Penyanyi Nor Ashima Ramli atau lebih dikenali sebagai Baby Shima bengang apabila seorang jurujual kereta sebuah syarikat didakwa seperti mahu mengambil kesempatan ke atas dirinya.
Kisahnya, Shima berniat untuk membeli sebuah kereta di sebuah showroom beberapa hari lalu dan telah menyerahkan dokumen untuk pembelian tersebut.
Bagaimanapun, jurujual tersebut menghubungi Shima untuk menawarkan dirinya sebagai duta kereta.
Namun, selepas berjumpa kembali, Shima kecewa apabila jurujual itu mempunyai agenda tersendiri.
“Nak berniaga buat cara berniaga ! ..Saya tak nak buruk sangka ! Korang fikirlah sendiri ya.
“Nak dijadikan cerita ,kemarin Shima datang showroom kereta..tengoklah kereta..kemudian dokumen dah bagi semua,,so hari ni sales person call nak ajak jumpa konon nak offer jadi duta!
“So kita pun jumpalah lepas promo! masa meeting kat A&W discus cantik je !! lalu masa manager shima pergi toilet ,tinggallah shima berdua sahaja, boleh pula wakil syarikat ni cakap, minta shima datang seorang diri saja, nak deal dengan shima je konon sama dato.
“Padahal waktu mula2 meeting sama manager cakap lain..now cakap lain pula! nak jumpa personal! direct shima sahaja. Korang rasa apa? (depan manager shima tak pula berani nk cakap mcm tu ajak jumpa personal),” kongsinya sambil disertakan video ketika mencuba sebuah kereta mewah di showroom tersebut.
Malah, penyanyi lagu Pura-Pura Bujang itu menegaskan bahawa dia bukan perempuan murahan yang boleh dipergunakan.
Sekali gus, tidak akan berurusan lagi dengan jurujual tersebut.
“Maaf! Sy bukan perempuan murahan ya..itu bukan cara kerja sebenarnya! mana professionalism korang? mcm ni ke cara kerja company besar? Banyak lagi Audi R8 dan mustang kat Kl ni! dari minat nak beli jadi menyampah!! Kau nak jual kereta atau nak jadi orang tengah!,” tegasnya.
Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 100,000 kali dan dihujani komen pelbagai.
Video : Instagram Baby Shima
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI