Meluahkan cabaran dan pengalaman baru dalam melunaskan tanggungjawab sebagai seorang ibu, penyanyi nombor satu Malaysia ini turut merakam rasa syukur kerana mampu menyusukan anaknya secara eksklusif sehingga berusia setahun.

Malah, penyanyi Anta Permana itu turut berkongsi kisah sama saat dirinya sebelum melakukan persembahan.

“Memang mencabar sebab Aafiyah masih menyusu badan. Selalunya sebelum atau selepas persembahan, saya akan pam susu terlebih dulu.

Ads

“Tapi saya bukanlah pengepam tegar sehingga ada banyak stok dalam peti ais, sebab Aafiyah menyusu secara terus,” katanya jujur.

Mempunyai jadual seni yang cukup padat, penghibur ini bagaimanapun bertuah kerana puterinya itu seolah-olah faham si ibu punya komitmen tersendiri.

Ads

“Alhamdulillah, Aafiyah sudah setahun, sedikit demi sedikit dia pun faham ibu dia kena pergi kerja.

Ads

“Namun mahu tinggal dia memang rasa berat saja hati. Kalau seketika tak mengapa.

“Cuma jika berkerja di luar kawasan ambil masa dua tiga hari, memang saya akan bawa Aafiyah. Jadi dia akan ada di depan mata. Pada masa sama, keluarga bertuah kerana Aafiyah yang tidak banyak meragam,” katanya yang bakal mengadakan persembahan di Karnival Mahabbah 1.0 pada 24 April nanti.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI