Kemesraan hubungan bersama suami, Aidil Aziz yang sering dikongsikan aktres versatil, Fasha Sandha membuatkan pelakon jelita itu sekali lagi dipilih sebagai duta produk jamu pengeluaran Inayah Beauty iaitu Beunita.
Menurut Fasha, dia berbesar hati selain akui dalam menjamin gaya hidup yang baik, dia sebagai wanita dan ibu perlukan suatu energi terbaik demi keluarga tersayang.
“Bukan mudah untuk menjadi isteri, ibu dan pada masa sama wanita berkerjaya. Saya perlu mengimbangkan kehidupan harian saya.
“Saya juga perlu menjaga hubungan bersama suami. Alhamdulillah Beunita banyak membantu saya dalam memberi tenaga maksima menjadi wanita yang serba boleh.
“Sebagai duta Beunita, saya mahu membantu ramai para para wanita yang mempunyai masalah masalah yang membuatkan mereka hilang keyakinan diri,” katanya.
Bintang drama Scammer ini berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pelancaran Beunita di Willow Hall, Forest Valley, Bandar Mahkota Cheras, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Ads
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Inayah Beauty, Dini Qistina binti Latifi tidak menafikan masalah kebanyakan suami isteri sekarang yang sentiasa sibuk dengan kerjaya membuatkan ramai yang berdepan dengan kehambaran dalam perkahwinan.
“Nak bercinta, mudah. Nak kahwin pun mudah. Tapi nak menjaga keharmonian rumah tangga memerlukan usaha dan kesungguhan daripada pihak suami dan isteri.
“Dan pihak Inayah melihat Fasha antara selebriti yang masih ada ‘spark’ dengan suaminya Aidil. Dan itu perkara yang sangat bagus kerana tidak semua pasangan yang sudah lama berkahwin mempunyai rasa itu.
“Beunita merupakan salah satu konsep produk kami juga, iaitu merapatkan hubungan intim antara suami isteri. Paling penting, kami juga memilih atas dasar Fasha seorang yang sangat komited,” katanya.
Tambah Dini, Fasha Sandha juga dipilih kerana dilihat mampu membawa nama jenama berkenaan atas kapasiti personaliti aktres ini yang terserlah jiwa kewanitaannya.
Proses pembuatan Beunita mengambil masa kira-kira empat bulan dan ia dihasilkan dengan mengambil kira setiap masalah para wanita dan menghasilkan satu produk yang dapat menyelesaikan masalah masalah tersebut.
Ads
“Sebelum itu, kami telah pun memberi Fasha mengamalkan jamu ini selama tempoh 1 bulan untuk merasakan keberkesanan produk baharu kami ini. Alhamdulillah, beliau bersetuju untuk berkerjasama setelah mendapat kesan yang positif.
“Setelah mendapat formulasi yang terbaik, kami pun sedia membuat pelancaran bersama Fasha Sandha,” katanya lagi.
Terdahulu, gimik pelancaran yang tular di media sosial itu berkonsepkan “Puteri Perak” yang bermaksud, resepi asli jamu daripada 3 orang bidan Perak dengan menggunakan 20 bahan premium.
Malah, Inayah Beauty yang berasal dari Seri Manjung, Perak juga merupakan salah satu sebab mengapa “Puteri Perak” dijadikan sebagai konsep utama mereka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, kecoh di laman media sosial mengenai saranan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac agar pelakon muda tidak disolek kelihatan seperti orang tua dalam sesebuah drama atau telefilem.
Ia dibuat bertujuan menjaga hak dan kebajikan artis veteran.
Lalu, pelakon senior Edika Yusof turut mempunyai pendapat dan pandangan yang tersendiri mengenai isu tersebut.
Menurut Edika, meski pelakon senior sudah berusia namun masih tetap berbakat dalam dunia lakonan.
Ujar pelakon berusia 52 tahun ini, dia berharap agar pelakon senior sentiasa diberi peluang meski pelakon baru kian bertambah bak cendawan tumbuh selepas hujan.
“Hi, me & the gang, Pasal artis lama dan baru ni tak payah susah2, Kita boleh jadi muda & berumur at any time. We 90’s artis ni flexible.
“Ada martial art, swimming, scuba diving, dancing, ada yang boleh buat stunts pun. jadi tak rugikan.
“Tv station & production lebih focus pada artis muda & juga pilih yang follower ramai.
Kalau FB & IG ni wujud dari zaman kita rasa2nya berapa followers kita orang?
“We are still relevant, dont kill our talents,” tulisnya di Instagram.
Isteri kepada pelakon Ammar Alfian, Nelissa Nezam mengakui mereka sudah tidak tinggal serumah sejak Mei lalu.
Katanya kepada MH, perkara itu berlaku sejak isu sensasi melibatkan mereka, sebelum ini.
Bagaimanapun jelas model ini, mereka masih lagi bergelar suami isteri.
“Rasanya semua orang tahu apa yang berlaku antara kami, cuma sekarang saya mahu fokus dengan kandungan yang bakal lahir tak lama lagi.
“Kami tidak lagi tinggal bersama, namun kami masih suami isteri.
“Saya hanya ingin fokus dengan kandungan sahaja ketika ini dan saya cuba untuk selesaikannya selepas selepas kelahiran bayi ini nanti,” katanya.
Terdahulu, Nelissa ditemui pada Anugerah Stail EH! 2019 di Equatorial Plaza, Kuala Lumpur pada Khamis.
Terdahulu, Nelissa baru mengadakan majlis baby shower minggu lalu, sementara suaminya pula berada di Barcelona, Sepanyol bagi melakukan aktiviti berbasikal di sana.
Terdahulu, rumah tangga Nelissa dan Ammar menjadi perhatian ramai apabila wanita itu sendiri ada mendedahkan mengenai suami yang didakwa berlaku curang ketika dirinya sedang hamil enam bulan.
Ammar dan Nelissa mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016.
Foto: Instagram Nelissa, carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nadya Syahera meluahkan rasa terhadap sikap segelintir peniaga makanan yang didakwa telah menghantar makanan untuk dicuba.
Ibu kepada dua cahaya mata itu berasa agak rimas apabila sering ditanya dengan pertanyaan sama.
Jelasnya, kalau ikhlas memberi tidak perlu untuk diasak.
Dia bagaimanapun memahami orang yang berniaga, namun tahap kesabaran seseorang juga ada hadnya.
“Awak dah sedekah makanan kat orang tapi janganlah berjuta kali mesej tanya dah makan ke, dah makan ke apa ke.
“Kalau ikhlas memberi tak perlu nak push-push macam-macam kat orang. Nanti daripada orang tu baik hati nak riviu ke apa, terus turn off tak ada selera dah nak riviu.
“Faham awk berniaga, kita kerja tak tentu masa. Sabar itu indah sis. Lama-lama orang dok mesej bertalu-talu minta kita update.
“Lama-lama hilang sabar juga tau,” tulisnya menerusi hantaran di IG Stoeries sambil disusuli dengan tanda palang #maafsistermengadukatsini
Foto: Instagram Nadya Syahera
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki di sebuah pusat perubatan di ibu kota, pada Isnin tepat jam 10.01 malam.