Sejak akhir-akhir ini, nama pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menjadi perhatian ramai susulan beberapa kontroversi melibat dirinya.
Bella telah dikritik hebat netizen kerana didakwa menjadi punca penarikan diri penyanyi, Stacy daripada sebuah acara konsert.
Tidak terhenti setakat itu, Bella sekali lagi menjadi mangsa kecaman segelintir netizen
selepas video nyanyiannya tular di media.
Terbaharu, menerusi sebuah hantaran di Instagram, adik kepada Bella iaitu Didi Astillah tampil memberikan kata-kata semangat buat kakaknya itu untuk kembali bangkit.
Menurut Didi, Bella merupakan seorang wanita yang sanggup berkorban dan bekerja keras demi membesarkan anak-anak dengan baik.
“Sumber kekuatan Kak Long untuk selalu bertahan dengan perjuangannya. Ara dan Ayden. Mereka selalu bangga dengan mummy mereka tak kira apa sekalipun.
“Mereka adalah penyokong terbesar dalam hidup Kak Long.
“Yang kenal dan rapat dengan Kak Long tahu macam mana dirinya yang sebenar. Adik tahu selagi ada kudrat Kak Long di dunia ni,
Kak Long nak besarkan Ara dan Ayden dalam keadaan sihat dan bahagia,” tulisnya.
Ads
Sementara itu, Didi juga mengakui bukan mudah buat Bella untuk terus bertahan lebih-lebih lagi selepas bergelar ibu tunggal.
“Mungkin bukan mudah untuk ibu tunggal macam Kak Long untuk sentiasa kuat dalam hadapi apa-apa ujian.
“Tapi keluarga, kawan-kawan dan anak-anak Kak Long akan sentiasa memberi semangat untuk Kak Long sentiasa maju ke depan.
“Teruskan apa sahaja usahamu Kak Long untuk mencari rezeki buat anak-anakmu. Semoga rezekimu selalu dilancarkan.
Ads
“Semoga segala urusanmu dipermudah. Semoga yang baik-baik sahaja di dunia ini buat mu. Semangat ya, Kak Long,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa sedih selain turut sama memberikan kata-kata semangat buat Bella.
“Jika baca komen-komen netizen di Facebook, betapa jahatnya mereka. Hanya kerana satu isu, tak mampu nak tutup mulut longkang berkenaan. Bella, Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar.
Ads
“Saya faham bila Didi kongsi hantaran sebegini. Mungkin ramai yang kecam fasal isu yang mereka pun tak tahu hujung pangkal. Terus kuat Bella. Kebahagiaan anak mengatasi kecaman-kecaman manusia yang tiada otak sekarang ini.
“Semoga terus kuat Bella. Pedulikan orang-orang yang membenci. Biar Allah sahaja yang mengadili. Ramai ikhlas dan sayangkan Bella daripada manusia bertopeng.
“Yang asyik kutuk-kutuk, tengoklah anak dia yang dua orang tu. Kalau tak suka, tak perlu cakap bukan-bukan. Korang tahu ke betapa payahnya Bella cari rezeki buat anak-anak,”- antara komen-komen netizen.
Sekadar informasi , Bella dan bekas suami, Aliff Aziz telah sah bercerai talak satu pada 13 Jun lalu.
Bella dan Aliff berpisah selepas lapan tahun hidup bersama. Mereka memiliki dua orang cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Bella Astillah & Didi Astillah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Seperti yang kita sedia maklum model dan pelakon yang kini juga bergelar usahawan, Yatt Hamzah memang sudah lama melakukan penghijrahan dengan memilih penampilan sesuai sebagai seorang wanita Muslimah.
Justeru, melihat kisah beberapa selebriti yang sudah tidak lagi berhijab, Yatt turut memberi nasihat serta pesanan berhubung isu ini.
Terdahulu, Yatt Hamzah pernah memuatnaik posting di media sosial memberikan beberapa nasihat berguna kepada orang ramai, selepas ramai yang bertanya padanya bagaimanakah cara yang dilakukanya untuk istiqamah selepas hijrah.
Istiqamah Selepas Hijrah
Menerusi hantaran berkenaan Yatt mendedahkan bahawa dia kerap menerima soalan berhubung istiqamah.
“Ramai sangat yang tanya, “Macam mana boleh Istiqamah lepas Hijrah?” “Susah tak nak istiqamah?”
“Jawapannya, nak berubah jadi baik pun dah susah. Nak istiqamah lagi lah susah,” jelas Yatt.
Nak Berubah Kena Berkorban
Bagaimanapun, Yatt berkata jika kita mendambakan ‘istiqamah’ kita haruslah berusaha dan menetapkan hati serta pendirian untuk ke arah itu. Ini termasuklah dengan rela melakukan pengorbanan seperti meninggalkan zaman lampau serta kejahilan.
Malah, jika disoal adakah Yatt pernah terdetik untuk kembali ‘Free Hair’, ini respon yang diberikan oleh pelakon filem Impak Maksima itu.
“Ada tak rasa nak buka tudung balik? Allahu dalam mimpi pun saya tak rela, tak sanggup. Wallahi..” tegas ibu kepada empat cahaya mata itu.
