke tangga yang teratas. Saya memang sangat yakin,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Shuib yang bergandingan bersama dua rakan penyampai Ajak dan Suraya menerusi segmen pagi, Morning Morning Suria sudah pun memulakan tugasnya di konti hari ini.
Bintang versatil, Sharifah Sakinah ada memuat naik sekeping foto di laman media sosial Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan, Sakinah ada memuat naik beberapa keping foto yang antara lainnya mempromosikan satu projek terbaru lakonannya.
Bagaimanapun, salah satu foto yang dikongsi pelakon berusia 31 tahun itu yang dilihat berkemban mengenakan kain batik mendapat reaksi pelbagai wargamaya.
Ada yang membidas soal pemakaian bintang drama bersiri Girlfriend Aku Dari Neraka itu dalam foto tersebut memandangkan dua lagi pelakon lain mengenakan pakaian lebih sopan.
Sebelum ini, Sakinah pernah mendapat kritikan netizen berhubung persalinan yang dikongsikan di media sosial, yang didakwa seksi oleh sesetengah pihak.
Foto: Instagram Sharifah Sakinah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sekali lagi, wajah Alif Satar dirakam lensa kamera saat mendengar khutbah Jumaat sebelum menunaikan solat Jumaat. Menerusi sepotong video tersebut, dapat dilihat raut wajah selamba Alif.
Video tersebut diterima daripada ibunya lalu dikongsikan penyanyi Sesungguhnya Aku itu menerusi Instagram.
“mum sent me this.. nampak macam nak ‘landing’ kan? takkk.. ni muka dok mendengar. salam jumaat gais!!!,” tulisnya ringkas.
Lalu, selain ramai yang memuji Alif yang sering menunaikan solat Jumaat, tidak kurang juga yang bergurau dengan bintang berkenaan, membayangkan dirinya yang sedang mengantuk saat mendengar khutbah.
Termasuklah para rakan artis yang turut sama tidak melepaskan peluang memberikan reaksi.
Foto: Instagram Alif Satar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Nora Ariffin ada berkongsi berita sedih menerusi laman media sosial Instagram miliknya, baru-baru ini.
Difahamkan penyanyi yang sinonim menerusi lagu Di Persimpangan Dilema telah jatuh sakit dan mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
Bagaimanapun, penyanyi berusia 46 tahun ini meluahkan rasa syukur atas nikmat yang diberikan meski diuji dengan ujian hidup.
“Sesungguhnya….Terlalu banyak nikmat lain yg Allah beri kepada saya berbanding dengan ujian sekecil ini.
“Allahuakbar……syukur Ya Allah.Ini adalah sekadar ujian kecil. Kerana ujian ini mengingatkan saya bahawa kita ini sangat lemah & rapuh.
"Kerana ujian ini menyebabkan saya sedar, hidup kita mmg sementara.
“Kerana ujian ini….saya sedar semua yg saya punyai hanyalah pinjaman saja.
Kerana ujian ini….saya sedar saya tak bole bergantung & berharap pada sesiapapun.
Kerana ujian ini…saya tahu ini adalah penghapus dosa saya. In Shaa Allah
“Kerana ujian ini…..saya sedar kita hanya mampu merancang, Allah menentu segalanya.
"Kerana ujian ini…..saya sedar kita tak boleh sombong dgn manusia apatah lagi lagi dgn Allah. Dan….akhir sekali..
“SYUKUR ALHAMDULILLAH….Kerana ujian ini…..saya lebih perbanyakkan lagi taubat saya dan ISTIGFAR.Allahuakbar…Syukur Ya Allah….diatas ujian ini.Sesungguhnya segala puji hanya bagi Allah. Semoga Allah ampunkan dosa- dosa kita semua,” tulisnya panjang lebar.