“Bukan Perjalanan Yang Mudah,” – Minta Kirim Doa Buat Arwah Suami, Ini Status Pertama BCL Di IG Selepas 1 Bulan Tiada ‘Update’

Share

Setelah sekian lama tidak mengemaskini akaun media sosial, bintang Indonesia, Bunga Citra Lestari telah memuat naik satu status di IG Stories miliknya.

Ia bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-37 pada hari ini (22 Mac).

“Saya tahu saya sudah lama tidak post apa-apa kerana sejujurnya masih belum bisa (boleh). 

“Tetapi, pada hari istimewa ini bersempena dengan ulang tahun kelahiran saya, saya tekad untuk post hari ini. 

“Saya mahu berterima kasih untuk semua ucapan dan cinta yang diberikan. Saya amat bersyukur dikelilingi keluarga, kawan-kawan, peminat dan mereka yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya.

“Ini bukan perjalanan yang mudah, tapi sedikit demi sedikit saya berusaha bangkit dan berjalan. 

“Pada hari ulangtahun kelahiran saya ini, kalau boleh, saya minta kirimkan doa untuk Allahyarham Ashraf dan doa untuk kita semua agar selalu dilindungi dari marabahaya. 

“Stay safe everyone and stay at home pelase. Lets take care of each other. I love you,” tulisnya.

Terdahulu, Ashraf Sinclair, 40, meninggal dunia pada 18 Februari lalu akibat serangan jantung di Hospital Metropolitan Medical Centre (MMC), di Kuningan, Jakarta.

Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat.

Foto : Instagram BCL

Published by
Amynur Akmal