“Bukan Nak Tunjuk Alim Cuma…,” – Aishah Cadang Bajet Lebih Buat Pakaian ‘Aurat Friendly’ Untuk Atlet, Percaya Mampu Tarik Minat Ramai Remaja

Share

Penyanyi senior, Aishah Ariffin berpendapat mungkin kini sudah tiba masanya untuk syarikat pengeluar baju sukan diberikan peruntukan yang lebih untuk menghasilkan lebih banyak pakaian-pakaian yang menjaga aurat (aurat friendly) terutamanya buat atlet yang beragama Islam.

Jelas Aishah, sekiranya set pakaian alternatif ini disediakan, berkemungkinan besar lebih ramai remaja-remaja diluar sana akan menjadi semakin berminat untuk menceburkan diri di dalam sukan-sukan tersebut.

“Melihat performance athletes kita di Olympics membuatkan hati rasa kembang dengan dan rasa bangga melihat bendera negara berkibar. Membawa perhatian I pada beberapa athlete Melayu Islam wanita dalam beberapa acara ni.

“Bukanlah nak tunjuk alim bagai, cuma pemerhatian dan cadangan. Mana tau kerana faktor ini lebih ramai athlete Muslim wanita yang beraksi. Seperti acara track, acara renang dan acara gymnastics. Semua pun tahukan cara pemakaian acara-acara ini.

“I rasakan sudah sampai masanya perkara-perkara mcm inilah yang kita harus perjuangkan. Berikan budget untuk syarikat-syarikat pengeluar baju sukan untuk mereka pakaian aurat friendly bagi athlete Muslim bukan saja wanita tetapi lelaki,” tulisnya.

Pandangan tersebut disuarakan oleh penyanyi lagu, Janji Manismu itu menerusi sebuah hantaran yang dikongsikan di laman Instagram.

Katanya lagi, kita juga sebenarnya boleh belajar daripada semangat yang dipamerkan oleh atlet-atlet gimnastik German yang bertegas untuk tidak mengenakan pakaian yang terdedah sewaktu bertanding di kejohanan Olimpik Tokyo baru-baru ini.

“Ini bukan kolot okay, I baru baca article mengenai team gymnastics Germany yang memakai pakaian yang menutup bahagian-bahagian yang perlu. Kenapa?Bukan kerana tiba-tiba dah peluk Islam, tapi kerana mereka tidak mau acara sukan mereka dikaitkan dengan sexual connotation yang negative.

“Haaa tu dia…habis kita yang Muslim ni tak nak ke usaha sikit ke arah tu? Sekurang-kurangnya sebagai ‘option’ atau pilihan pada athlete itu sendiri.

“Ada kemungkinan ke, yang lebih ramai remaja perempuan Muslim kita akan bergiat dalam acara gini sekiranya ada pilihan pakaian begini.

“I mean kalau I ada anak perempuan sekali nak masuk acara-acara gini, entahlah, mungkin I akan suggest dia masuk acara lain. Just my two cents worth,” jelasnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan pandangan yang sama selain selain turut berharap agar cadangan seperti ini mendapat perhatian daripada pihak yang terlibat.

“Betul tu. Isu ini sepatutnya diutarakan lebih awal lagi. Well said Kak Aishah.

“So glad artist like you using your platform to write things like this. Ni yang artis atau influencer kita mungkin lupa. Lebih kejar glamour dan like berbanding dakwah.

“Betul tu Kak Aishah. Islam dan penjagaan aurat berpisah tiada,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

Menerusi entri berasingan, Aishah telah pun meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian yang telah diraih oleh atlet negara, Nur Dhabitah Sabri yang berjaya menamatkan saingan di tempat ke-4 dalam acara terjun 3 meter papan anjal di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Sumber: Instagram Aishah Ariffin

Published by
Aizam Manaf