Caranya Bukan Mudah
Caranya bukan mudah tapi pengakhirannya pasti indah. Ramai yang juga tertanya-tanya figura ini yang mempunyai susuk tubuh yang lampai, sentiasa senyum pasti mudah untuk berhijrah apatah lagi dikelilingi wanita-wanita yang baik penampilannya.
Namun akui Yatt ianya bukan mudah, apa yang pasti perlu cari kawan-kawan yang benar-benar soleh dan solehah.
Nak Hijrah Jangan Mengalah
Hijrah dan istiqamah memang tak mudah tapi jangan pernah Mengalah. Perlu ingat misi untuk berubah kerana Allah, apatah lagi dugaan dan nikmati dunia yang Allah beri tidak pernah salah alamat kepada insannya.
Yatt Hamzah mendoakan mereka yang ingin berubah, agar sentiasa kuat dengan dugaan yang datang. Berubah jadi lebih baik dan ajak ramai lagi jadi baik, tidak perlu menghentam patah lagi memandang rendah pada mereka sesuka hati. Gunakan kasih sayang yang Rasulullah ajarkan, insyallah kita semua dimasukkan ke syurga bersama-sama.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Semestinya impian setiap ibu dan bapa mahu melihat anak-anak mereka menimba ilmu yang terbaik serta bersekolah di institusi pendidikan yang hebat.
Personaliti terkenal dan Angkasawan Negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi khabar gembira apabila anak sulungnya, Sophea Isabella, berjaya ditawarkan untuk memasuki Kolej Tunku Kurshiah bagi pengajian peringkat sekolah menengah.
Berkongsi perkara tersebut di Instagramnya, dia berkata, “Alhamdulillah, keputusan sekolah berasrama penuh (SBP) keluar hari ini. Bella dapat tawaran ke TKC. Syukur sangat. Ia merupakan salah satu pilihan Bella.”
Berita gembira itu disampaikan Dr Sheikh Muszaphar sendiri bersama isterinya, Dr Halina Yunos ketika menjemput anak sulung mereka itu pulang dari Kem PPCS yang diadakan di Genius Permata Pintar.
“Selepas dua minggu di Kem PPCS. Rindu sangat, saya sangat bangga dengan dirinya. Apabila diberitahu kepada Bella berita itu dia menangis teresak-esak. Terus sujud syukur. Terasa dirahmati. Semua hasil usaha keras terbayar,” ujarnya lagi.
Kolej Tunku Kurshiah atau popular dengan gelaran Tunku Kurshiah College (TKC) merupakan antara sekolah berasrama penuh untuk perempuan yang tertua dan tergolong di antara sekolah terbaik di Malaysia.
Antara alumni popular yang lahir dari sekolah ini ialah Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Datin Seri Rosmah Mansor, Datin Paduka Marina Mahathir, Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim dan Datuk Mazlan Othman.
Saban tahun, ada sahaja muka baharu yang menghiasi industri seni tanah air membuatkan ia lebih nampak warna-warninya.
Namun begitu, dengan lambakan para pelakon baru ini, semestinya tidak dapat melawan kehebatan dan aura para pelakon lelaki sedia ada kan?
Apa-apapun, MH nak kongsi 5 pria pujaan Malaya pilihan MH yang mungkin tersenarai dalam ‘list korang juga kan? Setuju tak?
Jom ketahui siapa mereka
Remy Ishak
Mula dikenali menerusi lakonannya dalam drama Nur Kasih, nama Remy kembali disebut-sebut apabila bergandingan dengan Mira Filzah dalam drama Pujaan Hati Kanda dan Lelaki Kiriman Tuhan.
Pada masa yang sama, ramia juga yang memuji Remy yang kelihatan semakin kacak walaupun usia sudah meningkat.
Fendy Bakry
Mula dikenali apabila melakonkan watark Mr.Grey tahun lalu kali ini nama Fendy sekali lagi mendapat perhatian netizen apabila bergandingan dengan Amyra Rosli untuk drama Kan Ku Kejar Cintamu.
Syukri Yahaya
Mula dikenali menerusi lakonannya dalam drama Asam Pedas Untuk Dia dan juga Dia Isteri Luar Biasa di samping Fatiya Latiff.
Lakonannya yang hebat serta wajah yang kacak membuatkan suami kepada pelakon, Tya Adnan ini memang patut digelar jejaka pujaan Malaya kan? Tapi ingat, dia ni ‘off limit’ tau!
Shaheizy Sam
Siapa yang tak kenal dengan pemilik nama ini, bukan sahaja mempunyai bakat yang besar tetapi juga mempunyai sikap yang sangat bagus.
Apa-apapun, walaupun sudah beristeri dan bakal menimang cahaya mata kedua tahun ini, Sam sememangnya seorang jejaka pujaan satu Malaya lah.
Zizan Razak
Bermula sebagai seorang pelawak, Zizan Razak terus mengorak langkah dalam bidang lakonan dan juga nyanyian. Namun, kerana sifatnya yang sentiasa ceria dan juga mempunyai rupa yang helok, tak mustahil sekiranya Zizan mempunyai ramai peminat wanita kan?
Foto/Instagram: Artis
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pendakwah selebriti, Da’i Syed tiba di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor bagi sebutan semula kes rayuan atas dakwaan kesalahan merogol seorang wanita, lima tahun...