Berita

Bukan Nak Riak, Aliff Syukri Bayar Zakat Perniagaan RM1 Juta – “Keberkatan Setiap Sen Yang Mengalir Itu Sangat Mustahak.”

Share

Perkongsian foto dan video daripada usahawan dan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman di media sosial menjadi sorotan warganet pada Khamis.

Ini kerana Aliff dan isterinya,Datin Seri Nur Shahida dilihat selesai melunaskan tanggungjawab sebagai Muslim yang baik dengan membayar zakat perniagaan sebanyak RM1 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Luah Rasa Syukur

Meluahkan rasa syukur, Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 37, menitipkan dedikasi mengenai perkara itu di Instagram.

“Bukan niat nak meriak atau bangga diri. Tetapi sesungguhnya ia bertujuan sebagai pemangkin atau memberi semangat kepada individu atau syarikat yang mempunyai lebihan pendapatan untuk sama-sama memberi zakat buat mereka yang sangat sangat memerlukan.

“Ingat keberkatan setiap sen yang mengalir itu sangat mustahak. Jesteru marilah menyumbang kepada Lembaga Zakat di atas setiap hasil keuntungan yang kita jana.

“Alhamdulillah selesai sudah menyempurnakan majlis penyerahan zakat pagi tadi di Wisma PKPS Shah Alam.

“Semoga apa yang kita sumbangkan ini mampu membantu sedikit sebanyak insan yang memerlukan,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen dan hantaran sama turut dikongsikan Shahida.

Selain pasangan usahawan sensasi ini, turut kelihatan pada majlis sama ialah Aeril Zafrel dan isterinya, Wawa Zainal yang turut hadir menyerahkan zakat perniagaan mereka.

Sebelum ini, Aliff pernah diisytihar sebagai antara pembayar zakat terbesar di Selangor pada 2022.

Ramai Memuji

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet tumpang gembira dan meninggalkan reaksi positif terhadap apa yang dikongsikan penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu.

Malah hantaran berkenaan sudah pun menerima hampir 12,000 tanda suka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Published by
MH