Uncategorized

‘Bukan Nak Rampas, Tapi Tumpang Kasih Sayang’ Gambar Kahwin Izreen Tersebar

Share

Jika sebelum ini isteri pertama atau madu kepada pelakon Izreen Azminda berani kehadapan membuka mulut tentang perkahwinan suaminya beberapa bulan yang lalu dan status perkahwinan mereka telah disahkan sendiri oleh tuan punya badan.

Kali ini gambar pernikahan antara Izreen dan Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude salah seorang pemuzik terkenal menjadi viral di media sosial.

Jika sebelum ini Izreen pernah meminta orang ramai tunggu jawapannya sehingga satu sidang media dilakukan, namun dengan adanya kenyataan dari isteri pertama dan pengakuan dari pengantin lelaki akhirnya segala teka-teki terjawab sebelum sidang media dilakukan.

Namun baru-baru ini MH ada terbaca dalam satu laporan akhbar hiburan bercerita tentang pelakon tersebut.

Menurutnya Izreen telah menjadi mangsa cemuhan netizen kerana spekulasi-spekulasi liar yang wujud kerana kontroversi yang timbul.

Namun, MH difahamkan Izreen telah menjawab segala persoalan netizen dengan berkata dia langsung tiada niat untuk merampas atau meruntuhkan rumah tangga pemuzik tersebut.

Sebaliknya, Izreen hanya ingin menumpang kasih sayang dan tidak pernah terfikir untuk meminta pasangannya meninggalkan isteri pertama.

Menurutnya lagi, sebagai seorang wanita yang pernah melalui kekecewaan dia juga tidak rela namun tidak menyangka takdirnya tertulis seperti ini.

“Saya akur, pilihan menjadi isteri kedua menuntut pengorbanan besar. Saya sedia beralah dan bertimbang rasa kerana sedar kedudukan diri,” katanya kepada BH Online.

Izreen telah selamat bernikah bersama Ude pada 8 Ogos yang lalu di Damansara dengan berwalikan bapanya.

Apapun MH nak ucapkan selamat pengantin baru buat kedua pasangan ini dan berharap si suami akan berlaku adil terhadap pasangannya.

SUMBER : BH Online

Published by
Lany Azman