Menerusi laman Instagram Hib Sinar, Alif Satar memberi penjelasan berkaitan isu riak apabila wajahnya dipaparkan sewaktu sedang menunaikan solat Jumaat.
Ulasnya, itu adalah perkara positif yang harus ditampilkan sebagai seorang selebriti, di samping kerjaya sebagai seorang pengacara dan penyanyi.
“Tak tahu nak komen macam mana.
“Bukan nak tunjuk Alif pergi sembahyang pun. Kadang orang hantar muka kau naik kat TV1. Best kot.
“Instead of aku terkinja-kinja atas pentas, itu je orang tengok. Best jugak orang tengok aku.
“Kita dalam zaman yang macam-macam negatif. If its me potsing a goodness.
“If someone else boleh duplicate. Eh aku nak jumpa Alif kat masjid, kot-kot boleh duduk sebelah dia. That is something goodness. Its about sharing positive and goodness.
“Kita tengok sekarang insiden Christchurch. See everybody opening their eyes. That’s it. Kenapa kita kena hold back. Pemikiran negatif ni is so kebelakang,” ulasnya.
Pengacara popular yang juga bapa kepada dua orang anak itu juga memohon agar netizen tidak melabelkan semua selebriti adalah sama sehinggakan kontroversi selebriti lain turut terpalit kepada dirinya.
“I tak suke orang label artis ni sama. We are totally different human being. You and me are different.
“Kang orang cakap, pergi masjid je tapi kau curang dengan bini kau. Aku juga yang kena,” katanya sambil senyum sinis.
Kadang kala MH pun tak faham dengan perangai orang kita, bila buat baik, dikata riak. Bila terjadi kontroversi, dihentam habis-habisan. Cuba belajar berbaik sangka, barulah hati bersih, hidup pun tenang.
Foto – Instagram Alif Satar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI